Tuesday, October 16, 2012

Bertemu kita mahupun perpisahan kita hanya kerana ALLAH


Sering dan terngiang-ngiang di telinga ku tiap-tiap kata yang pernah dilafazkan abng R. "Oklah, sampai disini perjumpaan kita. Kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Kita tangguhkan majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-'asr"

Aku duduk bersendiri merenungkan maksud itu. "Kenapa kita kene cakap macam tu? memang itu ayat skema nak tutup majlis kot. ke ada maksud yang tersirat?" aku mencuka dalam hati mencari-cari penafsiran itu sendiri. Tak berapa faham tapi mahu mencari maknanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Aku ada ramai kawan, teman dan ada sahabat. Mereka ini masing-masing mempunyai karakter yang berbeda. Yang aku maksudkan dengan mereka berbeda bukannya merujuk kepada individu itu tetapi aku merujuk kepada karakter kelompok yang istilahnya 'KAWAN', 'TEMAN' dan 'SAHABAT' itu.

Kawan-kawan aku  karakternya berbeda dengan yang namanya teman-teman. Begitu juga dengan sahabat. Orang bilang 'kawan adalah cerminan kepada diri kita'. Anda pernah enggak mendengar kata-kata itu? 

Hal ini ingin menunjukkan bahawa diri/karakter kita itu jika mahu diketahui oleh orang lain boleh sahaja dilihat melalui orang disekeliling kita iaitu orang yang paling dekat dengan kita adalah kawan-kawan kita. Anda setuju?

Tapi gimana kalau aku bina kata-kata tadi dalam 3 baris ayat yang berbeda.

1. kawan adalah cerminan kepada diri kita.

2.Teman adalah cerminan kepada diri kita.

3. Sahabat adalah cerminan kepada diri kita.

Apa yang anda faham bila istilah di awalan ayat itu aku tukarkan kepada 3 perkataan 'kawan, teman & sahabat'. Jadi apa yang anda boleh faham di sini?

Maknanya jika kawan itu boleh mewakili satu jenis perwatakan/karakter. Harusnya jika orang itu punya yang  namanya teman maka dia punya karakter yang sesuai untuk bergabung/bergaul dengan orang-orang yang layakkannya sebagai teman. Jika dia ada sahabat, maka pasti dia punya karakter orang yang layak bergaul dengan sahabat.


Mungkin ada yang pening saat membaca entry ini, apakah bedanya antara kawan, teman dan sahabat? entry ini sebenarnya adalah kesinambungan dari satu entry aku yang lepas. (klik di sini untuk entry lepas)

Jadi, aku mudahkan dengan mendefinasikan semula apa itu kawan, teman dan sahabat. Kawan ini adalah individu yang kita kenal secara semasa. Pernah ada dalam lipatan sejarah kehidupan kita, mungkin kawan sekolah, sepejabat, universiti, kejiranan mahupun yang kita pernah ada hubungan hidup dengan mereka dalam satu-satu tempoh masa.

Jika teman itu, mungkin sama dengan kawan tetapi mereka ini yang sering kita ketemu dan bersama. Saat tawa mereka ada, saat sedih pun terkadang mereka ada. Suka untuk berjumpa dengan teman-teman ini. 

Sahabat pula, adalah orang yang kita pernah bergaduh dengan mereka, menangis kerananya, terasa kehilangan saat tiada di depan mata dan rasa kebersamaan itu wujud bila berjumpa.

Mungkin definasi aku ini mampu sedikit memaknai apa yang akan aku coretkan selanjutnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kita sambung semula tentang 3 baris ayat tadi:

1. kawan adalah cerminan kepada diri kita

2. Teman adalah cerminan kepada diri kita.

3. Sahabat adalah cerminan kepada diri kita
.
Jika kawan, teman dan sahabat itu mempunyai karakter yang berbeda, maka orang yang bisa bergabung dengan mereka semua itu juga pasti mampu mempunyai karakter yang berbeda.

