Sunday, February 5, 2012

I only love Prophet Muhammad SAW


" Ummati... ummati... ummati"

itulah ucapan yang keluar dari bibir mula Nabi seluruh Alam, ketua segala pejuang kebenaran, pemimpin seluruh da'e, pemimpin Agong sepanjang sejarah kemanusiaan, PENCINTA yang setia.

Memulakan kisah baginda tentang UMMAT-KU. Tercorek sekian lamanya dalam dada baginda sebenarnya sebelum kerasulan lagi. Mendaki sebuah bukit yang tinggi untuk menyendiri dan mencari makna erti kehidupan yang hakiki tak kala zaman kejahilan di tahap maksimum melatari akal dan pemikiran orang di mekah al-mukaramah.

Di sana UMMAT-KU itu telah ada di dalam dada-nya. Baginda resah gelisah melihat kejahilan itu, pergaduhan antara puak, bertikam lidah saban hari, tidak kurang banyak juga darah yang mengalir, PERCUMA! Bagai tiada nilai. Anak perempuan di tanam hidup-hidup. Jual beli sangat menindas. Yang kaya tetap kaya dan manusia juga di perdagangkan di pasar seperti tiada nilai dan maruah.

Jika boleh dibayangkan perasaan baginda saat itu, teman? Meronta-ronta, gelisah, kabur, gusar, kacau bilau, remuk, hancur dan apa lagi kata yang boleh terkeluar. Baginda lebih merasakannya.

Di atas bukit itu, UMMAT-KU sudah tertanam di dalam dada-nya. Ianya telah lama ada di dalam dada baginda, fikiran baginda dan seluruh tubuh baginda.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Saat baginda dilemparkan batu dan pelbagai barang keras dari penduduk di sebuah negara itu. Sambil dilindungi oleh sahabat-sahabat-nya. Beredarlah baginda sehingga memasuki sebuah kebun/taman buah-buahan milik persendirian.

Baginda datang tidak meminta apa pun malah datang untuk memberikan kabar gembira tentang Sang Pencipta langit dan bumi. Tapi ajakan itu, dakwah itu tidak mahu di terima mereka.

Melewati ketua malaikat bertanya kepada baginda, "Aku panggilkan malaikat penjaga gunung ini untuk kamu". sampai malaikat itu, "Aku sedia diarahkan berbuat apa pun".

Malaikat tidak tertahan melihat apa yang telah diperlakukan oleh penduduk negara itu. "Mahu aku hempakkan kedua gunung ini di atas mereka kerana apa yang telah diperbuat mereka kepada kamu?"

UMMAT-KU, itu masih ada dalam dada baginda.

"Jangan! Mereka tidak tahu. Jika bukan mereka yang akan beriman, kelak generasi selepas merekalah yang akan beriman kepada Allah SWT."

Walau saat itu diperbuat keji oleh yang namanya UMMAT-KU tetapi baginda tetap tidak mengapa-apakan mereka kerana baginda yakin hidayah itu akan masuk juga ke dalam hati mereka. Jika bukan sekarang, pasti akan datang.


--------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah hari dibangkitkan kita semuanya kelak di padang mahsyar. Baginda yang akan dibangkitkan terlebih dahulunya.

Bertanya baginda kepada Malaikat, "Di mana UMMAT-KU?, mana mereka? mana UMMAT-KU"

Mencari-cari baginda akan kita dimana. Bergerak baginda mencari kita di mana. Bertemu baginda dengan nabi-nabi yang lainnya.

"Muhammad, ummat mu adalah ummat yang paling akhir sekali."

Mencari-cari baginda kita dimana. Bukan Khadijah yang baginda cari. Bukan Fatimah. Bukan Aisyah, Bukan Abu Bakar, Omar, othman, Ali, bukan juga yang di carinya Ibu dan ayah baginda. bukan kaum kerabat baginda yang baginda risaukan, teman.

Bukan keindahan syurga yang telah dijanjikan oleh Allah dapat menyenangkan hati baginda. Tetapi kerisauan itu terdalam dalam hati baginda, tertanam dalam sanubari baginda, mengalir dalam fikiran baginda. "DI MANA UMMAT-KU?"

 "APAKAH NASIB UMMAT-KU ya ALLAH", RAJA DI HARI PEMBALASAN


-------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi kita dengan mudahnya berkata.

"Saya cinta pada awak", kata-kata yang tidak seharusnya kita ucapkan.

"Awaklah isteri yang paling saya cintai", tanpa disedari itu terungkap dari bibir kita.


Silap, satu kesilapan. Kesilapan yang kita tidak sedar. Kesilapan yang berulang. Kesilapan yang tidak pernah terlintas dibenak hati kita. Kita silap dalam memberikan CINTA dan melafazkan CINTA itu kepada yang tidak BERHAK!

KITA SAMA SEPERTI MEREKA.

