Tuesday, March 25, 2014

Henshin






Henshin

Satu kata yang paling sesuai untuk memulakan bicara. Satu kata yang melambangkan satu perubahan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Dari satu fasa kepada fasa yang lain. Satu transformasi dari sesuatu yang biasa kepada yang luar biasa.

Henshin

Satu perubahan dari biasa kepada perubahan yang luar biasa. Perubahan yang menghambat dari berjalan untuk sama-sama berlari. Kerana Henshin ini bukan bersendiri lagi, tetapi bersama. Perubahan ini bukan sekadar dahulunya difikirkan menghambat kita untuk berubah, tetapi henshin inilah yang kita mahukan. Kitalah yang menghambat sesama kita untuk menuju matlamat yang ingin dituju.



Transform


Perubahan itu bukan lagi mereka, bukan lagi persekitaran, bukan lagi keluarga, bukan lagi teman-teman, bukan lagi sahabat-sahabat. Ia adalah kita dan masa. Kita adalah perubahan itu. Untuk mengubah masa hadapan yang lebih baik untuk sampai kepada matlamat, kitalah EXPERIMENNYA.



Transform

Kitalah yang perlu menyusun atur kehidupan, meng'forecast' masa hadapan dengan segala keringat ilmu dan pengetahuan. Kitalah yang perlu mengatur perbelanjaan, mengisi masa bersama, mengemaskan keperibadian untuk saling menyempurnakan antara satu sama lain. Bukan sekadar lagi, 'inilah diri aku yang seadanya'. Sebaliknya jadilah 'aku yang akan berubah untuk memberikan yang lebih baik dari aku yang sebelumnya'.

Berubah

Perubahan henshin itu seharusnya lebih bertenaga, lebih berjiwa besar, lebih tabah dan lebih kehadapan. Sudahlah dengan segala kenangan pahit yang menghimpit hati, diri dan sanubari. Kerana di depan masih ada ruang untuk dipenuhi dan memenuhi. Sama ada untuk diri sendiri, orang lain, pihak ketiga, pihak keempat dan pewaris. Mereka semualah yang kita perlu penuhkan. Sama ada dengan kasih sayang, jasa bakti, ilmu pengetahuan, bimbingan, motivasi, sokongan dan dorongan atau pun sekurang-kurangnya jadilah seperti gelas yang kosong. Terbuka untuk menerima semua yang tersebut di atas. Melengkapkan.

Transformasi

Jadikan kenangan lama untuk diperkukuhkan, kenangan yang tersimpan untuk menjadi pena untuk kita bisa melukis apa kehendak kita di masa hadapan. Tidak perlu takut. Kerana takut bisa menjadikan yang mustahil menjadi tidak mungkin bisa terjadi. Jadilah kuatir, agar bisa berjaga-jaga dalam perjalanan yang masih bisa diteruskan, walaupun perlahan.

Henshin

Peganglah siapa sahaja untuk terus berjalan ke hadapan, walaupun di dalam lautan pejalanan yang menyesakkan, menakutkan kalau-kalau terlanggar dek kenderaan besar yang mengamahkan kehidupan. Cukup sekadar bergayut dibelakang, memberi ruang yang dihadapan untuk meneruskan perjalanan kerana yang sekadar dibelakang itu pun sudah cukup menguatkan yang dihadapan. Tanda memberi ruang untuk dilindungi.

Henshin

Siapa juga bisa takut. Takut kegagalan, takut tidak bisa mencapai matlamat, takut kepada perkara yang tidak pernah berlaku lagi, takut-takut tidak cantik, takut hitam, takut kebersamaan tidak kekal. Takut dan takut. Takut pada sesesuatu yang tidak dan belum pernah terjadi. Kita sama-sama takut.

