Wednesday, December 26, 2012

Allah sayang dengan cara murka?


Sepagi aku duduk-duduk di crew room bersama seorang sahabat, saat jam dinding berdetik menunjukkan jam 3.45 pagi.

"Kerja kita dah selesai ni, tapi waktu balik lambat lagi." aku bersuara bagi memulakan bicara.

"Ha'a... tak banyak kerja malam ni. Alhamdulillah, boleh la kita berehat sikit sambil sembang-sembang." sahabat-ku membalas sambil menjulurkan kakinya ke atas sebuah kerusi lagi di hadapannya, mengambil posisi seakan-akan ingin sedikit berbaring.

Maklumlah dalam crew room mana ada katil. Yang ada hanyalah kerusi-kerusi dan kerusi-kerusi serta meja ping pong di tengah-tengahnya. Apalah yang nak dilakukan lagi bila dah pagi-pagi buta ni, kan? Mata pun dah mula nak layu makanya sembang-sembang adalah agenda yang lebih ilmiah.

"Ko tahu tak macam mana Allah sayang kepada kita?" aku memulakan sebuah soalan ilmiah kepada sahabat-ku yang tampaknya pengin melabuhkan kelopak matanya.

"HAAAA!!! Apa ko tanya tadi? Sayang? Allah sayang kita dengan memberikan nikmatnya kepada kita. Bukan macam tu ke?" Dia bertanya kembali padaku dalam keadaan tahu tetapi mahukan kepastian.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Dia sahabat-ku yang aku kenali dulu. Berkenalan di alam kampus. Sahabat seperjuangan yang aku kenal semasa aku turun roadshow ke wilayah selatan. Bak kata orang, berkenalan atas dasar perjuangan a.k.a tak pernah kenal pun sebelum ni.

Pertama kali melihat dia di Sepang. "Eh!!! Macam aku kenal je. Macam sahabat yang pernah jumpa dekat program dulu je rasanya?"

"Oooooo... pernah program sekali rupanya.Ada jugak sahabat yang amik bidang macam aku ni rupanya. Takda la sunyi time buat kerja dekat sini nanti." aku berkata-kata dalam hati.

Beliau bekas pimpinan kampus, hebat juga orangnya. Kalu pimpinan ni biasalah perwatakannya di kampus; warak, jubah, serban dan kata-kata hikmah sentiasa meniti di bibir. Sahabat-sahabat mesti terpegun melihat individu-individu yang kita panggil sebagai 'pimpinan' ni. Mereka akan patuh, taat dan bekerja mengikut arahan tidak mengenal erti letih.

Tapi di sini, rakan-rakannya tidak mengenalinya secara mendalam. Beliau dilayan seperti biasa, bahkan sesekali beliau menjadi bahan senda gurau rakan-rakannya pula. heheh~ begitu juga dengan aku. Tidak dikenali. Hidup seperti biasa. Hidup seperti orang kebanyakan di dunia realiti orang kebanyakan.

"Eh!!! Tak nampak macam pimpinan dah pun? hehehe~ " sambil aku tersenyum melihat gelagat beliau bersahaja dengan senda gurau rakan-rakannya.

"Ini wakik kita sekarang. Layan je la budak-budak ni. hehehe~" sambil meleretkan matanya kepada rakan-rakannya.

Rakan-rakannya lebih muda dari beliau. Mereka gelarkan beliau dengan gelaran 'Orang tua'. Padahal usia mereka jauh bedanya sekadar 2-3 tahun sahaja. Tapi gaya berfikir dan kematangan mereka sangat jauh berbeda sepertinya beda usia antara mereka adalah dalam lingkungan 4-5 tahun.

Itulah kita sebenarnya. Dibedakan kita dari sudut pandang, kritis pemikiran dan gaya berkata-kata/berhujah yang mana jauh lebih terkehadapan dari rakan-rakan awam/umum kita yang seusia dengan kita. Begitulah kita ditempa di kampus bertahun lamanya. Terkesan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kita sambung cerita kita yang awalnya aku ingin sampaikan tadi.

Lalu aku bertanya, "Habis tu kalu Allah sayangkan kita dengan cara memberikan nikmat, jika diberikan sakit atau di tarik nikmat maka adakah itu bermaksud Allah tidak sayang kepada kita?."

