Friday, September 30, 2011

Kenapa mendiam…



Duka

Jika berkata Mungkin membawa masam di muka
Mungkin mengguris rasa
Mungkin mengundang duka

Jika berkata

Mungkin boleh menyakitkan jiwa
Mungkin boleh menambah luka
Mungkin boleh mencipta sakit di dalam dada

Lemah

Jika berbicara

Bisa mencuit rasa
Bisa mencipta suka
Bisa mengukir senyum di muka

Jika berbicara

Bisa menggoda rasa
Bisa menambah bunga di dalam dada
Bisa mencinta indahnya dunia

Diri

Jika bersuara

Kelak tidak tenteram dada
Kelak senyum sampai ke telinga
Kelak hilang focus & wibawa Jika bersuara
Kelak jiwakan kacau pula
Kelak dosa menjengah muka
Kelak terhijab amal buat di dunia

Diam bererti

Mahukan masa sedikit lagi
Mahu belajar untuk berdikari
Mahu pergantung pada ilahi
Mahu belajar mengawal diri

Mahu mengawal jiwa dan emosi
Mahu menahan rasa dalam diri
Mahu mendidik keikhlasan hati
Mahu mentarbiyah hati dalam sanubari

duka = mendukai
lemah = lemah iman
diri = diri sendiri

Thursday, September 29, 2011

menuju alam perkahwinan dengan berpuasa



Saya pernah menulis satu entry bagi tujuan membalas satu entry lain dari sorang sahabat di dalam yahoo group. Kemudian entry saya tadi dicopy dan di sentkan pada satu lagi laman yahoo group yang lain.
Saya diberitahu bahawa entry satu mendapat sambutan dan komen dari pembaca lain. Terharu la pulak rasanya. Tapi saya tidak ingat apa tajuk entry tersebut, tapi saya mungkin boleh ungkapkan dengan tajuk yang baru berbunyi ‘menuju alam perkahwinan dengan berpuasa’ atau ‘towards wedding by fasting’.
Saya sebenarnya mencari semula entry tersebut untuk saya pastekan di laman ini. Tetapi sayang, saya tak jumpa. Jadi saya fikir mungkin saya boleh berkongsi dengan pembaca sedikit petikan dan isi kandungannya.
Dalam entry tersebut saya mengumpamanan persediaan ke arah walimah itu bagaikan kita berpuasa.
situasinya
Bayangkan sekarang anda sedang berpuasa. Jadi sudah menghampiri waktu berbuka puasa. Apa langkah-langkah yang anda akan lakukan?
1.       Anda merancang juadah berbuka
“hari ni kira dah hari-hari penghujung ramadhan ni. aku nak makan apa ye lagi yang belum di cuba sepanjangn ramadhan ni?”
2.       Anda berbincangan dengan sahabat tentang rancangan anda
“aku ingat nak berbuka dekat kedai la. apa pandangan ko?” anda berbincang dengan sahabat anda menu, lokasi dan beberapa lagi perkara lain untuk mendapat kata putus.
“jom gerak sekarang. Aku call sahabat lain ajak dorang jugak”
3.       Bergerak mencari makanan
Lalu anda pun menelefon mereka dan mencadangkan untuk bertemua di kedai Ayam briyani.
Setiba di sana.Meleset. Orang sangat ramai dan meja semua telah penuh di TEMPAH. Anda sedikit kecewa.
“Dah hujung-hujung ramadhan ni, orang semua dah malas nak masak dah. Family pun dah makan kat luar dah.” Kata seorang sahabat.
Mencelah seorang sahabat lagi, “Betul-betul. Kita datang awal kot, tapi ada orang dah TEMPAH lagi awal dari kita la. Kita ke bazaar ramadhan je la.”
“Ok-ok. Cepat-cepat gi bazaar”. Anda membalas.
Setibanya di bazaar. Subhanallah. RAMAINYA ORANG! Anda pun apa lagi terus berjalan menjengah dari satu kedai ke satu kedai mencari hidangan IDAMAN untuk berbuka.
“Aku nak makan apa ye hari ni? ha!!! Tadi nak makan AYAM BRIYANI tak dapat. Dapat AYAM GOLEK pun ok jugak ni”. Monolog dalam anda.
