Wednesday, November 30, 2011

Adakah kita sedang berlakon dalam kehidupan ini?




Satu hari saat aku sedang bekerja. Menjengah satu soalan dari teman sekerja.
“Kita ni sedang berlakon ke dalam hidup kita ni?”.
Aku terdiam. Mencari jawapan kepada persoalan yang diajukan. Soalan yang mudah tetapi sukar untuk menjawabnya.
Aku bertanya dalam hati. “Kenapa soalan itu yang diajukan?”.
Dia memandangku. Membisu tanpa bicara tetapi matanya seperti meminta-minta aku untuk bersuara.

“Kita boleh umpamakan kehidupan ini seperti satu pentas lakonan. Umpamakannya sahaja”. Aku membalas setelah berfikir-fikir sejenak.
“Pernah tak dapat SMS panjang yang tulis kata-kata tentang hidup satu pentas lakonan?”, aku bertanya.
“Tak!”, dia membalas mudah.


Aku mendayung bicara,
“Hidup ini diumpamankan satu pentas lakonan. Bumi adalah lokasinya. Kita adalah pelakon utama dalam jalan cerita kehidupan kita. AL-QURAN adalah skrip kepada perjalanan hidup. Nabi Muhammad adalah pelakon terbaik. Allah SWT adalah pengarahnya. Syurga & neraka adalah piala/anugerahnya.”
“Lebih kurang macam tu la dalam sms tu tulis.” Aku menambah bicara.
Dia termengu seperti mendengar satu perumpamaan yang tidak pernah didengarinya sebelum ini.
“Jadi kita ni hanya mainan bagi tuhanlah kiranya?”. Dia membalas cepat.
“Tidak! Bukan macam tu. Ianya perumpamaan sahaja tetapi kita tidak boleh fikir tetap seperti tu”. Aku menjawab. Kuatir kalau-kalau tertanam dibenaknya tentang persoalan tersebut.


Aku menyambung bicara, “Yang pasti, kita adalah HAMBA ALLAH SWT. Yang itu aku boleh pastikan. Bukan perumpamaan tetap itu hakikat.”
“oooooo… betul-betul”. Dia setuju dengan kata-kata ku.

“Jika kita adalah hamba Allah SWT. Maka Allah SWT adalah tuan kepada kita. Allah SWT berhak ke atas kita. Allah SWT berhak memberi pinjam nikmatnya kepada kita, DIA juga berhak menariknya tanpa memberitahu kita.” aku menambah.
Aku bertanya, “Adakah kita meminta untuk di lahirkan ke dunia?”.


“Entah! Tak kot. Kita lahir terus je. Kita ada pilihan ke untuk di lahirkan atau tidak sebenarnya?”. Temanku  bertanya pulak. Seperti sudah bingung dengan perbicaraan ini. Teras berat mungkin apa yang  sedang dia cuba rungkaikan dalam kota fikirannya.
“Pasti kita tidak meminta untuk di lahirkan tetapi yang pasti kita dulu pernah berjanji/bersaksi dalam alam roh sebelum kita di lahirkan ke dunia bahawa ALLAH SWT adalah pencipta kita sebab itu kita boleh ada di dunia ini.” Satu persatu aku jelaskan dengan nada yang rendah.
Aku menyambung, “Jika kita tidak meminta untuk di lahirkan atas kehendak kita, maka kita diminta untuk lahir ke dunia sebenarnya oleh siapa?”


Teman ku semakin hairan dengan soalan yang aku ajukan, “Entah la! aku makin bingung ni. Kita di lahirkan randomly kot. Semula jadi kot. Entah la”. Dia menjawab tetapi tidak pasti.
Aku menarik nafas, “Jika kita tidak berkehendak untuk di lahirkan maka pasti ada yang berkehendakkan akan kelahiran kita bukan?”. Aku mengemukakan soalan kembali.
“Tu semestinya.  Sama la macam aku kot. Aku tak suka makan sayur. Tapi mak aku suruh makan sayur juga. Dia yang nak aku makan tapi aku tak nak makan. Tapi sebab dia mak aku. Kalau dekat rumah aku makan jugak la. hahahah~~”. Dengan cepat dia menjawab.
“ Tepat!”. Sambil aku menunjukkan tangan ‘GOOD!’.


