Saturday, January 28, 2012

Motivasi berlian



Jangan merasakan anda tidak bernilai, jika anda melihat dari kata mata anda sebagai tidak ada apa-apa kelebihan.

"Anda kenal berlian? Anda tahu nilai berlian itu ada pada apa?" seorang speaker berucap.

"Kalu dah berkilat tu berlian la, yang ada segi-segi tu", seorang menjawab dari jauh.

"Tepat! Tetapi anda sebenarnya tidak tahu pun sama ada ianya berlian atau bukan? Anda bukan pakar berlian atau melihat berlian dengan tools yang betul seperti pakar berlian yang melihat berlian menggunakan 'Teropong kecil' mereka. Anda setuju dengan pendapat saya?", Speaker bertanya.

"SEEETUUUJUUU....!", ramai-ramai menjawab.

"Saya bagi contoh. Jika di bawah kerusi anda, anda terjumpa benda berkilat-kilat dan bersegi-segi. Anda ambil dan mesti anda terus fikir. Ni bahagian butang baju melayu ni. Setuju atau sangat setuju?", Speaker bertanya lagi buat yang sekian kalinya.

"SEEEEEEEEEEETUJUUUUU...!", lebih ramai yang paham metafora kali ini.

"Kalu yang tadi kilat-kilat dan bersegi-segi tu ada dalam kotak kaca, lepas tu ada spotlight atas bawah kiri kanan, sambil berputar-putar. Setuju atau sangat-sangat setuju, walaupun anda tak check ketulinannya. Anda terus fikir itu berlian yang asli bukan?", Speaker meletakkan microphone.

"SAAAAAAAAGAT-SAAAAAANGAAAT SETUJU!", semua menjerit.

Sambil melihat orang di hadapan, speaker mengambil microphone lalu berkata "ITULAH ANDA! DIRI ANDA ADALAH BAGAIMANA ANDA MELIHATNYA!!!"


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Begitulah perumpamaannya. Lihatlah kelebihan, kejayaan dan pencapaian yang telah anda lalui dalam kehidupan ini. Setiap apa yang anda telah lalui. Jawatan, penghargaan, pencapaian dan keupayaan yang telah anda buktikan dalam hidup ini semuanya adalah diri anda.

Lihatlah semua itu dari kaca mata positif. Bukan melihat dari kaca mata kesombongan dan riak dengan semua pencapaian itu tetapi melihat itu dengan membuat penghargaan kepada diri anda sendiri.

Kita tidak selalu akan dipuji, dihargai atau dihadiahkan atas tangga keberjayaaan yang kita peroleh. Sebaliknya kitalah yang seharusnya menyedari potensi diri kita dan kitalah yang seharusnya menghargai diri kita sendiri. Bukan orang lain, bukan kawan-kawan, bukan keluarga hatta bukan majikan kita sekalipun.

Kasihkan diri anda sendiri dahulu sebelum anda mengasihi orang di sekeliling anda. Sebab apa?
Kasih itu bersifat 'INSIDE OUT' not 'OUTSIDE IN.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi dengan kaca mata kita yang dua ni sebenarnya tidak banyak nilai pada diri kita yang kita nampak sebenarnya. Tidak bermakna nilai-nilai pada diri kita yang kita tidak dapat melihatnya itu tidak terlihat atau dilihat orang lain.

Setuju atau sangat setuju?

Jadi mungkin anda sebenarnya sekarang ini adalah ICON kepada orang lain. atau mungkin saat ini anda adalah ROLE MODEL kepada orang disekeliling anda. atau dalam sedar atau tidak anda adalahan INSPIRASI kepada mereka-mereka di luar sana.

Cuba fikirkan.....


2) Saya mestilah beriman bahawa Rabb yang maha mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan wahyu dari Allah Subhanahuwata’ala itu sendiri.