Lalu CARI PUNYA CARI. Anda pun berjumpa dengan hidangan IDAMAN anda. Anda pun beratur panjang. “Panjangnya orang nak beli ayam golek ni. takpe-takpe. PUASA ni mengajar kita berSABAR.” Hati anda berbicara lagi.
“Waktu nak berbuka ni dah dekat ni.” kawan yang sama beratur dengan anda dalam satu barisan berkata.
“Relax-relax, barisan ni dah pendek dah. Kita SEMPAT ni.” anda membalas.
Tup-tup. Nak jadi cerita. Sesampai sahaja giliran anda.
“Maaf dik! Ayam dah habis la. adik LAMBAT sikit je tadi”.
Anda melihat ada seekor lagi di belakang. “Ayam tu sapa punya bang?”
“Yang tu dah ada orang TEMPAH dah dik. Dik tempah awal-awal lagi. Takda REZEKI la dik, abang nak jual kat adik. Lain kali ye. Esok datang lagi. Jangan datang LEWAT nanti MELEPAS pulak. Hehehhe~”
Anda menarik nafaz panjang. “Geng, melepas kita ayam golek. Dah nak time buka posa ni”. sambil membelek jam tangan.
“Jom gi masjid la. Ada REZEKI kita dapat la kita berbuka puasa jugak.” Sorang sahabat lagi mempelawa.
Anda dengan hati yang berat, lemah dan tidak bersemangat lagi pun menurut sahaja pelawaan sahabat tadi.
“Kalau dapat buka posa pun. Makan apa je dekat masjid? Macam tak best je. Tak dapat la makan hidangan IDAMAN-ku. Ayam bryani ke ayam golek ke”. Anda membebel sendiri.
“Ko membebel apa tu sorang-sorang? Kalau ada REZEKI ko ada punya la makanan. Janji ko USAHA. Ko tengah usaha la ni, kan? USAHA untuk gi ke masjid mencari juadah berbuka puasa”.
Setibanya di halaman masjid. “Ha! Meh-meh, cepat-cepat nak berbuka dah ni. Meh duduk kerusi kosong sebelah iman ni.”
Setibanya melabuhkan ponggong di kerusi. “Subahanallah!!!!!!  Nasi arab la!! Daging kambing!!”.
Anda terkebil-kebil melihat juadah di depan mata. Melihat pula tempat duduk anda dikelilingi oleh ajk masjid. Satu perasaan yang sukar dipercaya. LAST-LAST minit pun dapat jugak.
Sambil sahabat anda memandang. “Kan aku dah cakap dah. Kalau ada REZEKI ko. Ada tetap ada jugak.”
  1. Mendapat rezeki seperti yang dijanjikan oleh ALLAH
ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR!
Laungan azan bergema. “Anda menadah tangan membaca doa dan mengungkapkan bicara kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, maafkan diriku atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya pergantungan ku hanya pada mu Ya ALLAH. Rezeki mu itu hanya juga datangnya dari mu dan dengan kehendak-mu. Aku bersyukur dengan rezeki mu. Hari ini aku belajar sesuatu disebalik peristiwa yang aku alami ni. amin”
  Itu la sedikit coretan cerita kisah tentang berbuka puasa. Tapi cerita entry ini belum habis lagi. masih ada lagi satu perkara iaitu PERUMPAMANNYA.
Kan saya sebut tadi kisah ini adalah berumpamaan ke arah Walimah kan? Jadi saya menunjukkan bagaimana perumpamaan ini sama.
Kita lihat semula langkah-langkah dalam kisah di atas. Ada 4 langkah yang dilakukan oleh orang yang berPUASA untuk berbuka puasa.
Langkah pertama
Anda merancang juadah berbuka anda. Sama halnya dengan walimah. Anda perlu merencana walimah anda. Siapa calonnya, bagaimana orangnya, soal agamanya, kehidupannya dan lain-lain.

Langkah ke-2

Anda berbincangan dengan sahabat tentang rancangan anda. Gunakan saluran yang betul untuk bertanya dan mendapatkan pandangan. Bertanya dengan mereka yang arif dan berpengalaman tentang perkara-perkara tersebut.

