Friday, August 2, 2013

Ramadhan usah pergi



Play | read


Ku mulakan 10 malam terakhir ramadhan ini dengan rintihan batin yang mengalir membasahi pipi dan jiwa mengenangkan 20 malam yang telah aku tinggalkan. Ku tinggalkan dengan kekurangan dan kekosongan yang telah aku isi.

Mencucur-cucur air yang mengalir mengenangkan semua yang lepas, semua perbuatan yang lepas. Semua kesalahan yang tersisa dibuat dalam sedar dan dalam kekalutan.

Ramadan usah pergi.

Kehadiran ramadhan yang ku nantikan, seperti indahnya satu pertemuan yang melampaui temasya agong lain bahkan syawal juga tidak ku rasakan indahnya seperti mana penantian ramadhan ini.

Dulunya ramadhan ku penuhi dengan amalan. Dipenuhi dengan lumba-lumbaan bersama teman dan sahabat. Siapa yang akan khatam Al-Quran terdahulu. Dicorekkan ke helaian amal-amal yang bakal diusahakan tak kala ramadhan hadir. 

Dulu, siang dibasahi zikir dan kalam suci Al-Quran. Malam dipenuhi dengan solat tarawih. Sibuk berukhuwah dengan sahabat, iftarnya dan morenya.

Mempersiapkan makan buat tetamu-tetamu Allah yang hadir ke musolla, masjid dan surau. Kesibukan yang tak kenal letih. Bibir terukur senyuman melihat ummah berkumpul meninggikan agama.

Ramadhan jangan pergi.

Masih tersisa lagi 10 malam ini, coretan yang sudah mahu berakhir ini jangan kau hentikan ALLAH. Aku merindui suasana itu kerana-mu Ya Rab. Jangan biarkan aku terlambat mengisi waktu yang masih tersisa ini.

Aku sibut? Adakah itu alasannya bagi ramadhan ini bila aku ditanyakan kekal disuatu masa nanti. Adakah amalkan bertambah hanya dengan mengucapkan, "Aku sibuk ya Allah. Rasul Allah. Maaf aku sibuk. Ayahanda dan bonda, maaf aku sibut. Amalku tidak dapat ku alirkan pada kalian kerana aku sibuk".

Sibukkah aku sebenarnya? Benarkah semua ini boleh menjadi sebab yang kuat buat ku. Subhanallah, MasyaAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Bercampur baur dalam hati dengan detik masih yang terus berlalu.

Sampaikah aku pada ramadhan yang akan datang? Adakah aku boleh berjanji pada diriku, jika tahun depan masih akan bertemu ramadhan. Adakah ramadhan tahun depan akan lebih lapang masa ku? Adakah aku 
tidak akan disibukkan dengan hal-hal ke dunia?

Adakah kerja ku ini adalah hal-hal keduniaan? Adakah ianya hanya kosong tanpa sebarang manfaatnya untuk akhirat-ku?

Aku mencari jawapan itu dicelahlah sisa ramadhan yang berbaki lagi beberapa ribu minit yang akan meninggalkan aku. Ya Robbi, bolehkan tugas ku, kerja ku dan kehidupan sibukku melayani keluarga dan manusia ini di jadikan amal zikir ku, wirit dan tasbih ku berjumpa dengan mu Ya ALLAH??? Bolehkan?

Adakah kau akan terima seisi dunia ku ini sebagai ibadat?

Jika diperkirakan letih dengan dunia ini. Aku boleh katakan. Ya, AKU LETIH.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Teringat satu video klip  rancangan Lau Kana Bainan. Bila seorang pengacara tersebut bertanyakan kepada seorang muslimah yang berniqab hitam dengan soalan, "Jika Nabi masih hidup, apa yang Nabi akan cakap apabila melihat ummat islam hari ini?"

Soalan ini, bila ditanya kepada seorang muslimah, terus muslimah ini menangis.

Jawab muslimah itu sambil teresak esak, "Jika Nabi masih ada, Nabi akan menangis air mata darah kerana melihat ummat islam yang selalu menumpahkan darah.. "


Pengacara itu terus bertanya:


"Jika Nabi datang dan duduk bersendirian dengan kamu sekejap, apa yang akan kamu katakan padanya?"


Sambil air mata bergenang, berkatalah muslimah itu..


"Duduk bersama Nabi adalah impian semua orang, jika ianya benar.., saya mahu baginda membawa saya pergi jauh dari dunia ini..


Mungkin itu rasanya juga yang tersisa dalam hati dan ragaku jika berkesempatan melafazkannya.


MORAL OF THE STORY


Aku tahu dunia dan seisinya tidak boleh dipersalahkan. Ini semua juga adalah dibawah limpahan rahmat dari Allah. Ujian dan semua kehidupan yang perlu di lalui ini adalah jalan-jalan kita untuk pulang ke kampung halaman. Tidak mungkin kita mampu pulang jika kita tidak menjalani jalan-jalan kedunia ini. Jika kita tidak terus hidup dengan kesusahan, mana mungkin akan berjumpa kesenangan. Ujian.


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. 

(Surah Al-'Ankabut, Ayat 2 - 3)

Aku perkirakan Allah telah mengingatkan bahawa dunia ini juga adalah ladangan untuk ke akhirat. Bila mana amal di serahkan bulat-bulat untuk mencari redhanya sang pencipta. Tidakkah ada butir-butir zarah amal yang akan terangkat menjadi bagian dari bekalan. Pasti ada. InsyaALLAH.

