Wednesday, February 22, 2012

Saya mahu pulang ke kampung


"Nak tau tak satu cerita?", ketika sedang memandu lalu aku bertanya kepada co-pilot di sebelah bagi mencari ruang untuk berbual.

"Cerita apa bang?". teman sebelah menjawab perlahan.

"Perasan tak, sesetengah orang bila dia dengar bunyi ombak dia mesti rasa suka dan tenang. Sesetengah orang, bila lihat pemandangan sawah padi dia akan rasa selesa dan damai dalam hati, ada pula sesetengah orang lagi, bila di lihat pemandangan kampung-kampung dia rasa seronok. Tahu tak kenapa?" aku bertanya.

"Sebab keadaan yang abang sebut tadi tu tempat-tempat yang best kot", dia menjawab tetapi tidak yakin.

"Kalu abang pula, abang suka keadaaan yang macam mana?", dia pula melontarkan soalan.

"Kalu abang sebut mesti jawapan abang ni dirasakan macam pelik sikit", aku menjawab ringkas. Sambil melewati sebuah plaza tol.

Setelah palang tol naik aku terus membalas, "Abang suka suasana bandar."

"BANDAR?! kenapa pula? lain je dari kebiasaan?"

"Abang suka hiruk pikuk bandar, jam, kesibukkan bandar. Abang suka tengok bangunan tinggi-tinggi. Suka tengok LRT, pemandangan bandaraya di waktu malam abang boleh umpamakan sebagai selimut yang boleh mendodoikan.", aku menjawab.

"Kenapa macam tu pula ye? boleh jelaskan sikit tak?", teman bertanya lagi.

"Sebenarnya antara cerita abang dengan situasi pertama yang abang bagitu mula-mula tadi tentang suasana dan keadaan itu ada satu persamaan sebenarnya iaitu ASAL KITA DATANG."

"Manusia akan suka kepada suasana yang dekat dengan diri mereka dan akan merasa tenang bila mendekati suasana tersebut dengan kata lain manusia akan sentiasa suka dan teringat kepada tempat asal mereka datang walaupun sejauh mana mereka merantau. Tempat yang paling dekat dengan hati manusia adalah KAMPUNG HALAMAN tempat dibesarkan, bermain dan berasal.", aku menghuraikan sedikit panjang.

"Ooooo... tu pasal la orang bila raya je nak balik ke kampung ye bang?", temanku menjawab spontan.

"YE! tepat sekali. Kalu Raya Aidil Fitri ramai yang akan balik ke kampung. Terkadang tu, ada yang tetap pulang ke kampung walaupun sudah tiada ibubapa lagi di kampung. Ini kerana Aidil Fitri merujuk kepada FITRAH manusia yang telah lahir hasil dari pengorbanan melawan hawa nafsu selama 1 bulan. Hati manusia akan menjadi bersih dan kembali kepada FITRAHnya. Bila manusia berada dalam keadaaan FITRAH, ia akan cenderung untuk merasakan aman dan tenang untuk pulang ke tempat asalnya.", aku tamatkan perbualan di situ.

Kereta meluncur laju menuju ke destinasi harian kami.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Manusia itu lahirnya dengan FITRAH, dengan hati yang bersih dan suci. Manusia terkadang diibaratkan sebagai kain putih dan ibubapa cerminan bagaimana mencorakkan keperibadian manusia tersebut. Itulah antara perumpamaan manusia.

Masa bersilih hari, tahun berganti tahun, Zaman berubah zaman HATI yang asalnya FITRAH kini ternoda, dinoda serta menodai oleh gangguan ujian/cubaan kehidupan, warna warni hidup, bisikan syaitan, hasat dengki, iri hati, sombong, riak, takabbur dan lain-lain lagi menjadi titik-titik hitam yang sedikit demi sedikit menutupi HATI kita.

Lalu ALLAH SWT mengajarkan kita dengan perantaraan Nabi dan Rasul untuk senentiasa beristiqhfar, bertasbih, bertahmit dan berzikir memuji kebesaran-Nya agar HATI ini kembali bersinar dan bercahaya serta mampu melawan semua gangguan dan cobaan tersebut.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, agar kita kembali semula kepada FITRAH kita sebelum kita kembali kepada Sang Pencipta kita.