-saya mestilah muslim dari suduk akidah

 "...Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)


MORAL OF THE STORY


Jangan lelah dengan kehidupan anda, teruskan hidup, kekal hidup dan menghidupkan orang lain. Teruskan bermanfaat, memberi manfaat dan menjadi ada untuk diambil manfaat.

Jika kita lemah, kita bisa melemahkan dan kita bisa dilemahkan. Jika kita kuat, kita bisa menguatkan atau ditambah kuatkan.

Maka carilah apa-apa, mana-mana, sesiapa sahaja yang mampu memotivasikan semangat anda, potensi anda, spritual anda dan nilai kehidupan anda supaya anda terus tetap hidup untuk menghidupkan dan memberi manafaat kepada orang lain yang mahu hidup bersama anda.


Thursday, January 26, 2012

Next level


Yes! Atlast. Dapat jugak aku naik stage.”

Berpinar-pinak kepala mencari-cari pintu untuk masuk ke stage yang seterusnya.

“Hang jaga ‘enter’ tu elok-elok. Bila ada orang jahat hang tembak”, kata along.

Aku turutkan sahaja, “Asyik-asyik kene jaga ‘enter’ je. Bila masa kami nak gerak-gerakkan benda ni pulak?”, aku sedikit merunggut.

“Akukan abang! Hahahahah~” Itulah ayat yang selalu along guna. (seperti sedang berdiri dan mencekak pinggang sambil berkata “Akukan abang! Hahahah~”


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Tertawa kecil aku bila teringatkan masa kecil-kecil dulu. Main game sama-sama 30 min sahaja setiap hari. Itulah undang-undangnya.

Dulu main game suka nak naik level cepat sebab dapat cabaran yang baru. Itulah hakikat permainan game dalam dunia khayalan.

Tapi persis sama dengan apa yang sedang dilalui dalam kehidupan kita sehari-harian. Bila kita mula mendaki usia, kita akan mendapat cabaran baru yang kita belum tahu apakah cabaran itu. Sama ada susah atau senang.

Jika kita bercerita tentang usia ia sangat berkait rapat dengan masa. Begitu masa pun berjalan, begitu juga usia kita meningkat. Begitu cepat pula masa berlari, usia juga akan dihambat laju untuk berlari sama dengannya.

Kita tidak boleh terlelah dengan masa dan usia yang sering menghambat kita. Tetapi terkadangan macam mahu memberhentikan semua ini rasanya.

“Jap….jap…jap! lajunya korang ni? korang nak laju-laju ni nak gi mana. Jangan tinggal aku. Korang laju sangat ni kenapa ha?” seorang teman bertanya.

“Masa bai. Masa bai. Masa berlalu dow. Kita kene cepat. Nanti kantoi!” seorang lagi menambah.

Itulah rutim budak asrama.

FLY di siang hari mahupun di malam hari. Bukan sebab apa pun Cuma nak beli burger depan asrama je.

Sama la umpamanya dengan kehidupan. Kita terkadang di hambat masa. Jika kita lewat dari masa yang berlaku bukan saja kita rugi tapi kita mungkin berada dalam keadaan bahaya.

“Aku dah cakap dah. Ko lambat! Kan dah kene rotan dengan Ustaz. Lain kali tak nak ajak la ko ni!”, dengan tegas temannya bersuara.


--------------------------------------------------------------------------------------------


Semalam aku dah bersetuju untuk masuk ke fasa baru. Bermaksud bulan depan aku dah berada di fasa seterusnya. Terasa seperti bersemangat kerana apa yang dicaturkan di permudakan oleh Allah SWT.

Apa fasa itu? ITU? Aku sahaja yang tahu. Ianya bukan satu kewajipan, tapi melaluinya adalah perkara Wajib untuk mencapai matlamat yang Wajib dicapai.

Samalah perumpamaan dengan mengambil wuduk untuk solat. Solat adalah Wajib. Maka wuduk juga di kira wajib untuk mengambilnya. Panjang perbahasannya. Itu kene cari ALIM untuk belajar.