“Kita tidak berkehendakkan untuk di lahirkan ke dunia. Jadi yang berkehendakkan kita untuk hidup ini sebernanya adalah Allah SWT.”
“Ooooo.. betul-betul. Baru terfikir. Tapi kalau Allah SWT berkehendakkan kita hidup di bumi ni. Allah SWT nak kita buat apa ye?”. Dia menjawab tapi dia bertanya pula lagi.
“Tepat! Maka semestinya kita dicipta Allah SWT dengan tujuan dan misi bukan? “
“Apakah kalian mengira bahwasanya Kami menciptakan kalian dengan sia-sia dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.”
(QS. al-Mu’minun: 115-116)


 “ooooooo.. aku semakin faham. Tapi apa misi kita hidup? Bagitau sikit?”. Dia bertanya lagi. Bertubi-tubi pertanyaan dia ajukan. Aku terasa semacam seorang ustaz pula. Menerangkan persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka ilmu yang aku miliki. Aku cuba berkongsi ilmu sekadar yang ada.
“Tidak aku ciptakan jin & manusia kecuali beribadah & mengabdikan diri kepada-Ku”
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…”
Menjadi khalifah Allah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik Allah untuk memakmurkan bumi (Al-'Imarah). Memakmurkan bumi bermaksud mentadbir dunia berlandaskan hukum hakam/undang-undang yang telah ALLAH SWT sediakan di dalam AL-QURAN.


Aku membacakan petikan yang dapat menjawab persoalan tersebut. Aku menyambung lagi.
“Tetapi ALLAH SWT Maha pengasih. ALLAH SWT tidak melantik kita sebagai khalifah tanpa memberi tunjuk kepada kita cara bagaimana kita nak melaksanakan tugas-tugas tersebut.”
“Maksudnya ALLAHSWT bagi kita guideline dan panduanlah kiranya ni? Apa yang ALLAH berikan ye?”. Dia mula faham sedikit demi sedikit.
“ALLAH SWT turunkan kitab-kitabnya kepada rasul-rasulnya untuk mengajarkan kita tentang ISLAM, iaitu cara hidup dan panduan untuk kita melaksanakan tugas kita. Bagi ummat nabi Muhammad, AL-QURAN adalah manual hidup kita. Manual yang paling lengkap yang diupgrade dari semua kitab-kitab terdahulu.” Aku menjelaskan sedikit terperinci.


“Patut la kita diminta untuk membaca AL-QURAN dan memahami maksudnya. Baru aku faham kaitannya semua ini. subhanallah… sempurnanya ALLAH SWT ciptakan semuanya. Memang tidak sia-sia ALLAH SWT ciptakan.” Temanku merundukkan kepalanya ke bawah.
“Back to our story tadi, jika kita nak umpamankan kehidupan ini sebagai satu pentas lakonan maka kita umpamakan diri kita ini sebagai pelakon yang memegang watak khalifah (ketua). Boleh jadi kita ini khalifah kepada keluarga kita, kumpulan kita atau pekerja-pekerja kita atau khalifah kepada diri kita sendiri. Ujian, dugaan, kegagalan, kejayaan, suka dan duka dalam kehidupan itu adalah plot yang terlakar dalam skrip hidup kita yang ditentukan oleh pengarah kehidupan kita iaitu ALLAH SWT. Maka untuk memastikan lakonan kita itu mengikut skrip yang telah dituliskan kepada kita sejak azali, maka rujukan kita adalah AL-QURAN. Macam mana nak menjadi pelakon yang terbaik, contohi Rasullullah SAW. Ikut sunnahnya. Kalau kita tak ikut AL-QURAN sebagai skrip / panduan hidup kita. Kita akan berlakon ikut jalan cerita yang lain. Skrip dalam AL-QURAN membawa kita ke syurga. Jika kita berlakon guna skrip nafsu kita. Maka kita akan ke Neraka.”
Teman ku merundukkan mukanya sambil kedua-dua belah tangan menutup wajahnya.
“Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah…”


MORAL OF THE STORY
Kehidupan ini adalah sesuatu perancangan sempurna dari sang maha pencipta. ALLAH SWT-lah yang berkehendakkan kewujudan kita di muka bumi ini.