Tapi sekurang-kurangnya jangan hilangkan keberanian yang telah ditarbiyahkan. Jangan ketabahan dan kesengsaraan serta sakit yang dialami itu untuk bisa mendalamkan ketakutan yang dirasai. Henshinkan ia kepada keberanian. Keberanian yang melihat kemustahilan itu satu benda yang realistik walaupun belum benar terjadi. Cukuplah kemustahilan itu diwujudkan dalam minda terlebih dahulu dan tanamkan dalam hati dan sanubari bahawa satu hari nanti ia pasti akan terjadi.

Henshin itu kamer Rider

Satu kemustahilan yang dimomokkan saban zaman dari zaman suria berkasa hitam/gaban sehinggalah meningkat usia. Satu analogi yang unik untuk menjadikan sesuatu yang sangat mustahil terjadi kepada terjadi.   

MORAL OF THE STORY

Perjalanan ini masih jauh lagi, kerana kita belum pun mencapai matlamatnya. Kita baru sahaja berusaha mahu membina mahligai istana di singgahsana abadi. Ini bermakna, batu batanya belum di susun, dindingnya belum terbentuk, kubahnya belum berdiri, lantainya belum terpasang kerana kita baru bercita-cita dan melukiskan impian itu di atas pasir di persisiran pantai yang terkadang badai laut menyapa pasir dan lukiskan kita pun hilang seketika dari pandangan.

Kita tidak memerlukan antara satu sama lain. Kita cuma mempermudahkan jalan antara satu sama lain. Kerna jika kita berharap akan sentiasa diperlukan. Kita merasa kita ada untuk melengkapi dan dia ada untuk dilengkapkan. Tetapi jika sebaliknya setiap pemberian kita tidak pun dirasakan melengkapkan atau dilengkapkan, kita akan menjadi hampa. Hidup seperti tidak bermakna lagi.



Kita saling tak tumpah seperti satu batu loncatan. Yang satu menjadikan yang satu lagi batu loncatan. Tetapi ke mana batu itu untuk dilontaran? Seharusnya yang kita perlu sedar dan mahu dilontarkan adalah ke matlamat akhir kehidupan. Syurga.

Kehidupan bukan untuk menerima, tetapi memberi. Kerana dengan adanya antara satu sama lain. Pekerjaan dunia akan dipermudahkan. Segalanya yang harus dibeli sendiri kini boleh dipinjamkan, kalau rosak ada yang akan memperbaiki, kalu ada yang menangis akan ada yang pujuk, kalau merajuk maknanya adalah kawan untuk bergaduh.


Kalu dulu 1 pahala kini boleh dapat 27 kali ganda pahala. Jika dulu terlepas janji temu dengan sang pencinta, maka nanti ada yang mengingatkan. Kalu penampilan satu penelitian, kini lebih lagi kerana semuanya sudah perlu diambil kira. Pahala diperoleh dari semua sudut kehidupan, dari sekecil-kecil kerja sehingga sebesar-besar pengorbanan.


Walaupun terkadang tak sempat diperkira. Pemberian yang tidak terucap dengan terima kasih pun mendapat pahala, melakukan kesalahan yang menyenangkan juga diberikan pahala, ibadah sunat sudah seperti mendapat pahala wajib. Berganda-ganda pahala yang menjunam-junam turun dari langit. Rezeki akan mencurah curah. Menjaga diri sendiri untuk kepentingan diri sendiri pun sudah berlipat ganda ganjaran diperoleh.


Hanya sekadar memberi dan terus memberi, pahalanya sudah tertulis di sana. Jadi kenapa perlu membutuhkan lagi ucapan terima kasih dari manusia, jika semuanya sudah berganda bila sudah bersama.


Itulah yang dimaksudkan kita adalah batu loncatan sesama kita. Dengan itu, kita boleh bina pintu, tingkap, lantai, bilik, dan seterusnya mahligai di langit ketujuh dengan amal yang ikhlas yang dikirim dari kehidupan dunia yang fana dan sementara ini.


Pinjamlah dari Sang Maha Pencipta. Kerana kita nak main lontar batu bersama- sama sehingga sampai ke sana.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...