Teringat kata-kata HAMKA

 "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Itulah ayat-ayat orang busines bila nak tarik menyertai mereka. Aku tak terkesan pun dengan ayat-ayat tu. sebab dah banyak kali orang guna ayat tu. Tapi, akulah orangnya yang akan menggunakan ayat yang sama kepada orang lain. HEHE~

Kenapa guna ayat yang sama juga? Sebab dalam bisnes “We learn from the Result”. Kita belajar dari orang yang telah ada hasil. Bukan cakap-cakap sahaja. “Business is about Result”. Mereka menggunakannya dan mereka berjaya. Itulah sistem Mentoring / Hybrid etc. Sistem ini sedang meledak dikebanyakan Syarikat Multi Millionaire.

“Awak buat dulu. Dah kaya ajak saya”. Itu ayat aku dulu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Masa untuk masuk level yang seterusnya. Aku tidak mahu jadi orang yang ditinggalkan, aku mahu jadi orang yang meninggalkan orang lain. Aka bergerak lebih pantas dari orang di sekeliling. Bila kita lambat, kita mungkin akan melambatkan orang yang laju. Jadi aku tidak mahu melambatkan kejayaan itu.

Biar aku yang menanti, bukan aku yang dinanti. Itu prinsip!

“Kalu dalam suatu perlawanan bola. Penonton kan bising-bising marahkan player, marakan pengadil, marahkan pihak lawan. Marah sebab tak skor gol.” Itu kata mentor kepada aku.

“Jadi, kamu nak jadi penonton ke jadi pemain?”, Aku blurrrrrrr….

“Kamu nak jadi penyokong ke pendokong?”, beliau bertanya lagi.

“Semestinya pendokong, abang R”, sambil menghanggukkan kepala dan paham apa yang di maksudkan.

“Jadi abang nak tawarkan kamu satu perniagaan. Kamu nak tak?” Beliau beredar perlahan-lahan dari tempat kami bersembang.

“NAK! NAK! NAK!”, aku berlari mendapatkan-nya.



MORAL OF THE STORY


Kita tahu kita akan terus di hambat dengan level dan stage itu. Mahu atau tidak ia akan tetaap berlaku walaupun kita tidak berbuat apa-apa sekalipun. Sebab masa dan usia akan terus berjalan hatta akan berlari dengan kecepatan yang kita tidak sangkakan.

tetapi jika hambatan masa itu lama dan terasa lambat, adakah kita dalam golongan yang rugi sedang orang lain sedang berlari?

Kita boleh katakan tidak sebenarnya. "Aku tidak rugi, bahkan aku adalah orang yang beruntung!". Katakan itu pada diri anda.

kerana apa kita akan beruntung sedang kita terlambat dari hambatan waktu itu?

"Sesungguhnya berhenti sebentar bukan bermakna lelah, merundur sekejap bukan bererti menyerah diri, diam sejenak bukan bermakna takut....

... sebenarnya ingin membuat persiapan, persediaan, percaturan, strategi, mengumpulkan tenaga, jiwa, harta dan nyawa...

... bukan untuk berlari seperti mereka tetapi ingin terbang. (mahu lebih maju dari mereka).

"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin"

(Surah As-Saff (61) ayat 10-13.)




Sunday, January 22, 2012

Mendambar seorang Ainul Mardhiah



Terlintas di cuping telinga ku, seorang teman menyebut judul sebuah lagu dendangan UNIC.

Ainul Mardhiah!”, teman ku mengucapkannya.

“Macam pernah je dengar lagu tu”, aku membalas perlahan.

“Ko mesti pernah dengar punye. Lagu nasyidkan. Takkan dak nasyid tak pernah dengar”, sepontan dia membalas dengan sedikit ketawa kecil.

Aku menghanggok kepala. Meraikan ucapan teman ku. “Ye.. ye.. ye. Aku ingat.”

“Ni yang kisah bidadari syurga tu ke?", aku bertanya.