Dalam filem Batman misalnya ada digunakan istilah 'the dark side' atau sisi gelap pada 1 watak dalam filem tersebut. Sama juga dengan sebuah novel yang terkenal Dr jackal and Mr hyde. Maknanya watak itu punyai 2 karakter iaitu karakter baik dan jahat.

Karakter bukan sekadar baik dah jahat sahaja,  boleh jadi karakter adalah seorang yang memarah, memalu, periang, mendiam, penakut dan juga tidak terkecuali adalah gaya hidup serta cara berfikir.

Tapi satu hal yang belum pernah terjadi saat ini adalah antara dunia kawan-kawan-ku, teman-teman-ku mahupun sahabat-sahabat-ku ini mereka tidak saling bergabung dengan kata lain, mereka tidak pernah berjumpa pun.

Biar aku bagikan contohnya. Aku punya kawan A dan teman A. Mereka ini tidak pernab berjumpa pun apalagi kawan A aku mahu berjumpa dengan sahabat A aku. Pasti belum pernah berlaku.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Karakter ini aku boleh umpamakan juga sebagai dunia. Antara satu karakter dengan karakter yang lain umpama satu dunia dan dunia yang lainnya. Berpisah. Tidak bersatu lagi. Masih belum bersatu. Masih belum bergabung. Masih belum di satukan.

Sama seperti dua planet. Planet marikh dan planet zuhrah. Punyai karakter yang berbeda.

Persoalannya kapan mereka ini akan disatukan? Kapan karakter-karakter ini akan bergabung? kapan kawan akan berjumpa dengan teman dan kapan pula mereka akan bertemu sahabat? kapan 2 dunia akan bersatu? kapan marikh akan bersatu dengan zuhrah? kapankah? bilakah?

Itulah persoalan yang aku sendiri belum punya upaya untuk menjawabnya.

Jika ditanya, mahukah karakter itu di satukan? jawapan aku "YA, AKU MAHU." Tetapi sebelum bibirku mampu mengatakannya, tidak lupa aku untuk sering meminta kepada sang raja langit dan dunia kebenaranya. Jawapannya.



Aku cuma ada pena untuk dicoretkan dalam lembaran ini. Aku cuma ada tangan untuk terus berdoa dan berdoa. Aku cuma ada mata untuk meratapi dosa-dosa lalu agar aku terlahir untuk menjadi manusia yang sempurna untuk mereka. Aku cuma ada kaki untuk melangkah, berusaha sehabis baik. Aku cuma ada akal untuk terus merencana apa yang terbaik untuk masa hadapan yang aku sendiri belum tahu hujung pangkalnya. Aku cuma ada hati untuk berkongsi kasih antara aku, sang pemurah, kekasihku muhammad dan mereka.

Kerana aku tidak punya yang namanya pena yang telah tertulis di luh mahfuz. Tetapi aku ada keyakinan yang kita akan bergabung. semuanya di bawah panji islam/panji hitam. Kerana kita bertemu dalam musafir perjalanan ini menuju ke syurga dalam satu bahtera yang sangat besar yang namanya dunia dan kita di pertemukan dalam satu jalan cerita yang sedikit sama iaitu untuk memartabatkan agama ALLAH di muka bumi ini.




MORAL OF THE STORY

Jadi aku menyeru kepada seluruh karakter ku; kawan-kawan, teman-teman, sahabat, marikh, zuhrah dan seluruhnya. Jika ada kekurangan dari diri ku, aku pohon maaf pada kalian semua. Jika aku tidak sempurna maka ku harapkan kalian ada untuk menyempurnakan aku. 



Jika kita pernah bertemu dahulu atas apa-apa ikatan pun, percayalah itu semua kerana Allah. Jika kelak kita pun akan terpisah. Yakinlah itu juga kerana Allah.

Jangan yakin dengan aku. Yakinlah hanya pada Allah. (^_^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...