Allah telah menyediakan kepada hamba-hambanya darjat-darjat tertentu buat mereka di syurga. Maka manusia itu diuji agar darjatnya kelak akan naik sehinggalah darjat yang telah ditetapkan seperti qadar&qodarnya / takdirnya yang telah tertulis di luh nahfuz. Antara lain darjat boleh diangkat Allah adalah dengan bertambahnya ilmu dan hambanya yang berjihad di jalan Allah.

Maka bukan amalan spiritual sahaja yang bisa di bawa pulang nanti. Seluruh kerja, tugas dan tanggungjawab yang dipenuhi juga bisa di bawa pulang. Cuma keikhlasan amalan itu akan sentiasa berbolak balik dalam hati, terpulang kepada Allah sahaja yang mengetahui tahap keikhlasan yang bisa mengangkat amal itu untuk dipersaksikan di padang mahsyar kelak.

Ramadhan. ku mohon kita bersua lagi.


Monday, April 22, 2013

Kasih PadaMu

Play | read



Assalamualaika ya Rasullullah. Kasih hatiku, cinta teragungku padamu membawa kepada cinta kepada sang pencipta.

Maafkan aku junjungan mulia. Aku pernah berjanji untuk membela agamamu, aku pernah berjanji untuk meninggikan kalam yang kau bawa. Aku pernah berjanji dahulu bahkan aku ikatkan janji itu dalam bai'ah ku teratas kepada pencipta Jagat Raya.

Maaf jika aku tidak bisa memenuhi janjiku pada mu, maaf jika aku tidak cukup kuat untuk mengatasi ujian duniawi. Masa dan harta ku tidak cukup untuk aku serahkan pada jalanmu.

Maaf jika aku tidak cukup bersedia untuk berada di barisan hadapan mengangkat panji-panji mu. Sedangkan mengangkat panji-panji dalam jiwaku juga kini sudah menjadi jihad besar. Subhanallah. Dunia mengaburiku wahai sang kekasih.

Bagaimana kelak aku ingin mengatakan yang aku adalah sebahagian dari mata rantai perjunganmu. Bagaimana kelak aku ingin berada di belakang panji-panji Iman Mahadi. Bagaimana kelak aku mahu berjumpa dmu dengan tangan dan janji-janji kosongku???????

Aku pohon kepada Mu Ya ALLAH, berikan aku peluang. Berikan aku kuderat, berikan aku keringat, berikan aku masa, berikan harta dan berikan aku jiwa. Berikan IZINMU untuk aku pergunakan semua yang telah kau kurniakan selama ini pada-ku untuk jalanmu.

Tersisa masa-masa yang ada ini. IZINKAN aku YA ALLAH untuk berjuang. IZINKAN aku untuk berjuang agar aku dapat membuang dunia ini sementara setelah lama lelah aku mendepani masa-masa dengan hal-hal keduniaan ini. Aku mahu berjuang walaupun hanya dengan masa yang tersisa ini sahaja yang tertinggal.

Dengan kerendaha hati, jiwa yang kotor, kuderat yang sentiasa tidak berdaya, dengan fikiran yang sentiasa gelisah. Adakah aku ini yang layak untuk bergelar pejuangmu???

Aku merintih padaMU, IZINKAN Aku YA ALLAH. Wahai Rasullullah. Benarkan aku membantu jalan juang mu walau dengan tangan yang bermandikan dosa ini. Bukan aku untuk membebankan jalan juang ini. Adanya aku adalah untuk mati di jalan mu.

Jika itu sahaja jalan untuk aku menebus dosa-dosa silam ku, jika itu sahaja tiket untuk berjumpa dengan mu. Dengan IZINMU, relakan aku pergi berjuang. Benarkan sisa-sisa terakhir ini adalah untuk agamamu. Jika ini dikatakan MEDAN juang yang paling sukar, berikan IZIN namaku juga tercatit atas jalan ini.


Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..


Thursday, April 18, 2013


play | read



Merenung ke luar jendela - melihat semua cabar yang datang bertubi-tubi 
Melihat kebesarannya - terkadang terlepas menghitung kesyukuran yang diberi 
Mensyukuri segala nikmat - bermuhasabah kembali bila mengingati 
Yang dikurniakan di dunia - mengalir air mata membasahi 

Kau berikan ku kekuatan - terpancar kelemahan yg sering dihitung diri 
Untuk berpegang pada jalan - terasa lelah, nak rebahkan hati 
Walau penuh dengan cabaran - merasa hidup kenapa teruji sebegini 
Ku tahu ku adaMu Tuhan - adakah angkara kifarah dosa-dosa silam 

Kerna kau yang satu - aku tidak bersendiri
Yang setia bersamaku - ada yang sentiasa berada disisi 
Tika aku jatuh - fitnah bukan besa memakan diri 
Kubangkit kernaMu - medan menempa diri untuk masa depan nanti 

Ku tahu ku adaMu 
Disisiku selalu 
Bantulah hambaMu 
Mencari keredhaanMu


-----------------------------------------------------------------------------------------


A016


Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadanya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.” [9:129]


Aku adaMU yang sangat dekat. Jadi kenapa lagi perlu ada runsing dalam diri?




Monday, April 8, 2013




Hanya dengan kuasa-Mu semua ini terjadi Ya-Allah.
Dan aku akan terus dan terus berdoa... berdoa.. berdoa
kerana aku hanyalah seorang hamba.

Jalan masih panjang di hadapan.
Banyak ujian dan cabaran yang perlu di tempuh lagi
tersenyumlah sebentar untuk bangkit semula
AYUH!!! BERJUANGA!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...