“Ha! Tau pun. Tadi buat-buat tak tahu pula!”, seorang lagi teman mencelah.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Aku mencari kisahnya, membaca dan memahaminya.

“Inikah Ainul Mardhiah?, Subhanallah”

Kisahnya sangat menyentap perasaan. Membacakan cerita tentang seorang pemuda yang mendengarkan dari mulut yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda menyuntik semangat kepada para sahabatnya tentang kelebihan berjihad. Barang siapa berjihad lalu syahid maka dianugerahkan oleh ALLAH SWT seorang bidadari yang cantik dikalangan bidadari yang ada.

“Subhanallah.” Tiada perkataan yang lebih baik lagi yang akan terucap di mulutku.

“Bolehkan aku ini ingin mendambarkannya?”, suara kecil berbunyi.

Terasa diri sangat tidak layak apatah lagi untuk membayangkannya. Begitu hebat ganjaran Syurga yang ALLAH SWT tawarkan kepada pencinta Agama, Rasul-Nya yang membawa cinta tertinggi kepada DIA, ALLAH SWT.

Teringat kata-kata yang aku ucapkan sendiri di hadapan 160 pelajar dalam satu sesi motivasi ringkas.

“Adik-adik, abang nak bagi tahu satu rahsia dan jawapan kepada semua perkara-perkara yang terkadang terlintas di dalam hati adik-adik. Tetapi persoalan itu tidak mampu dijawab oleh orang-orang di sekeliling adik-adik. Nak tahu tak?”, aku bertanya dengan sedikit meninggikan nada suara.

“NAAAAAAAAAAAK!!!”, mereka menyahut beramai-ramai.

Aku menyambung, “Adik-adik pernah tak ada orang cakap dua benda ni dalam hidup adik-adik. Pertama sabar dan kedua jangan putus asa? Ada tak?”, tona suara aku seperti mempersoalkan tetapi tidak meminta untuk dijawab.

Aku meneruskan ucapan. “Ada tak bila adik-adik di timpa masalah dan ada orang suruh adik-adik sabar lepas tu dalam hati adik akan kata, Sabar-sabar, berapa banyak kali nak sabar?”, aku bertanya.

“Ada tak orang kadang-kadang bila adik mendapat kegagalan dalam pelajaran orang cakap jangan putus asa, ada tak? Aku bertanya lagi.

Mereka menghangguk tetapi seperti tidak berapa faham apa kaitan rahsia yang aku sebutkan tadi dengan 2 perkara yang aku tanyakan kepada mereka.

Ucapan aku teruskan, “Kemudian bila adik-adik dah tak boleh tahan lagi, dalam hati adik-adik ni ada tak adik pernah terlintas. Nak sabar-sabar sangat ni nak buat apa? Jangan putus asa ni sebenarnya untuk apa? Kena aku tak boleh putus asa. Kena aku kene bersabar. Untuk apa semua benda yang aku tak boleh buat ni?”

Mereka rata-ratanya sedikit memahami. Ada yang menghanggukkan kepala.

“Tetapi adik-adik, soalan-soalan yang terlintas di dalam hati terdalam adik-adik tu tidak pulak adik-adik tanyakan kepada orang disekeliling adik-adik, kan? Sebab adik rasa persoalan tu macam mereka semua tidak dapat memberikan jawapan kepadanya”, aku menamatkan penjelasan dengan bertanya, “Setuju atau sangat setuju?”

“SAAAAAANGT SETUJU!”, ramai-ramai mereka menjawab. Kelihatan wajah-wajah mereka meminta aku memberikan jawapan kepada persoalan itu.

“Jadi adik-adik. Kenapa dalam hidup ni kita mesti bersabar dan tidak boleh berputus asa jawapannya adalah kerana SYURGA!”, aku menjawap satu persatu.

“Kenapa jawapannya SYURGA bang?”, salah seorang pelajar di bahagian hadapan spontan bertanya.