Dia cuba menyampaikan hujahnya "Kalu tidak silap, Allah menarik nikmat dari hambanya dengan beberapa keadaan untuk tujuan sama ada sebagai ujian, dugaan atau bala atas perbuatan yang hambanya sendiri lakukan sebagai cara Allah memperingatkan hamba-hambanya, kan?"

Aku menghanggukkan sedikit kepala tanda bersetujuan dengan pandanganya lalu terus aku bertanya lagi, "Ok, kita biasa faham yang ujian & dugaan ni adalah tanda peringatan Allah kepada manusia manakala bala ini adalah peringatan keras/amaran Allah kepada orang disekeliling/masyarakat supaya jangan melakukan perkara yang di murkai-Nya tetapi bentuk bala ini adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan ujian & dugaan."

Aku menarik nafas sedikit panjangan dan menyambung bicara, "Persoalannya lagi, di manakah yang di katakan Maha Pengasih dan Maha Penyayang kalau diberikan bala sehingga mengakibatkan mati. Contohnya macam Allah mematikan/meleyapkan kaum-kaum terdahulu atau mematikan manusia yang berbuat zalim dengan cara di azab dengan kesakitan yang dahsyat."

Sahabat-ku memuncangkan bibirnya "hmmm... ada betul juga. Tapi ayat tu macam tergantung je? Sambung lagi."

Aku menambah lagi, "Adakah BALA itu adalah tanda KEMURKAAN Allah dan cara Allah memperingatkan hambanya?

Sahabatku membalas, "Ya, itu rasanya pasti. Seperti yang biasa orang dan kita fikirkan. Tapi kenapa ye? Ada perkara disebaliknya ke yang perlu lagi diketahui lagi?"

Aku merenung nipis wajah sahabat-ku dengan senyuman kecil terukur dibibir. "Ya, masih ada yang tersembunyi yang kita mungkin boleh mula berfikir tentang ke Esaan Allah disebalik asma-Nya 'Ar-Rahman & Ar-Rahim'.

"Ini macam sesuatu yang menarik je. Boleh kongsikan?". seraya terus beliau bersuara seperti tidak sabar-sabar menanti jawapan.

"Ini satu perbincangan untuk membuka minda dan melihat sesuatu dari perspektif yang sangat berbeza dari kebiasaan. Tiada fakta yang mengatakan ia benar atau tepat tetapi ianya tergantung kepada pertimbangan akal kita sendiri." aku merendahkan suara.

"TETAPI!!! untuk menjawab persoalan itu, ko kene jawab beberapa soalan aku dulu, Boleh? senang je". Aku melanjutkan bicara.

"Ayuh!!!! teruskan"


-----------------------------------------------------------------------------------------------


A: Apakah itu hukum HUDUD?

D: Hukum yang Allah cipta untuk hambanya/manusia.

A: Kenapa dalam hukum tersebut ada kelihatan hukuman-hukuman yang nampak dahsyak di mata manusia?

D: Sebab hukuman itu memang untuk menakutkan manusia agar manusia tidak melakukan kesalahan. Hanya Allah yang tahu titik ketakutan manusia kerana Allah yang mencipta manusia.

A: Ada tak kaitan hukum ciptaan Allah di muka bumi seperti hukum hudud ini dengan hukuman di hari perhitungan/di padang mahsya?

D: Ada!!! Jika telah menerima hukuman di dunia mengikut hukum ciptaan Allah maka dosa pada kesalahan tersebut tidak lagi di kira/di hukum di Akhirat.

A: Satu hari di akhirat bersamaan dengan berapa hari di dunia?

D: Ada yang kata panjanganya 1000 hari atau tahun di sana tetapi yang pasti sangat lama.

A: Api di dunia atau di neraka yang lebih panas?

D: Mestilah neraka. Bahkan dengan siksaannya yang telah tertulis dalam Al-Quran sangat dahsyat. Baca pun sudah cukup menggerunkan kita.

A: Apakah yang terjadi kepada kaum nabi-nabi terdahulu yang Allah telah murkai?

D: Allah turunkan BALA dengan dahsyatnya.

A: Kenapakah Allah turunkan BALA?