Kehidupan di dunia adalah satu perhentian yang sementara. Kita datang dari alam roh dan berhenti di dunia untuk mengutip bekalan ke alam yang seterusnya. Alam seterusnya adalah alam akhirat (Syurga/Neraka).
Jika dibandingkan tempoh alam dunia dengan alam Akhirat sangat jauh berbeza. 1 hari di alam Akhirat = 1000 tahun di dunia. Itu yang menyebabkan alam dunia ini kita istilahkan sebagai satu ‘perhentian’ kerana tempohnya yang singkat.
Maka apakah yang dikejarkan manusia di dunia ini dengan menyibukkan diri dengan harta, anak pinak, isteri dan bermewah-mewahan hingga melalaikan diri dari melaksanakan tujuan hidup yang sebenar. Sedangkan persinggahan yang sementara ini tujuannya adalah untuk mengumpul bekalan ke alam Akhirat sahaja sebenarnya.
Maka kita harus ingat beberapa point penting tujuan, tugas dan matlamat kita dihidupkan di muka bumi.
1. Kita dilahirkan sebagai khalifah ALLAH SWT.
2. Tugas adalah mengumpul bekalan untuk ke Akhirat (dengan beribadah & Memakmurkan bumi ciptaan ALLAH SWT)
3. Maklamat kita adalah Syurga ALLAH SWT (berjumpa dengan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW)
Akhir kata kita mestilah mengingati MATI. Dengan kita MATI baru kita boleh ke Syurga. Mana mungkin jika kita tidak mati kita boleh ke syurga. Betul?
Tapi jika kita adalah manusia yang takut mati atau tidak bersedia untuk mati maka pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita.
 “Orang yang paling bijaksana dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.”
 (Hadis riwayat Tirmizi)

Tuesday, November 8, 2011

Sayang & cinta bukan pada tempatnya


Bagaimana definasi sayang pada anda?
Anda melihat sayang sebagai satu pemberian atau ianya satu penerimaan?
Anda pernah dengar tak ‘Kisah pelajar dan kalkulator saintifik’?

Begini ceritanya.

”Akak! kenapa kalkulatar ni banyak button?”, aku bertanya. Saat itu aku masih kecil. Belum pun masuk ke sekolah  rendah.
“Oooo.. ini kalkulator saintifik. Memang banyak buttonnya”. Jawab kak yong (bukan nama sebenar), kakak saudara aku.
“Saya tengok, umi pakai kalkulator kat pejabat button dia skit je. Yang ni kenapa banyak sangat?”. Aku membalas pantas. Terpinga-pinga kepelikan yang teramat sangat.
“Yang ni guna nak selesaikan masalah matematik tambahan dan semua kira-kira untuk bidang engineering. Kalu kamu belajar pandai-pandai, kak yong akan hadiahkan kalkulator saintifik satu. Tapi janji kene belajar sampai pandai masuk universiti. Baru boleh guna kalkulator ni.” kak yong membalas sambil membuat kerja sekolahnya.
Aku yang masih berdiri di sebelah meja, melihat ke arah kak yong. Lirik mata ku sama tinggi dengan bucu meja.
“Ooooo… kene belajar sampai masuk universiti baru dapat ke? ..hmmm.. kalu macam tu nak belajar rajin-rajin la.”

Pendekkan cerita.

Hari ini aku dah masuk ke universiti. Aku dapat kalkulator saintifik pertama ku dari kak yong. Kalkulator saintifik casio version 2 kot yang ada tenaga solar tu. hahaha~~
Aku sangat menghargai pemberian kak yong. Bukan kerana ia adalah kalkulator saintifik version ke-2 yang time tu orang lain tak ada tapi ia disebabkan oleh nilai satu pemberian Aka aku sayang dekat kalkulator tu.
Nak cerita macam mana sayangnya aku pada kalkulator tu.  Bukan setakat tak pernah terjatuh, tak pernah terhentak hatta tak de satu calar pun dekat kalkulator tu. Dan yang lagi bestnya aku buat sarung khas untuk simpan kalkulator tu. Aku bawak ke mana sahaja aku pergi time kelas walaupun kelas takde guna pun kalkulator tu sebab kuatir hilang.


Pendekkan cerita lagi.

Kalkulator tu hilang.

“Sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!! Kalkulator aku hilang la.” aku mencari-cari tak jumpa-jumpa.
“Nah amik kalkulator aku ni guna untuk exam ko. Tu la sayang sangat kalkulator ko tu. Dah-dah nanti beli lain.” Kawan aku membantu.

Akhirnya aku terbuka hati untuk membeli kalkulator baru. Ini kalkulator aku yang ke-6 aku beli.

“Perrrrrgggghhh… dah enam kotak kalkulator ko. Tapi tinggal kotak je mana kalkulator-kalkulatornya?” kawan aku memerli.