Aku menjawab dengan senyuman. “Kita dah tahu tadi tujuan hidup kita sebagai KHALIFAH dan kita hidup untu beribadah kepada ALLAH SWT. Dan segala kerja buat kita di dunia ini kita nak membawa erti itu semua ke mana adik-adik? Kita nak ke Syurga Bukan?

“Jadi jika kita tidak sabar dengan ujian di dunia ini dan berputus asa dengan cabaran serta kesusahan hidup ini, ia samalah seperti kita berputus asa untuk masuk syurga dan kita tidak mahu bersabar lagi untuk masuk syurga?

“OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOoooooo…” mereka membalas. Aku tersenyum.



----------------------------------------------------------------------------------------------



Oh! Ainul Mardhiah.

“Pandai aku cakap dekat adik-adik tu tentang syurga. Takkan aku nak putus asa dan macam tak yakin yang aku nak masuk syurga je. tak boleh tak boleh. Aku kene yakin. Kalu aku yakin maka aku boleh bercita-cita. Jadi tidak salah aku ingin mendambarkannya, bukan?, monolog dalaman aku berkata.

Dalam buku The E-Myth Revisited by Michael E. Gerber, salah satu buku dari 10 senarai buku-buku business termasyuhur yang aku kene baca ada menyatakan seseorang yang Berjaya dalam perniagaan, mestilah membina system dalam syarikatnya yang mana system itu boleh diadaptasikan kepada Francis yang lain walaupun dia sebenarnya baru ingin membuka 1 kedai kecil sahaja. Dengan erta kata lain “Think Big, even though you are small”

Walau aku tahu aku hanya seorang amilin sahaja, tidak terjangkau pun sebagai seorang lashkar perang. Jauh sekali jika ingin Syahid. Tetapi aku juga tahu bahawa tidak salah jika aku bercita-cita ke arah itu kerana hidup ini dimulakan dengan mimpi diakhiri dengan realiti.

Kita sebenarnya seolah-olah sedang bermimpi menjalani kehidupan ini kerana kehidupan ini adalah pentas lakonan terbesar dalam hidup kita. Tetapi realitinya adalah apabila kita terjaga dari tidur kita di muka bumi ini, kehidupan sebenar yang kekal dan panjangnya adalah di Akhirat sana.

MORAL OF THE STORY



Sesungguhnya Ainul Mardhiah itu adalah ketua para bidadari syurga.

Jika amilin ini mendambarkannya, maka SYAHID itu adalah jalannya. Jika aku tidak mampu kelak memiliki Ainul Mardhiah itu, aku pasti dan yakin bahawa nilai Seorang Wanita Solehah itu adalah lebih baik dari bidadari Syurga.

Malah peneman seorang suami itu kelak di sana adalah isterinya. Isterinyalah yang akan menjadi ketua bidadari Syurga untuknya.

Maka tidak berlebihan jika aku mengucapkan,
“Aku mendamparkan seorang ainul mardiah di muka bumi Allah SWT.” Aku yakin tuhan menciptakannya untuk ku, kerana aku juga tidak sempurna.


“Nothing is absolute…”


SANAH HELWAH……….

Friday, January 13, 2012

T - Muslimah Video Teaser





Fesyen tidak boleh lagi dipisahkan dengan yang dinamakan sebagai hawa. Menjadi sebahagian dari diri mereka untuk senentiasa mengikut arus perubahan trend semasa.

Tidak tersalahlah jika mereka ini di umpamakan sebagai suatu ciptaan yang cantik di muka bumi Allah SWT ini. Memakmurkan dunia dengan kewujudan hawa sebagai pelengkap kepada melahirkan zuriat manusia di alam sejagat ini.

Kecantikan dan perhiasan dunia itu adalah harta, kekayaan, emas, berlian dan permata. Tetapi wanitalah yang lebih dari segala perhiasan itu.

TETAPI

diantara sekalian wanita penghuni alam ini yang menjadi perhiasannya, maka PERHIASAN TERBAIK dunia adalah WANITA SOLEHEH.