Langkah ke-3

Bergerak mencari makanan. Langkah ke-3 adalah bergerak dengan kata lain anda mula bertindak untuk melakukannya. Maka seharusnya tindakkan yang akan anda ambil ini adalah terdorang dari hasil perbincangan dari orang-orang yang arif agar tindakkan yang anda lakukan adalah dengan menggunakan platform yang betul.

Mungkin pada langkah ini akan berlaku pelbagai fenomena. Apa yang mungkin boleh terjadi adalah anda memperoleh apa yang anda mahukan atau IDAMKAN/HAJADkan. Atau mungkin boleh terjadi tidak kerana LAMBAT, TERLEWAT SEDIKIT, telah di TEMPAH dan sebagainya.

Pada peringkat ini. KESABARAN amat dibutuhkan sama sekali. KESABARAN MASA & PENCARIAN SEMULA juga lain-lain hal lain yang mungkin terjadi. Peringkat ini juga ada beberapa tingkatnya yang sangat mendalam yang membutuhkan juga ilmu terhadapnya.

Langkah terakhir

Inilah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh orang yang berPUASA iaitu mendapat rezeki seperti yang dijanjikan oleh ALLAH. Apa lagi kata yang lebih moleh untuk saya jalinkan dengan perumpamaan walimah bagi langkah terakhir ini pastinya adalah melangsungkan pernikahan.
Itulah yang saya maksudkan dengan ‘towards wedding by fasting’.
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

MORAL OF THE STORY
Seingat saya dalam entry tersebut juga saya selitkan sedikit nasihat buat sahabat-sahabat. Saya mempertanyakan tentang kedudukan kita dalam 4 langkah di atas. Kita berada di mana sekarang? Adakah kita ditahap merancang atau sebenarnya kita di tahap berbincang. Adakah sekian lamanya hidup ini sahabat-sahabat masih lagi berbincangan dan terus berhujah menantikan jawapan tepat untuk memilih platform yang telah jelas berada di depan mata. Atau sebenarnya kefahaman tentang itu belum sahabat-sahabat fahami? Atau sebenarnya perbincangan –perbincangan hangat itu sekadar perbincangan kosong tanda tujuan.
Sama-sama kita fikirkan kerna bila sampai masanya REZEKI itu akan tetap datang dan pilihlah platform yang betul.

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

(Surah an-Nur; ayat 26)

