Friday, December 30, 2011

Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa


…." Sesungguhnya kamu Musa sekali kali tidak sanggup SABAR bersama ku. Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai PENGETAHUAN yang cukup tentang hal itu."

Musa pun menjawab,

" Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan tidak akan menentang kamu dalam sesuatu urusanpun"

Kemudian Nabi Musa bertanya,

" Kalau aku sanggup mengikuti kamu, apakah persyaratannya ?"

Dan dijawab oleh Nabi Khidir,

"Jika kamu mengikuti ku maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."

Lalu dipendekkan kisahnya terjadilah beberapa perisitiwa aneh di kaca mata Nabi Musa tentang perbuatan yang dibuat oleh Nabi Khidir. Pertamanya Nabi Khidir membocorkan Perahu. Kedua dibunuhnya seorang anak kecil oleh Nabi Khidir. Terakhirnya, Nabi Khidir mendirikan temboh yang hampir runtuh pada sebuah rumah di perkampungan yang masyarakatnya tidak prihatin.

Di setiap peristiwa yang terjadi itu Nabi Musa mengingkari pada syarat yang telah mereka persetujukan iaitu tidak boleh bertanya apa pun hal yang dilakukan oleh Nabi Khidir.

Akhirnya Nabi Khidir berkata,

" Musa…! Saat inilah waktu kita pisah ( antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ) dan sebelum pisah dengan anda akan saya ceritakan apa yang menjadi rahsia semuanya dari apa yang saya lakukan tadi. Dan akan saya ceritakan yang menjadikan kamu tidak bisa bersabar".
(Al Kahfi 78).

Lalu diterangkan satu persatu hal-hal aneh yang telah diperbuat oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini? Pasti banyak bukan. Tapi secara keseluruhannya kita boleh mendapatkan 2 isi penting yang begitu jelas dapat diperhatikan pada kisah ini iaitu :

1. SYARAT / PERJANJIAN.
2. SABAR

Kita ambil method/kaedah mudah memahaminya dengan meletakkan peristiwa yang benar-benar terjadi pada diri kita. Kita sama-sama menyelusuri kisah ini agar kita dapat mengambil makna dari apa yang ALLAH SWT sedang ajarkan kepada kita.

Saya contohkan anda sebagai seorang usahawan muda. Cuba bayangkan di usia muda anda sudah bercita-cita tinggi untuk mendirikan sebuah perusahaan sendiri. Pasti banyak perkara yang perlu dilalui, bukan?

Anda mahu mendirikan satu perusahaan/perniagaan dan perbelanjaannya besar. Lalu anda memerlukan rakan kongsi untuk menjayakan perusahaan itu bersama. Anda mengambil masa yang agak panjang untuk meneliti/mencari rakan kongsi yang betul-betul secocok dengan anda.

Setelah ketemu dengan rakan kongsi itu lalu di sana bermula PERJANJIAN anda. Lalu sama-sama antara anda dan rakan kongsinya menyatukan misi dan visi perusahaan agar sama hala tujunya. Lalu direncanakan plan-plan dan langkah-langkahnya. Satu persatu diperhatikan. Saat itu anda begitu yakin akan hal tuju itu dan yang pastinya langkah-langkah yang telah diputuskan bersama juga dirasakan mampu ditempuhi dan dilalui walaupun terkadang terasa jauh lagi.

Tetapi satu hal yang terdalam dari hati anda dan rakan kongsinya adalah pegangnya adalah bukan semata-mata pada perjanjian sahaja tetapi pegangan/tempat persandarannya adalah kepada ALLAH SWT, sang pemberi rezeki. Itu hal penting yang perlu sentiasa diingati.

Musa pun menjawab,

"Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang SABAR dan tidak akan menentang kamu dalam sesuatu urusanpun"

Begitu juga mungkin kata-kata yang terungkap dibenak hati kita saat PERJANJIAN telah dibuat.

"....aku akan menjadi orang yang sabar...."

