Tuesday, January 3, 2012

Aku adalah segelas air yang sedikit cuma...


Teringat suatu kisah agong tentang BERKONGSI. Mungkin kalian semua pernah juga mendengarnya.

Dalam satu peristiwa bersejarah, di kawasan medan peperangan. Terlihat semua lashkar perang dan para jundullah keletihan yang teramat sangat dan keadaaan nyawa-nyawa ikat yang boleh hilang bila-bila masa sahaja.

Segelas air datang kepada seorang sahabat
"Minum air ini sahabat, kamu ku lihat sangat memerlukannya." sambil dihulurkan segelas air kepada sahabatnya.


Sahabatnya menjawab, "Aku lihat kau yang memberikan lebih memerlukan dari aku. Kamu minumlah dahulu".

"Takpa sahabat, kerana aku sayangkan kamu lebih dari diriku sendiri. Ku bawa air ini untuk kamu," balasnya dengan pantas.

Sahabatnya memandang sekeliling, "Aku ambil air darimu ini, kerana kamu sahabatku tapi aku berikan kepada sahabat ku yang lain terlebih dahulu." lalu gelas itu diberikan kepada sahabatnya di sebelah.

Dia berkata, "Sahabat ini untuk kamu, minumlah."

Sahabat di sebelah membalas, "Aku lihat kamu lebih memerlukan dari ku. kamu minumlah".

Segelas air yang separuh itu terus disuakan ke mulut sahabatnya tadi. "Nah, ini buat kamu kerana kamu sahabat ku, kamu lebih penting dari ku."

Lalu gelas itu diambil dari sahabatnya yang memberikan.




--------------------------------------------------------------------------------------------



Begitulah hal yang terjadi terus menerus. Gelas itu tidak di minum pun tetapi terus bergerak dari satu tangan ke tangan yang lainnya.

Yang terucap tetap sama di setiap bibir mulia yang mengucapkannya "Ini untuk kamu, kerana kamu sahabat ku. Kamu lebih perlu berbanding diriku".

Akhirnya gelas itu kembali kepada tangan orang yang pertama yang memberikannya tadi. Terlihat oleh beliau lautan manusia yang bergelimpangan di medan jihad itu. Berlinangan darah dan keringat mempertahankan Rasulnya, agama dan akidah.

Gelas tadi sampai ke tangannya tanpa sedikit pun berkurang. Sahabatnya semua telah menemui penciptanya. Terpacul keluar dari bibirnya sayup-sayup kedengaran. "Ku bawakan air ini untuk mu sahabat kerana aku belas kasih padamu lebih dari diri ku."

"Aku melihat kamu juga begitu. Merasakan perasaan yang sama terhadap aku dan sahabat yang lainnya". Sambil mengangkat segelas air yang penuh itu.

"Tetapi belas kasih ini tidaklah terlebihnya yang kamu kejarkan wahai sahabat-sahabatku kerana aku melihat Cinta ALLAH dan SAYANG mu kepada Rasul mu yang melebihi segalanya. Aku melihat itu sekarang jelas dan terang di depan mataku." dengan tubuh yang lemah, bergetar dan mungkin tidak lama bisa bertahan.

Gelas yang diangkat tadi tiba-tiba jatuh tersunggur ke bawah. Tenggelam dengan lautan darah yang membasahi medan tempur itu.

"Aku menyusul sahabat-sahabatku... Syurga Matlamat ku"

....SYAHID


MORAL OF THE STORY


Begitulah bagaimana kita memaknai rasa dan perasaan yang terbagi oleh Sang pencipta PERASAAN itu ke dalam hati kita.

Terkadang kita ragu atau merasa terawang-awang serta kita terkadang pula meletakkan perasaan itu bukan pada tempatnya, bukan pada masanya, bukan pada ahlinya. Terkadang juga perasaan yang banyak itu tidak dapat disatukan untuk siapa dan untuk apa.

Memaknai pengertian PERASAAN itu sangat penting dalam hidup kita agar tidak tersalah kita memberikan kepada siapa pun kerana salahnya kita memberi, maka akan kecewalah kita kelak.

  1. CINTA itu hanya pada ALLAH SWT sangat pencipta CINTA
  2. KASIH itu hanya kepada Rasullullah SAW kerana dialah yang terpuji dan sangat KASIH kepada kita ummatnya
  3. SAYANG itulah selayaknya kepada semasa manusia/makluk cipta-Nya.

Kerana SAYANG itu diberikan ALLAH adalah untuk DIKONGSIKAN, dimana kamu saling memberi sesama kamu. Setidaknya, kamu tidak terlalu kecewa dengan dunia dan seisinya jika perjalanan kehidupan ini tidak seperti yang kami hajati.

Ketahuilah SAYANG kepada dunia itu kamu genggamkannya di tangan kerana terkadang kamu menggenggam erat, terkadang pula kamu lepaskan.

CINTA dan KASIH itu letaknya di dalam sanubari. Ianya seakan mengalir di pembulur darahmu. Mengalir dalam jiwamu. Mengalir dalam fikiranmu. Rasakan ia bila kamu mula mengetahuinya.

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – Qaf : 16


Jika aku adalah segelas air, aku bukanlah separuh. Apatah lagi aku ini penuh. Tapi aku ingin BERKONGSI dengan segelas air yang tidak cukup untuk semua yang ada.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...