Saturday, September 24, 2011

memberi bukan pada tempatnya

Masa untuk melangkah kehadapan

Akan bermula episode baru dalam hidup. Meninggalkan langkah lama yang tertinggal dibelakang. Mencari dan mencipta langkah baru di hadapan yang masih samar-samar untuk digagahi.
Teringat kata seorang teman. “ko bekerja nak beli kereta ke? Kalau dengan kerja tu sebabnya ko nak beli kereta. Ko takkan dapat kereta tu.”
Terpinga seketika. Pelik dalam keserabutan malam.
“Ko niat la nak kerja sebab nak tolong mak bapak ke, nak ringankan beban dorang ke, nak bayarkan bil api air rumah ke. Kereta tu akan dapat punya”, dia menambah lagi.
Itulah pesan seorang teman. Seorang yang biasa-biasa sahaja gaya hidupnya. Iman yang naik turun dan kadang-kadang tersasar, tapi bangun semula. Juga melangkah seperti aku mencari laluan untuk terus mara dalam hidup dengan cara dan gaya pemikiran yang tersendiri.
Aku senang punya teman yang berbeza wajah dan rupa. Punya kisah silam yang sangat berbeda dari ku. Zaman gelapnya agak gelap. Lebih gelap dari zaman gelap ku.
Seorang sahabat pernah penyapa-ku “Salah ke kita kalau tidak duduk bersama dengan orang yang jenis-jenis kita”.  Aku mahu menjawab tapi seperti ingin menyusun bait-bait bicara agar kata-kata ku berhemah ketika memberi pandangan.
“tak salah kot tapi…..” ada tapinya di situ.
Itulah seorang lagi sahabat ku. Dulu pernah tinggal sekali dalam kolej yang sama. Dia bekas pimpinan ku. Aku sangat menghormatinya. Seorang yang tegas dan berpemikiran sangat jitu. Boleh merencana idea dengan mengalihkan masalah ahli dengan mencipta masalah lain. Yang akhirnya masalah yang asal itu hilang. Pelik.
Saat aku memberikan pandangan itu aku tidak ada ditempatnya. Bak kata orang “memberi bukan pada tempatnya”.
Lepas tamat pengajian, dia terus bekerja. Alhamdulillah, kerjanya juga bagus. Membutuhkan dia berdiri sendiri disaat sahabat-sahabat lain tegar pula untuk terus berusaha lagi dalam bidang pengajian. Dia yang terutama, perlu membela nasib adik-adiknya. Tidak tergamak dia meneruskan pengajian sedang ibunya bersendiri membanting tulang menyara keluarga. Aku cukup bangga dengannya. Sahabat-ku.
Dia tinggal kini dengan mereka-mereka yang bukan ‘seperti kami’ aka ‘bukan jenis kita’. bersama dengan orang kebanyakan yang bercampur hidup. Siangnya bekerja dan malamnya mencari pengubat kebosanan. Kumpulan manusia yang mengundang pandangan sinis dari ‘kita’.
Sahabat ku menambah lagi. “buka semua dorang (bukan jenis kita) tu jahat. Malah kadang-kadang kita lagi malu dengan dorang tu. Dorang yang kejut kita bangun subuh. Walaupun dorang tu belum pun sembahyang pun. Siap puasa sunat lagi. Dorang tidak terdorang macam kita. Tidak ditarbiyah pun. Tidak buat kerja dengan keterpaksaan. Dorang mencari bila mana mereka rasa ada sinar dan cahaya.”
Sedih. Saat itu aku mendengar bicaranya. Aku seakan cuba memahami 100% isinya. Meleset. AKU BUKAN DITEMPATNYA.
Aku merasa satu saat aku perlu turut merasa apa yang sahabat ku rasa. Keluar dari kepompong hidup kebiasaan dan cuba hidup seperti mereka. Tapi tidak terpikir pula aku untuk keluar dari ‘kumpulan’ kerena aku masih lagi waras. Kerna aku sadar sahabat-sahabat dalam lingkungan ku perlu tetap ada bila aku membutuhkan mereka.
Cumanya aku merasa seperti mahu berada ditempatnya. Aku mahu betul-betul paham dan memahami apa yang sahabat-ku cuba sampaikan.
Kini AKU TELAH ADA DITEMPATMU SAHABAT. Aku kini paham dan merasakannya. Merasa bagaimana menjadi orang yang diperhati, orang yang cuba diajak ke masjid, menjadi orang yang perlu diberi pesan dan menjadi orang yang lalai sebentar dengan dunia. Aku merasa menjadi MAD’U.
Kini aku telah berada ditempatmu sahabat. Aku telah memahaninya. Aku melihat kenapa kau memilih untuk bersama sebentar dengan mereka. Aku mula terjawab semula semua kelemahan kerja usaha yang dulu aku sibuk melakukannya. Satu persatu aku pelajari. Belajar memahami apa yang orang disekeliling kita mahukan. Belajar untuk mendekati orang disekeliling kita dengan cara yang lebih berhemah. Bukan belajar hanya teori dari buku-buku sahaja. Tetapi kita mempraktikkannya dalam bentuk yang lebih efektif dan berkesan.
Aku melihat disana ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi. Melihat kelompangan yang perlu di tampong. Membimbing mereka semua dengan hati dan perasaan.
MORAL OF THE STORY

Aku melihat ini adalah rasa cinta dan kasih sayang kepada ummah yang perlu dibuat. Kerana rasa cinta dan kasih kita sesama sahabat ini bukan untuk kita kongsikan dikalangan kita sahaja. Cinta dan kasih sayang ini kita harus kongsikan bersama mereka semua. Rasa cinta kepada ALLAH SWT ini dan kasih sayang kita kepada baginda Nabi Muhammad SAW ini perlu kita kongsikan dengan mereka yang ada disekeliling kita. Ibubapa kita, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan persekolahan, murid-murid didikan kita, jiran-jiran dan saudara mara kita. Bila kita membuka luas hati dan perasaan kita kepada mereka. Kerja buat ini bukan lagi atas taklifan pimpinan bahkan ianya akan datang dari kemahuan diri sendiri.
Kini aku paham kata-kata mentorku. “Abang beri nasihat ini bukan untuk adik-adik sahaja tetapi untuk diri abang sendiri”.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...