Lalu masa pun berlalu. Bermacam-macam kisah telah dibaca, bermacam perkara telah mula terlintas difikiran, macam-macam input telah dimasukkan dan macam-macam fenomena telah berlaku sehingga dirasakan telah merobek sedikit demi sedikit kesabaran yang ada.

Dikembalikan kepada kisahnya Nabi Musa tadi, pelbagai perkara aneh timbul disepanjang perjalanannya. Persoalan-persoalan yang timbul itu bagaikan tidak tertahan lagi untuk diucapkan. Maka satu persatu PERJANJIAN itu tidak disengajakan dilafaskan kepada Nabi Khidir.

Apakah perasaan Nabi Khidir saat itu pada fikiran anda apabila Nabi Musa bertanyakan hal tentang perbuatannya? Adakah Nabi Khidir menerima pertanyaan dengan Nabi Musa pada awalnya? Pastinya Nabi Khidir tidak menjawabnya. Bahkan Nabi Khidir tetap SABAR menerimanya lalu dalam ruang kasihnya pada muridnya itu diberikan peluang dan diperingatkan agar tetap BERSABAR.

Tetapi tempoh masa itu pula yang asalnya dipersetujuan kini terasa memakan diri. SABAR-SABAR! Mahu berapa lama lagi ingin bersabar.

Kalu boleh diungkapkan begitulah mungkin yang terkeluar di hati dan benak fikiran barangkali.

Tetapi mungkin terlupa, dalam perniagaan itu seharusnya tidak perlu tergopoh gapah. Mendirikan perusahaan itu bukannya perkara mudah dan bukan perkara main-main. Modalnya besar sekali. Jadi jangan sampai akibat tergopah gapah itu kelak akan membinasakan semuanya.

Cukup dengan 4 tingkat:
1. Membina“MVVM” aka MISSON, VISION, VALUES dan MEANING.
2. Menyusun STRATEGY.
3. Mencipta ORGANIZATION STRUCTURE.
4. TOTAL ACTION.

Aplikasi ilmu ini jugalah yang diterapkan dalam organisasi di persatuan, pertubuhan, badan-badan koperat, NGO dan syarikat internasional serta mungkin langkah-langkah ini ada dalam kelab yang anda jalani dalam sedar atau tidak.

Merencana 4 tingkat itulah yang telah diperbuat dalam PERJANJIAN bersama rakan kongsi. Maka seterusnya adalah TOTAL ACTION. Bergerak mencapainya dengan mengikut langkah satu persatu dengan garis perjanjian yang telah dibuat agar terbina perusahaan yang diimpikan kerana “Garis perjanjian itu masih dalam jalannya dan persis seperti yang pernah direncana dahulu. Maka tetaplah dengannya agar tidak berlaku kucar kacir disepanjangan masa yang masih panjang”.

Akhirnya Nabi Khidir berkata,

" Musa…! Saat inilah waktu kita pisah ( antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ) dan sebelum pisah dengan anda akan saya ceritakan apa yang menjadi rahsia semuanya dari apa yang saya lakukan tadi. Dan akan saya ceritakan yang menjadikan kamu tidak bisa bersabar".

(Al Kahfi 78).


MORAL OF THE STORY

Kisah ini banyak memberikan pengajaran. Kita mampu mengumpakan kisah ini dengan semua hal yang kita mahu satukan pengajarannya. Termasuk membina perusahaan, membina persatuan dan membina semangat serta membina peribadi kita sendiri.

Keseluruhan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa ini ternyata mencubit keimanan kita untuk bertanya berapa kerap kita bersabar dan cuba memenuhi apa yang kita pernah impikannya dalam kehidupan.

Diam tidak bermakna tidak bergerak.

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan SOLAT dan hendaklah engkau tekun berSABAR menunaikannya. Kami tidak meminta REZEKI kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang BERTAKWA”

(Surah Taahaa Ayat 132)

SOLAT à SABAR à REZEKI

Berusaha à sabar à tawakal


Janganlah kisah ini berakhir dengan perpisahan Nabi Khidir dan Nabi Musa asebab ketidak sabaran Nabi Musa.

“We do what we can, GOD do what we can’t”


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...