Mereka menjaga maruah dirinya, menutupi perhiasan dirinya dan memperlihatkannya hanya pada Suami mereka dan ahli keluarganya berhak sahaja. Mereka itu di muliakan Allah SWT dan wanita solehah ini sangat pula di sayangi oleh baginda NABI MUHAMMAD SAW.


 

Tuesday, January 3, 2012

Aku adalah segelas air yang sedikit cuma...


Teringat suatu kisah agong tentang BERKONGSI. Mungkin kalian semua pernah juga mendengarnya.

Dalam satu peristiwa bersejarah, di kawasan medan peperangan. Terlihat semua lashkar perang dan para jundullah keletihan yang teramat sangat dan keadaaan nyawa-nyawa ikat yang boleh hilang bila-bila masa sahaja.

Segelas air datang kepada seorang sahabat
"Minum air ini sahabat, kamu ku lihat sangat memerlukannya." sambil dihulurkan segelas air kepada sahabatnya.


Sahabatnya menjawab, "Aku lihat kau yang memberikan lebih memerlukan dari aku. Kamu minumlah dahulu".

"Takpa sahabat, kerana aku sayangkan kamu lebih dari diriku sendiri. Ku bawa air ini untuk kamu," balasnya dengan pantas.

Sahabatnya memandang sekeliling, "Aku ambil air darimu ini, kerana kamu sahabatku tapi aku berikan kepada sahabat ku yang lain terlebih dahulu." lalu gelas itu diberikan kepada sahabatnya di sebelah.

Dia berkata, "Sahabat ini untuk kamu, minumlah."

Sahabat di sebelah membalas, "Aku lihat kamu lebih memerlukan dari ku. kamu minumlah".

Segelas air yang separuh itu terus disuakan ke mulut sahabatnya tadi. "Nah, ini buat kamu kerana kamu sahabat ku, kamu lebih penting dari ku."

Lalu gelas itu diambil dari sahabatnya yang memberikan.




--------------------------------------------------------------------------------------------



Begitulah hal yang terjadi terus menerus. Gelas itu tidak di minum pun tetapi terus bergerak dari satu tangan ke tangan yang lainnya.

Yang terucap tetap sama di setiap bibir mulia yang mengucapkannya "Ini untuk kamu, kerana kamu sahabat ku. Kamu lebih perlu berbanding diriku".

Akhirnya gelas itu kembali kepada tangan orang yang pertama yang memberikannya tadi. Terlihat oleh beliau lautan manusia yang bergelimpangan di medan jihad itu. Berlinangan darah dan keringat mempertahankan Rasulnya, agama dan akidah.

Gelas tadi sampai ke tangannya tanpa sedikit pun berkurang. Sahabatnya semua telah menemui penciptanya. Terpacul keluar dari bibirnya sayup-sayup kedengaran. "Ku bawakan air ini untuk mu sahabat kerana aku belas kasih padamu lebih dari diri ku."

"Aku melihat kamu juga begitu. Merasakan perasaan yang sama terhadap aku dan sahabat yang lainnya". Sambil mengangkat segelas air yang penuh itu.

"Tetapi belas kasih ini tidaklah terlebihnya yang kamu kejarkan wahai sahabat-sahabatku kerana aku melihat Cinta ALLAH dan SAYANG mu kepada Rasul mu yang melebihi segalanya. Aku melihat itu sekarang jelas dan terang di depan mataku." dengan tubuh yang lemah, bergetar dan mungkin tidak lama bisa bertahan.

Gelas yang diangkat tadi tiba-tiba jatuh tersunggur ke bawah. Tenggelam dengan lautan darah yang membasahi medan tempur itu.

"Aku menyusul sahabat-sahabatku... Syurga Matlamat ku"

....SYAHID


MORAL OF THE STORY


Begitulah bagaimana kita memaknai rasa dan perasaan yang terbagi oleh Sang pencipta PERASAAN itu ke dalam hati kita.