D: Sebab Allah dah berikan peringatannya melalui nabi-nabi mereka tetapi mereka tetap melakukan melakukan dosa maka Allah timpakan bala kepada mereka sehingga mati a.ka memendekkan umur mereka.

A: Kalu Allah tidak mematikan mereka dengan cara BALA, apakah yang mereka akan lakukan?

D: Bala ni adalah kita boleh sebutkan sebagai last result. Jika selepas di ujian/duga dari Allah sebagai peringatan tetapi mereka tetap melakukan dosa juga. Kalu Allah tak turukan bala kepada mereka maka mereka akan terus berbuat dosa.

A: Maksudnya dosa mereka akan semakin bertambah dengan bertambahnya umur mereka. Lagi panjang umur lagi banyak dosa maka akan lagi lama di azab di neraka atau kekal di dalamnya.

D: Jaaaaaaaaaaaaap8x!!!! Aku macam dapat sesuatu dari persoalan-persoalan yang ko cuba bangkitkan ni." sahabatku menarik nafaz panjangan, menghanggupkan kepalanya dan diwajahnya sudah tergambar apa yang ingin aku sampaikan.

A: Ini bermakna hukuman yang Allah cipta adalah untuk menakutkan hambanya dari melakukan kesalahan. Itu bererti Allah sayangkan kita agar kita takut dan tidak melakukan kesalahan.

A: Jika kita masih melakukan dosa juga, Allah hukum kita dengan hukumannya. Hukuman ini juga adalah tanda Allah sayang kepada kita agar kita terlepas azab di akhirat.

A: Allah turunkan bala juga adalah tanda Allah sayang kita. Sudah beberapa kali Allah memberikan peringatan tetapi kita engkar juga maka bala di turunkan supaya kita mati/dihapuskan agar kita tidak wujud lagi untuk membuat kesalahanya yang di kebelakangan harinya nanti akan menambahkan seksa kita di neraka.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


"ALLLLLLLLAAAAAAAH!!!!!! Hu AKBAR!!! Maha pengasih Allah kepada kita. Tak nampak di mata kasar kita." senyum gembira sahabat-ku dengan berkaca-kaca matanya di basahi air mata yang ingin menalir.

Aku menambung lagi, "Jika kita menolah hukum Allah yang sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita maka kitalah yang sebenarnya menzalimi diri kita sendiri dengan memasukkan diri kita di dalam neraka."

Tidak ada yang ditunggu mereka (orang kafir) selain datangnya para malaikat kepada mereka atau datangnya perintah Tuhanmu. Demikianlah yang telah diperbuat oleh orang-orang (kafir) sebelum mereka. Allah tidak menzalimi mereka. Justeru merekalah yang (selalu) menzalimi diri mereka sendiri.


(Surah An-Hahl: Ayat 33)


Salah satu dari tanda sayang Allah kepada kita adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran. Di dalamnya menyebutkan tentang perkara pada masa hadapan yang bakal manusia lakukan dan manusia terima atas perbuatan yang dilakukan. 

Al-Quran sudah lama memberikan 'Hint' kepada manusia, ia adalah seperti 'game cheat' dalam permainan, dan seakan kod rahasia yang telah lama terbongkar serta tips kepada peperiksaan akhir manusia.

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): ""Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikit dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
(Surah Fathir: ayat 37)

MORAL OF THE STORY

Begitulah sayangnya Allah kepada kita hamba-hambanya. Tidaklah Allah menciptakan manusia itu dengan begitu sahaja. Bahkan diberikan peringatan melalui nabi-nabi dan rasul-rasulnya serta kitab-kitabnya. Agar manusia itu selamat hidup di muka bumi agar dapat nanti kembali berjumpa dengan-Nya semula dengan selamat.

Cuma kita hamba-hambanya yang tidak melihat tanda-tanda sayangnya Allah itu dengan jelas. Melainkan kepada mereka yang mahu berfikir.

Terkadang sayang itu tidak tampak di mata tetapi boleh dirasakan dalam hati. Tidak boleh dipegang tetapi dapat dirasai. Zat Allah yang maha kaya dibentang di sekeliling kita. Untuk kita mengenali pencipta dengan melihat pada ciptanya, peristiwa ciptaannya dan pada diri kita sendiri.

Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?

(Adz-Dzaariyat: Ayat 21)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...