Tuesday, November 8, 2011

Sayang & cinta bukan pada tempatnya


Bagaimana definasi sayang pada anda?
Anda melihat sayang sebagai satu pemberian atau ianya satu penerimaan?
Anda pernah dengar tak ‘Kisah pelajar dan kalkulator saintifik’?

Begini ceritanya.

”Akak! kenapa kalkulatar ni banyak button?”, aku bertanya. Saat itu aku masih kecil. Belum pun masuk ke sekolah  rendah.
“Oooo.. ini kalkulator saintifik. Memang banyak buttonnya”. Jawab kak yong (bukan nama sebenar), kakak saudara aku.
“Saya tengok, umi pakai kalkulator kat pejabat button dia skit je. Yang ni kenapa banyak sangat?”. Aku membalas pantas. Terpinga-pinga kepelikan yang teramat sangat.
“Yang ni guna nak selesaikan masalah matematik tambahan dan semua kira-kira untuk bidang engineering. Kalu kamu belajar pandai-pandai, kak yong akan hadiahkan kalkulator saintifik satu. Tapi janji kene belajar sampai pandai masuk universiti. Baru boleh guna kalkulator ni.” kak yong membalas sambil membuat kerja sekolahnya.
Aku yang masih berdiri di sebelah meja, melihat ke arah kak yong. Lirik mata ku sama tinggi dengan bucu meja.
“Ooooo… kene belajar sampai masuk universiti baru dapat ke? ..hmmm.. kalu macam tu nak belajar rajin-rajin la.”

Pendekkan cerita.

Hari ini aku dah masuk ke universiti. Aku dapat kalkulator saintifik pertama ku dari kak yong. Kalkulator saintifik casio version 2 kot yang ada tenaga solar tu. hahaha~~
Aku sangat menghargai pemberian kak yong. Bukan kerana ia adalah kalkulator saintifik version ke-2 yang time tu orang lain tak ada tapi ia disebabkan oleh nilai satu pemberian Aka aku sayang dekat kalkulator tu.
Nak cerita macam mana sayangnya aku pada kalkulator tu.  Bukan setakat tak pernah terjatuh, tak pernah terhentak hatta tak de satu calar pun dekat kalkulator tu. Dan yang lagi bestnya aku buat sarung khas untuk simpan kalkulator tu. Aku bawak ke mana sahaja aku pergi time kelas walaupun kelas takde guna pun kalkulator tu sebab kuatir hilang.


Pendekkan cerita lagi.

Kalkulator tu hilang.

“Sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!! Kalkulator aku hilang la.” aku mencari-cari tak jumpa-jumpa.
“Nah amik kalkulator aku ni guna untuk exam ko. Tu la sayang sangat kalkulator ko tu. Dah-dah nanti beli lain.” Kawan aku membantu.

Akhirnya aku terbuka hati untuk membeli kalkulator baru. Ini kalkulator aku yang ke-6 aku beli.

“Perrrrrgggghhh… dah enam kotak kalkulator ko. Tapi tinggal kotak je mana kalkulator-kalkulatornya?” kawan aku memerli.

“Ini yang terbaru. Setelah penat aku menjaganya dengan sangat baik. Akhirnya hilang-hilang dan hilang. Ini yang terakhir aku harapkan.” Aku menjawab dengan sadis dengan penuh pengertian.

“Ko ni sayang tak bertempat la. Ko jaga elok-elok sangat kalkulator tu kenapa? Jangan sayang pada makhluk la hatta manusia pun tak boleh tau….”

Aku pening.

“Ko cakap apa ni dowww…  aku tak faham la.” sambil mengucap-mengucap kalkulator dengan kain cermin mata kawan aku tadi tu.
“Ni duit baki kamu. Masuk ni dah 7 kali kamu beli kalkulator dekat kedai ko-op akak ni. ish3x…” akak ko-op tu menyapa aku.

Aku senyum-senyum kambing. Lalu………… *paaaaaaaaaaaang* (bunyi benda melayang ke pintu kaca kedai ko-op). Rupa-rupanya kalkulator baru aku beli yang tak masuk kemas dalam kotak tadi terbang melayang bersama tangan yang aku hayung dari menerima duit baki akak ko-op.

Aku tengok dengan mata terbeliak. Semua orang dalam ko-op tengok aku termasuk kawan aku.

Aku pergi mengambil kalkutor tadi. Aku angkat dan aku tak gosok pun seperti yang selalu aku buat. Aku tersenyum panjang lalu aku masukkan terus dalam beg sandang dan terus berlalu.

5 tahun kemudian.


Dalam kotak-kotak buku pelajaran yang aku simpan. Aku membelik kalkulator saintifik aku.

“Eh! Bukan aku dah hilang ke kalkulator ni. Ooooo.. ni yang ke-7. Baru ingat. Kalu aku ada anak-anak dan cucu-cucu aku akan ceritakan kisah ini kepada dorang. Ada pengajaran yang mereka boleh ambil.”

MORAL OF THE STORY

Terkadang dalam kehidupan, kita tidak menyangka yang kita silap memberi dan meletakkan rasa sayang kita. Terkadang kita sangat sayangkan jawatan kita, pangkat kita, gelaran kita dan tidak kurang pula sayang kita kepada anak-anak dan isteri kita. Apatah lagi ada yang sayang kepada harta benda sehingga lalai kepada ALLAH swt malah menderhaka kepada ALLAH dengan pangkat yang sementara dan rasuah yang sudah menjadi darah daging dikalangan kita.

Sayang kepada kemewahan dan merasakan ianya hak kita dari usaha kita semata-mata lalua akhirnya kita  gagal mengeluarkan zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan lain-lain.

Sayang kepada kereta. Digosoknya, dicucinya dan dipasang aksesori yang melampau-lampau sehingga duitnya hanya mengalir ke arah itu sahaja. Tiada sedekahnya dan infaknya jauh panggang dari api. Kosong!

Sayangkan anak-anak dan isteri hingga diberikan kemewahan dan semua benda yang diinginkan. Lalu mereka tidak pernah mengenal sudah dan payah. Terhijab nikmat kepayahan dari diri mereka dek di sebabkan bapa yang terlalu sayangkan keluarga. Bila tidak kenal susah maka manusia makin jauh dari ALLAH.

Bahkan bila sayang yang sangat mendalam wujud dalam diri kita yang membuahkan rasa cinta dalam hati. Bila cinta sudah terbentuk dalam hati yang mana cinta itu kita serahkan kepada manusia, cinta kepada makhluk dan dunia. Maka jangan kita hairan bila manusia tidak bersedia untuk mati aka takut mati.


"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".


Maka salah seorang sahabat bertanya;
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"


Nabi s.a.w. menjawab;
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih
di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".


Seorang sahabat bertanya;
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"


Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab;
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Sesungguhnya rasa sayang kita itu sebenarnya hanya kepada Rasullullah kerana sayangnya Rasullullah sangat sayang kepada kita. “ummati… ummati… ummati”

Sesungguhnya rasa cinta kita hanya kepada ALLAH SWT kerana dialah yang mencintakan perasaan cinta itu kepada manusia. “Manakah yang perlu dihargai. Menghargai hadiah atau si pemberi hadiah.”

Sesungguhnya rasa belas dan kasih kita itulah yang selayaknya untuk makhluk, anak-anak, isteri, ibubapa, masyarakat dan isi dunia. “kerana makhluk ini bersifat sementara, bila makhluk itu mati maka kita tidak akan rasa kecewa.”


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...