Tuesday, April 24, 2012

Coretan Kehidupan



Akhirnya saya dapat mencoretkan sesuatu dalam laman blog ini yang saya ambil masa lama untuk berfikir dengan semua entri yang saya pernah coretkan.

Untuk siapa dan kenapa saya mencoretkan semua lembaran ini? 

Bukan untuk siapa-siapa, bukan untuk apa-apa tujuan yang specific tetapi hanya kerna saya memang mahu berbuat. Tidak ada perkara kukuh yang menekan saya untuk mencoretkannya di laman blog ini, tidak perlu juga sebab kuat kenapa saya harus terus mencoretkannya.

Lembaran ini saya suka istilah dengan KEHIDUPAN.

Dalam kehidupan kita terkadang kita dipaksa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas dan tanggungjawab yang dipikulkan. Ada sahaja salah di merata-rata bila kerja dan tugas tidak seperti yang diharapkan.

Terkadang pula, tekanan KESEMPURNAAN itu menerjah dalam lubuk hati kita sendiri. Kita sendiri yang tertekan dengan pencapaian yang kita mahu laksanakan 'HANYA yang terbaik sahaja'. Walau sudah tidak ada pihak luar yang menekan kita, diri kita pula yang memaksa-maksa untuk "LAKUKAN YANG TERBAIK".

hmmmmm...

Di mana ruangnya untuk saya berada dalam keadaan BERSAHAJA? Saya juga lemah, saya tidak selalu kuat, saya tak selalu comel, saya pun nak menangis juga, saya mahu dipeluk, saya mahu dinasihatkkan, saya pun mahu merajuk juga.

DI MANA SEMUA RUANG ITU SAYA MAHU DAPATKAN?


------------------------------------------------------------------------------------------


Saya memerlukan ruang untuk berfikir dan re-chargekan tenaga saya ini. Saya mencari teman, kawan dan sahabat. Setiap dari mereka mempunyai hal-halnya yang berbeda. Begitulah juga sama dengan istilah yang saya gunakan kepada mereka. Ada karekter yang berbeza pada istilah 'kawan' , 'teman' dan 'sahabat'.

A: Aku nak tanya satu soalan ni. boleh?
B: Tanya la, jika boleh? (hehehe~)
A: Kalu aku ada masalah organisasi, ko boleh tolong tak?
B: Boleh, bagitahu je la. Aku boleh tolong sekadar yang termampu.

Mereka berdua pun duduk dan membincangkan hal tersebut sehingga selesai.

A: Aku saja je nak lepak-lepak dengan ko ni. Sambil minum-minum.
C: Ko macam baru menyelesaikan satu masalah besar je ni?
A: Ha'a, tadi ada kerja sikit. Stress betul kene selesaikan tugasan tu. 
C: Biasa la tu, kerja kene buat. Dah-dah, jangan fikir sangat kita bualkan hal lain.

Mereka berdua pun berbual panjangan menyingkap hal-hal lama dan mengimbau kenangan silam.

A: Eh! Macam kenal je?
D: Ha'a la. Rasa kita satu sekolah dulu kan?
A: Ye la, takkan tak ingat kot. Buat apa sekang ni?
D: Dah kerja dah...bla...bla...bla..bla.. hmmm.. aku ada hal ni, ok la. Aku gerak dulu.
A: Aku pun ada hal jugak sebenarnya ni. Ok, kalau jalan-jalan jumpa dekat mana-mana tegurlah ye.


Begitulah saya mendefinasikan istilah  'Kawan' , 'Teman', dan 'Sahabat'. Berbeda sebutannya juga maknanya. Begitu ramainya orang-orang yang ada disekeliling kita, berbeda kedudukan dan manafaat yang kita boleh peroleh dari mereka ini.

Begitu juga berbeda rasa dan perkongsian yang kita mahu beritahu mereka tentang hal kehidupan kita. Tidak semua boleh dikongsikan sama rata. Ada hal yang lebih selesa kita pertuturkan dengan 'kawan', ada hal yang senang dipertuturkan dengan 'teman' dan ada hal sulit yang kita boleh kabarkan kepada 'sahabat'.

Tetapi tidak selalunya kombinasi itu secocok, terkadang hal sulit/rahasia kita, kita perdengarkan kepada 'kawan', tidak sesuai dikabarkan kepada 'sahabat'. Terkadang 'sahabat' pun tidak begitu mampu membantu kerana kita TERASA perlu begitu sempurna untuk berkongsikan KEKURANGAN dengan mereka ini.

Tergantung kepada situasi dan keadaan.

Tetapi jika saya, saya lebih selesa dengan Blog ini. Ia seperti coretan yang tidak pernah menidakkan apa yang saya mahu kongsikan. Saya tidak pasti yang bisa membaca entri ini adakah 'teman', 'kawan' atau 'sahabt'. Tetapi  sepertinya blog ini boleh menerima semua rahasia hati yang saya ingin ceritakan.

KERANA saya yakin dan pasti bahawa akan ada yang membacanya. Walaupun saya tidak tahu siapa, bila, kenapa dia membacanya dan apa tujuan mereka membacanya. Dan saya pun tidak mahu tahu tentang hal itu.


MORAL OF THE STORY.

Saya mahu menconteng kenangan hidup atas diari yang tidak bisa difahami oleh manusia. Agar mereka semua tidak pernah dan akan memahami siapa saya. Saya cuma mahu mereka tahu yang saya ada 1001 ungkapan yang bermain di minda saya untuk mereka juga turut berfikir dan terfikir dari luar kotak fikiran kebiasaan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...