Jika saya umpamakan kita sebagai SEHELAI KAIN PUTIH, kita bermula dengan FASA permulaan iaitu sehelai kain putih, disepanjang jalan kehidupan ini kita tercorak, dicorakkan dan dikotorkan dengan warna-warna yang tidak sepatutnya. Di sepanjang perjalanan itu jugalah kita perlu senentiasa berusaha memutihkan kembali KAIN PUTIH tersebut dengan membasuhnya, mencuci, melindunginya dari dikotorkan (bertaubat, beristiqhfar, membuat pahala, menjauhi dosa)

FASA akhir adalah kita perlu pulang semula ke tempat asal kita dengan KAIN itu haruslah PUTIH seperti sedia kala aka kita hendaklah persiapkan diri kita untuk kembali kepada FITRAH untuk berjumpa dengan ALLAH SWT.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalannya, manusia ini di manakan tempat asalnya?

Semua orang tahu bahawa di akhir pengakhiran hidup kita, kita semua ingin MASUK ke dalam Syurga. Jika saya tanyakan kepada anda? anda juga akan menjawab persis seperti itu atau dengan hujah-hujah yang panjang tetapi tetap menjurus kepada maksud yang sama, bukan?

Tetapi sedarkah kita pada hakikatnya kita sebenarnya bukan mahu MASUK ke dalam syurga? Istilah MASUK ini seperti ada satu keganjilan dan ketidak biasaan atau dengan kata lain adalah FRASA yang kurang tepat.

Kita bukan sebenarnya MASUK ke dalam syurga tetapi kita sebenarnya KEMBALI/PULANG ke syurga.

Kenapa Frasa KEMBALI atau PULANG yang seharusnya digunakan kerana inilah hakikat yang kita perlu sadari. Kita adalah Makhluk yang asalnya dari Syurga. Kita adalah warisan dari ADAM dan HAWA yang tempat asalnya adalah syurga.

Digambarkan keindahan syurga itu adanya sungai yang mengalir di bawahnya, pokok-pokok, pemandangan yang indah, bunga dan buah-buahan dihias dengan barisan bidadari yang cantik dan jelita.

Itulah sebabnya Manusia punyai satu nilai ketenagan dan kedamaian yang sama dalam lubut hati yang sangat dalam mestikan manusia itu terdiri dari pelbagai agama, bangsa, wwarna kulit mahu pun bahasa yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. KEDAMAIAN DAN KEAMANAN itu dari manakah sumber nilai itu datang/hadir di dalam hati manusia?

Ianya bukan tercipta dari luar masuk ke dalam hati manusia (outside in) tetapi ianya sudah tercipta di dalam hati manusia (Built-in). Sumber ini terdalamanya datang dari rakaman ADAM dan HAWA di syurga dahulu maka itulah jawapan kepada semua pencarian manusia di muka bumi ini.

Manusia mahukan rumah yang besar/mahligai yang cantik dengan ilmu seni bina mereka membangunkan keinginan itu. Manusia mahukan pasangan hidup yang menawan, mahukan kehijauan taman lalu mereka menciptanya dengan ilmu lanskap, manusia mencipta sungai/kolam/tasik buatan kerana mereka merasa tenang melihat air mengalir yang mendamaikan dan mententeramkan jiwa.  


MORAL OF THE STORY

Kesemua pencarian manusia ini bersumberkan kepada satu jawapan iaitu manusia sebenarnya adalah makhluk syurga yang singgah di muka bumi ini untuk mengutip amalan untuk pulang semula ke syurga.

Jadi manusia tidak boleh lari dari pencarian mereka di bumi ini kerana MANUSIA sebenarnya RINDU UNTUK PULANG KE SYURGA.

Dan mereka mencari-cari semula FITRAH yang telah hilang dari HATI mereka dek kerana telah diselubungi oleh awan hitam disepanjang perjalanan di muka bumi ini.

"AKU RINDUKAN KAMPUNG HALAMAN KU, DAN AKU MAHU PULANG BERSAMA-MU"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...