Terkadang kita ragu atau merasa terawang-awang serta kita terkadang pula meletakkan perasaan itu bukan pada tempatnya, bukan pada masanya, bukan pada ahlinya. Terkadang juga perasaan yang banyak itu tidak dapat disatukan untuk siapa dan untuk apa.

Memaknai pengertian PERASAAN itu sangat penting dalam hidup kita agar tidak tersalah kita memberikan kepada siapa pun kerana salahnya kita memberi, maka akan kecewalah kita kelak.

  1. CINTA itu hanya pada ALLAH SWT sangat pencipta CINTA
  2. KASIH itu hanya kepada Rasullullah SAW kerana dialah yang terpuji dan sangat KASIH kepada kita ummatnya
  3. SAYANG itulah selayaknya kepada semasa manusia/makluk cipta-Nya.

Kerana SAYANG itu diberikan ALLAH adalah untuk DIKONGSIKAN, dimana kamu saling memberi sesama kamu. Setidaknya, kamu tidak terlalu kecewa dengan dunia dan seisinya jika perjalanan kehidupan ini tidak seperti yang kami hajati.

Ketahuilah SAYANG kepada dunia itu kamu genggamkannya di tangan kerana terkadang kamu menggenggam erat, terkadang pula kamu lepaskan.

CINTA dan KASIH itu letaknya di dalam sanubari. Ianya seakan mengalir di pembulur darahmu. Mengalir dalam jiwamu. Mengalir dalam fikiranmu. Rasakan ia bila kamu mula mengetahuinya.

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – Qaf : 16


Jika aku adalah segelas air, aku bukanlah separuh. Apatah lagi aku ini penuh. Tapi aku ingin BERKONGSI dengan segelas air yang tidak cukup untuk semua yang ada.


Monday, January 2, 2012

yang ditunggu telah tiba







Sambungan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa terjawab menjelang 2 Januari 2012.

Berkat KESABARAN yang jitu dan tidak tertahan lagi. Akhirnya perjuangan yang menuntut kesabaran ini seakan-akan menampakkan hasilnya. Penantian yang dulu dirasakan satu impian telah mula nampak.

Impian yang didongengkan oleh angan-angan dari teman-teman kini akan menjadi realiti. Jika ini juga adalah ibadah untuk akhirat maka tidak tersalah jika ianya adalah perjuangan. Jika ianya perjuangan maka tertanam semangat yang kuat untuk mencapainya.

Bukan senang dan tidak mudah. Membinanya dengan keazaman. Mendirikan dengan tekat. Tidak salah rupanya aku BERSABAR sedikit masa sebelum membuat pertimbangan untuk menerima pilihan peluang yang terpampang di depan mata.

Sukar rupanya membuat pilihan tentang hala tuju hidup rupanya. Rupanya ada sesuatu yang baik akan memati di hadapan.

Yakin dengan sabda Rasullah SAW bahawa 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan. Maka itu yang aku sahutkan. Meninggalkan cita-cita dahulu mengejar ruang dan masa untuk Akhirat. Salahkah aku?

Inilah butiran tasbihku. PERUSAHAAN ini adalah jalan-jalan ibadah ku mengabdi pada yang maha memberikan rezeki. Adakah aku salah membuat percaturan? atau aku lemah dalam membuat perkiraan?

Inilah jalan-ku.



MORAL OF THE STORY


Jihat Business  "mencari ruang dunia untuk masa berbuat amal untuk akhirat"


SOLAT à SABAR à REZEKI
Berusaha à sabar à tawakal 


Akhirnya tidak TERPISAH dunia dan akhir kerana aku nampak makna setiap butiran kerja yang aku akan lakukan dan perbuat. Ada mereka yang memerlukan, ada mereka yang mengharapkan dan ada mereka yang meminta. Aku perlu ada Kuasa untuk memberi, melindungi dan berbagi apa yang aku miliki.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...