“Ini yang terbaru. Setelah penat aku menjaganya dengan sangat baik. Akhirnya hilang-hilang dan hilang. Ini yang terakhir aku harapkan.” Aku menjawab dengan sadis dengan penuh pengertian.

“Ko ni sayang tak bertempat la. Ko jaga elok-elok sangat kalkulator tu kenapa? Jangan sayang pada makhluk la hatta manusia pun tak boleh tau….”

Aku pening.

“Ko cakap apa ni dowww…  aku tak faham la.” sambil mengucap-mengucap kalkulator dengan kain cermin mata kawan aku tadi tu.
“Ni duit baki kamu. Masuk ni dah 7 kali kamu beli kalkulator dekat kedai ko-op akak ni. ish3x…” akak ko-op tu menyapa aku.

Aku senyum-senyum kambing. Lalu………… *paaaaaaaaaaaang* (bunyi benda melayang ke pintu kaca kedai ko-op). Rupa-rupanya kalkulator baru aku beli yang tak masuk kemas dalam kotak tadi terbang melayang bersama tangan yang aku hayung dari menerima duit baki akak ko-op.

Aku tengok dengan mata terbeliak. Semua orang dalam ko-op tengok aku termasuk kawan aku.

Aku pergi mengambil kalkutor tadi. Aku angkat dan aku tak gosok pun seperti yang selalu aku buat. Aku tersenyum panjang lalu aku masukkan terus dalam beg sandang dan terus berlalu.

5 tahun kemudian.


Dalam kotak-kotak buku pelajaran yang aku simpan. Aku membelik kalkulator saintifik aku.

“Eh! Bukan aku dah hilang ke kalkulator ni. Ooooo.. ni yang ke-7. Baru ingat. Kalu aku ada anak-anak dan cucu-cucu aku akan ceritakan kisah ini kepada dorang. Ada pengajaran yang mereka boleh ambil.”

MORAL OF THE STORY

Terkadang dalam kehidupan, kita tidak menyangka yang kita silap memberi dan meletakkan rasa sayang kita. Terkadang kita sangat sayangkan jawatan kita, pangkat kita, gelaran kita dan tidak kurang pula sayang kita kepada anak-anak dan isteri kita. Apatah lagi ada yang sayang kepada harta benda sehingga lalai kepada ALLAH swt malah menderhaka kepada ALLAH dengan pangkat yang sementara dan rasuah yang sudah menjadi darah daging dikalangan kita.

Sayang kepada kemewahan dan merasakan ianya hak kita dari usaha kita semata-mata lalua akhirnya kita  gagal mengeluarkan zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan lain-lain.

Sayang kepada kereta. Digosoknya, dicucinya dan dipasang aksesori yang melampau-lampau sehingga duitnya hanya mengalir ke arah itu sahaja. Tiada sedekahnya dan infaknya jauh panggang dari api. Kosong!

Sayangkan anak-anak dan isteri hingga diberikan kemewahan dan semua benda yang diinginkan. Lalu mereka tidak pernah mengenal sudah dan payah. Terhijab nikmat kepayahan dari diri mereka dek di sebabkan bapa yang terlalu sayangkan keluarga. Bila tidak kenal susah maka manusia makin jauh dari ALLAH.

Bahkan bila sayang yang sangat mendalam wujud dalam diri kita yang membuahkan rasa cinta dalam hati. Bila cinta sudah terbentuk dalam hati yang mana cinta itu kita serahkan kepada manusia, cinta kepada makhluk dan dunia. Maka jangan kita hairan bila manusia tidak bersedia untuk mati aka takut mati.


"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".


Maka salah seorang sahabat bertanya;
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"


Nabi s.a.w. menjawab;
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih
di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".


Seorang sahabat bertanya;
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"


Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab;
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Sesungguhnya rasa sayang kita itu sebenarnya hanya kepada Rasullullah kerana sayangnya Rasullullah sangat sayang kepada kita. “ummati… ummati… ummati”

Sesungguhnya rasa cinta kita hanya kepada ALLAH SWT kerana dialah yang mencintakan perasaan cinta itu kepada manusia. “Manakah yang perlu dihargai. Menghargai hadiah atau si pemberi hadiah.”

Sesungguhnya rasa belas dan kasih kita itulah yang selayaknya untuk makhluk, anak-anak, isteri, ibubapa, masyarakat dan isi dunia. “kerana makhluk ini bersifat sementara, bila makhluk itu mati maka kita tidak akan rasa kecewa.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...