Saturday, July 30, 2011

petua tradisi VS teknologi terkini?



Doktor ini kadang2 mahu caya pun susah jugak. Contohnya Bedung, yang orang-orang dahulu gunakan untuk membalut bayi. mungkin dalam buku2 yang doktor2 ini belajar, bedung tak termasuk dalam silibus mereka. ilmu tuhan inikan luas. kalau orang tua dahulu gunakan petua. sesetengah kita dengan mudah kata petua tidak boleh pakai.
cuba kita fikir sejenak. jika kita tahu ilmu tuhan itu luas. mungkin ada di celah2 ilmu itu yang kita mungkin tidak tahu. maka kita tidak boleh kata tidak atau salah. jadi kita perlu uji / nilai terlebih dahulu sebelum boleh mengatakan sesuatu itu salah atau betul.

jadi cuba kita chck semula. petua dalam istilah modern adalah R&D. research & development. research dengan ilmu / teoritikal. development dengan practikal. R&D adalah proses yang berulang atau kita panggil test and error / test run. R&D petua telah melalui satu jangka masa yang panjang dari satu generasi ke satu generasi. inilah adalah R&D through experience.

"pengalaman adalah guru yang paling berharga dalam hidup"

teknologi baru belum tentu terbukti keberkesanannya. sedangkan prototype sesuatu produk atau teknologi juga perlukan kepda R&D yang lama sebelum ia diluluskan menjadi produk sebenar. masa dan pengalaman memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesuatu teknologi juga ilmu. di cordoba, spain. di mana tempat berkumpulnya kecemerlangan ilmu pengetahuan islam. di sana ilmu itu dibahaskan oleh cerdik pandai islam mahupun bukan islam. setiap ilmu mahu dihasilkan terlebih dahulu perlu dibahas, dibincangan, dikaji dengan lamanya sebelum ia terhasil sama ada sebagai produk (alat-alat perubatan), mahupun ilmu pembedahan (kaedah).

contoh yang mudah. jika kita mahu apply kerja. dalam situasi kita letakkan 3 calon yang merebut jawatan yang sama (CNC machine). calon-calonnya adalah 1. fresh degree. 2. diploma, 2 tahun pengalaman bekerja. 3. spm 10 tahun pengalaman bekerja dengan cnc machine. kebiasaannya yang berpengalaman lebih diutamakan. tetapi ada sesetengah syarikat yang memikirkan keuntungan, mahu membayar gaji yang rendah, mereka akan mengambil fresh degree, lalu mereka hantarkan fresh degree ini ke krusus.

kini hari ini dengan teknologi sendiri telah membuktikan bahawa rawatan alternatif / tradisional terbukti keberkesanannya. malah rawatan islam juga kini boleh mengubati penyakit fizikal. itulah tandanya kekuasaan ALLAH. ilmu ALLAH itu luas. kadang kala kita manusia lebih mempercayai teknologi dari apa yang ALLAH telah sebutkan dalam AL-QURAN. kita mahu melihat dengan mata, maka baru kita mahu mempercayainya. kita mahu bukti, baru kita mahu percaya. tetapi tidak salah. cumanya kita perlu pandu FITRAH ini agar ianya terkawal.

sama seperti nabi musa yang mahu melihat ALLAH untuk mengetahui tentang kewujudan ALLAH. sebaliknya ALLAH tidak menunjukkan rupanya, sebaliknay ALLAH hanya memberikan BUKTI sahaja. maka nabi musa pun pengsan. selepas bangun, nabi musa memohon keampunan dari ALLAH dan berkata dia YAKIN dengan kewujudan ALLAH dengan BUKIT yang telah ALLAH tunjukkan. maka itulah yang kita katakan FITRAH manusia. tapi kita perlu mengawalnya.

MORAL OF THE STORY

ilmu ALLAH itu luas. maka sebelum kita mahu kata sesuatu itu betul atau tidak. kita selidik terlebih dulu kesahihannya, kita cari BUKTI / kaji / belajar / bertanya / mencari guru dahulu supaya datangnya keYAKINan itu untuk mengamalkan sesuatu ilmu itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...