Saturday, September 24, 2011

memberi bukan pada tempatnya

Masa untuk melangkah kehadapan

Akan bermula episode baru dalam hidup. Meninggalkan langkah lama yang tertinggal dibelakang. Mencari dan mencipta langkah baru di hadapan yang masih samar-samar untuk digagahi.
Teringat kata seorang teman. “ko bekerja nak beli kereta ke? Kalau dengan kerja tu sebabnya ko nak beli kereta. Ko takkan dapat kereta tu.”
Terpinga seketika. Pelik dalam keserabutan malam.
“Ko niat la nak kerja sebab nak tolong mak bapak ke, nak ringankan beban dorang ke, nak bayarkan bil api air rumah ke. Kereta tu akan dapat punya”, dia menambah lagi.
Itulah pesan seorang teman. Seorang yang biasa-biasa sahaja gaya hidupnya. Iman yang naik turun dan kadang-kadang tersasar, tapi bangun semula. Juga melangkah seperti aku mencari laluan untuk terus mara dalam hidup dengan cara dan gaya pemikiran yang tersendiri.
Aku senang punya teman yang berbeza wajah dan rupa. Punya kisah silam yang sangat berbeda dari ku. Zaman gelapnya agak gelap. Lebih gelap dari zaman gelap ku.
Seorang sahabat pernah penyapa-ku “Salah ke kita kalau tidak duduk bersama dengan orang yang jenis-jenis kita”.  Aku mahu menjawab tapi seperti ingin menyusun bait-bait bicara agar kata-kata ku berhemah ketika memberi pandangan.
“tak salah kot tapi…..” ada tapinya di situ.
Itulah seorang lagi sahabat ku. Dulu pernah tinggal sekali dalam kolej yang sama. Dia bekas pimpinan ku. Aku sangat menghormatinya. Seorang yang tegas dan berpemikiran sangat jitu. Boleh merencana idea dengan mengalihkan masalah ahli dengan mencipta masalah lain. Yang akhirnya masalah yang asal itu hilang. Pelik.
Saat aku memberikan pandangan itu aku tidak ada ditempatnya. Bak kata orang “memberi bukan pada tempatnya”.
Lepas tamat pengajian, dia terus bekerja. Alhamdulillah, kerjanya juga bagus. Membutuhkan dia berdiri sendiri disaat sahabat-sahabat lain tegar pula untuk terus berusaha lagi dalam bidang pengajian. Dia yang terutama, perlu membela nasib adik-adiknya. Tidak tergamak dia meneruskan pengajian sedang ibunya bersendiri membanting tulang menyara keluarga. Aku cukup bangga dengannya. Sahabat-ku.
Dia tinggal kini dengan mereka-mereka yang bukan ‘seperti kami’ aka ‘bukan jenis kita’. bersama dengan orang kebanyakan yang bercampur hidup. Siangnya bekerja dan malamnya mencari pengubat kebosanan. Kumpulan manusia yang mengundang pandangan sinis dari ‘kita’.
Sahabat ku menambah lagi. “buka semua dorang (bukan jenis kita) tu jahat. Malah kadang-kadang kita lagi malu dengan dorang tu. Dorang yang kejut kita bangun subuh. Walaupun dorang tu belum pun sembahyang pun. Siap puasa sunat lagi. Dorang tidak terdorang macam kita. Tidak ditarbiyah pun. Tidak buat kerja dengan keterpaksaan. Dorang mencari bila mana mereka rasa ada sinar dan cahaya.”
Sedih. Saat itu aku mendengar bicaranya. Aku seakan cuba memahami 100% isinya. Meleset. AKU BUKAN DITEMPATNYA.
Aku merasa satu saat aku perlu turut merasa apa yang sahabat ku rasa. Keluar dari kepompong hidup kebiasaan dan cuba hidup seperti mereka. Tapi tidak terpikir pula aku untuk keluar dari ‘kumpulan’ kerena aku masih lagi waras. Kerna aku sadar sahabat-sahabat dalam lingkungan ku perlu tetap ada bila aku membutuhkan mereka.
Cumanya aku merasa seperti mahu berada ditempatnya. Aku mahu betul-betul paham dan memahami apa yang sahabat-ku cuba sampaikan.
Kini AKU TELAH ADA DITEMPATMU SAHABAT. Aku kini paham dan merasakannya. Merasa bagaimana menjadi orang yang diperhati, orang yang cuba diajak ke masjid, menjadi orang yang perlu diberi pesan dan menjadi orang yang lalai sebentar dengan dunia. Aku merasa menjadi MAD’U.
Kini aku telah berada ditempatmu sahabat. Aku telah memahaninya. Aku melihat kenapa kau memilih untuk bersama sebentar dengan mereka. Aku mula terjawab semula semua kelemahan kerja usaha yang dulu aku sibuk melakukannya. Satu persatu aku pelajari. Belajar memahami apa yang orang disekeliling kita mahukan. Belajar untuk mendekati orang disekeliling kita dengan cara yang lebih berhemah. Bukan belajar hanya teori dari buku-buku sahaja. Tetapi kita mempraktikkannya dalam bentuk yang lebih efektif dan berkesan.
Aku melihat disana ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi. Melihat kelompangan yang perlu di tampong. Membimbing mereka semua dengan hati dan perasaan.
MORAL OF THE STORY

Aku melihat ini adalah rasa cinta dan kasih sayang kepada ummah yang perlu dibuat. Kerana rasa cinta dan kasih kita sesama sahabat ini bukan untuk kita kongsikan dikalangan kita sahaja. Cinta dan kasih sayang ini kita harus kongsikan bersama mereka semua. Rasa cinta kepada ALLAH SWT ini dan kasih sayang kita kepada baginda Nabi Muhammad SAW ini perlu kita kongsikan dengan mereka yang ada disekeliling kita. Ibubapa kita, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan persekolahan, murid-murid didikan kita, jiran-jiran dan saudara mara kita. Bila kita membuka luas hati dan perasaan kita kepada mereka. Kerja buat ini bukan lagi atas taklifan pimpinan bahkan ianya akan datang dari kemahuan diri sendiri.
Kini aku paham kata-kata mentorku. “Abang beri nasihat ini bukan untuk adik-adik sahaja tetapi untuk diri abang sendiri”.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...