Melewati hari-hari kelahiran Nabi Muhammad, melewati hijrah baginda. Mendengar kisah/sirah baginda. Dari membaca, mendengar, menyampaikan kepada orang lain. Silih berganti memperingatkan manusia supaya MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW.

Tetapi kita ulangi ucapan CINTA itu sesama kita.

"Abang, saya cinta abang sebagai suami saya dan bapa kepada anak-anak kita", berbunga-bunga kita menucapkan penghargaan itu kepada mereka yang ada dalam hati kita.


----------------------------------------------------------------------------------------



Begitu hebat pengorbanan baginda kepada kita. Menyebarkan islam dan mendorong iman masuk ke dalam diri kita.

Bertarung nyawa untuk memastikan kita kelak akan masuk ke dalam syurga. Sanggup berkorban diri untuk kita. Berfikir siang dan malam tentang kita.

Apa lagi yang kita boleh bandingkan dengan apa yang telah baginda buat untuk kita sebagai UMMAT-nya? Apakah hebat sangat pasangan hidup kita sehingga kita begitu hebat MENCINTAI mereka. Apakah cukup hebat pengorbanan IBU&AYAH mu teman sehingga kau MENCINTAI mereka dalam hatimu.

Berapa banyak titis keringat dan darah yang telah tumpah oleh Suami/isterimu yang melebihi Nabi Muhamad, teman ku?

Jawap teman ku! jawab!




-----------------------------------------------------------------------------------------

Di bangkitkan kita kelak di padang mahsyar nanti dengan pelbagai rupa yang tidak terbanyakkan oleh benak fikiran kita saat ini, dengan warna dan wajah yang sangat berubah. Menggambarkan dosa yang diperbuat di dunia.

Dahsyat hidup kita ini, teman! Zalim diri kita ini!

Mencurah-curah air mata Nabi Muhammad melihat kedahsyatan ummatnya yang datang mencari baginda dengan membawa dosa yang banyak. Tidak sanggup baginda melihat kita. Tetapi kerana UMMAT-KU itu sudah sebati dalam diri-nya.

Baginda sujuk memohon keampunan kepada ALLAH SWT atas dosa-dosa-dosa-dosa-dosa-dosa-dosa yang kita berbuat.

Diperkirakan begitu lamanya disetiap kalinya baginda sujud. Baginda sujud memohon diampunkan dosa kita ummatnya di padang mahsyar diperhitungkan puluhan atau ratusan atau ribuan tahun lamanya baginda sujud.

Subhanallah!

Jika dengan akal kita berfikir, tidak perlu pun baginda berbuat demikian kepada kita sedang risalah tauhid itu telah baginda sampaikan sepanjang hayatnya di dunia. Maka jika dengan akal kita berfikir, seharusnya baginda dengan senangnya menantikan keluarganya, sahabat-sahabatnya, menyambut UMMATnya yang sering mengingatinya. Sering berselawat ke atasnya, mereka yang sering mengamalkan sunnahnya dan mereka yang patuh kepada ajaran islam.

Selayaknya baginda senang hati menantikan syurga yang dijanjikan ALLAH SWT kepada baginda. tetapi itu tidak berlaku teman. Bagindalah manusia yang paling sibuk memberikan Syafaatnya kpd kita di sana.

Di telaga itu, baginda melaungkan kepada UMMAT-NYA, "Mari dekat ku. Aku berikan syafaatku kepada mu UMMAT-KU".



MORAL OF THE STORY

Begitu agong CINTA baginda kepada kita tidak tergambar dengan apa pun yang boleh digambarkan dengan kata-kata. CINTA itu hanya bakal atau mungkin digambarkan dengan perbuatan kita; mengingati baginda, berselawat kepada baginda, mengikut sunnah baginda, membela ajaran islam, membela keadilan dan kebenaran, mendirikan negara islam, berjuang menentang kejahilan dan menjadikan AGAMA ISLAM tinggi di atas segalanya.

CINTA ITULAH CINTA AGONG. Itulah cinta sebenarnya. Bukanlah cinta yang kita ucapkan kepada pasangan hidup kita, kepada ibubapa kita, kepada guru-guru kita, kepada pemimpin-pemimpin kita, kepada kerajaan/negara dan bangsa.

Semua itu bukan CINTA.

Semua itu layaknya hanya BELAS KASIH kita sahaja.

PERKATAAN CINTA itu selayaknya hanya kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Walaupun sekadar perkataan CINTA tapi jika kita ummatnya. Selayaknya kita berubah hari ini dengan hanya mengungkapkan CINTA itu hanya kepada NABI MUHAMMAD SAW yang membawa makna juga kepada ALLAH SWT yang maha agung.

"Saya kasih kepada awak atas dasar keCINTAan saya kepada Rasullullah SAW yang membawa makna CINTA saya kepada ALLAH SWT."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...