Tuesday, August 2, 2011

Hikmah, antara tahu dan penerimaannya




Hikmah? Apa yang anda tahu mengenainya dan bagaimana pula anda akan berurusan dengannya?Bila suatu kesulitan itu datang, kita cuba menyelesaikannya. Cuba menguruskannya tapi dalam masa yang sama kita akan ada rasa sedikit merungut di dalam hati. Merungut bukan kerana tidak redha dengan ujian yang diberikan tapi merungut kerana FITRAH. FITRAH manusia memang akan terdetik dalam hati kecilnya, perasaan sedikit mengeluh.

Seperti Rasulullah SAW. Ketika pemergian cucu kesayangan baginda. Baginda menangis.

Walaupun sebenarnya dalam islam kita tidak boleh meratapi atas sesuatu kematian. Tetapi tidaklah salah pula disisi islam sekiranya kita menangis atas kesedihan tersebut. Janganlah ditangiskan sehingga meraung-raung. Jika masih dapat dikawal. Itu adalah FITRAH.

Itulah FITRAH. Tapi rungutan dalamanan (monolog dalaman) itu masih dapat dikawal dengan baik.

Pada masa yang sama, dalam mendepani masa-masa kesulitan itu. Pada akalnya sudah tertulis “ada hikmah disebalik semua ini”. tapi fizikalnya dan hatinya masih gelisah, resah, keluh dan beberapa lagi kata yang sama maksud dengannya yang membawa kepada satu perasaan yang sedikit tidak selesa dengan kesulitan yang dihadapi dan berharap dapat keluar segera dari kesulitan tersebut.Dalam ditahan-tahan perkara tersebut dilubuk sanubari hati yang sangat dalam. Terkeluar juga di mulut, “kesulitan ni ada hikmahnya ni. ada hikmah ni. tapi kenapa aku macam tak rasa selesa ni dengan ujian ini. beratnya rasa. Nak keluar je dari kesulitan ni….. (menarik nafas sedikit dalam dan menghembusnya pelahan-lahan)… ada hikmah ni. aku tahu, ada hikmah ni”. kata-kata itu terus terpancul dari hati dan bibir mengungkap berulang-ulang kali.

Bagaimana kita faham tentang hikmah tapi kita tidak boleh menerima kewujudannya saat ujian itu datang. Itu perkara yang pelik tetapi berlaku dikalangan kita. Saya boleh katakan tentang hikmah ini pada 1 perkataan yang pendek.

“mendapat tetapi tidak memiliki” .
Bagaimana anda ‘dapat’ tetapi anda ‘tidak memilikinya’? Saya fikir ini perumpamaan yang mudah agar kita sama-sama dapat belajar untuk memahami konsep hikmah dalam skop realiti yang besar tetapi dalam kaedah penerimaan imaginasi yang mudah.Saya bagi contohkan dengan NAMA. Anda ada nama? Dari siapa anda menDAPAT nama tersebut? Ibubapa? Saya contohkan anda pada satu nama, FAZRI. Jadi katakan anda menDAPAT nama Fazri dari keluarga ketika kecil. Nama yang cantik dan membawa maksud yang indah. Saya tanya lagi supaya lebih kejelasan dengan topik kita ini. Anda DAPAT nama dari keluarga. Jadi nama Fazri itu MILIKnya di mana? Di mana nama Fazri itu diMILIKi oleh diri anda? Pada susuk tubuh andakah? Atau pada penampilan andakah? Atau pada wajah andakah?

Atau pada mungkin pada jawatan anda? “saya Fazri, saya seorang pengurus perusahaan perkapalan”. Tidak-tidak. Yang anda sebut tadi itu adalah jawatan anda.

Mungkin pada kedudukan. “saya Fazri, rumah saya di Bukit Kiara”. Tidak-tidak. Yang anda sebutkan itu adalah tempat tinggal anda.

Mungkin pada tanggungjawab anda. “Saya Fazri, saya sebut!”. Tidak-tidak. Itu kenyataan yang anda buat.

Semua yang disebut tadi sedikit pun tidak terMILIKi oleh kita. Yang disebutkan tadi tentang fizikal, sifat, kedudukan, status, pekerjaan, tanggungjawab, bebanan dan mungkin barang kali lagi ada beratus-ratus jawapan yang akan kita sebutkan untuk memberikan gambaran pada nama/diri kita.

Tapi sedikitpun dari DAPATan kita tadi tidak pula kita MILIKi. Saya umpamankan lagi dengan LEMBUT. Anda memandang ke langit pada waktu bulan mengambang penuh. Anda DAPAT melihat keLEMBUTan cahaya bulan yang terhasil. Cahayanya terang tetapi tidak memedihkan mata. Menyenangkan untuk ditatap dan sangat selesa. Kelembutan cahayanya sangat memukau hinggakan manusia mengumpamakan bulan dengan pelbagai perumpamaan yang indah kerana sifat kelembutan cahaya yang diMILIKi.

Saat anda DAPAT melihat kelembutan cahaya bulan itu tetapi anda tidak dapat meMILIKi kelembutannya kerana kelembutan itu adalah SIFAT. Jadi jika kita DAPAT melihat kelembutan cahaya bulan itu tetapi tidak pula boleh meMILIKi SIFAT itu. Maka siapakah pemilik SIFAT itu?Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Ya ‘Aisyah!, Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Lembut dan DIA mencintai kelembutan dalam segala perkara”Maka Sifat Maha lembut itu MILIK ALLAH SWT kerana sesungguhnya ianya terdapat dalam asma ul husna

Firman Allah SWT,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.(Al-Israa’ 110)

Itulah dia ‘mendapat tetapi tidak memiliki’ samalah seperti kitamendapat kefahaman tentang hikmah tetapi tidak memiliki kekuatan untuk menerimanya’


Hikmah. Satu kata yang pendek tapi besar maksudnya. Ada yang mengatakan hikmah ini adalah pengajaran yang didapati dari sesuatu peristiwa. Ada pula mengatakan hikmah ini pada setiap orang adalah berbeza dapatannya. Kalau pada saya, hikmah ini sesuatu yang unik & perkara-perkara yang tidak kita jangkakan.Kita telah pun berbicara tentang ‘tahu perihal hikmah’ dan apa-apa yang berlegar-legar diruang lingkupnya. Seterusnnya satu persoalan lagi yang akan kita sama-sama rungkaikan adalah bagaimana penerimaan kita tentang hikmah itu?Saya sendiri secara peribadi menghadapi fenomena yang sama, ‘faham tapi tidak mampu menerimanya’. Lalu saya pun duduk-duduk dan termenung jauh. Berfikir dan berfikir dan terus berfikir cara bagaimana saya perlu faham konsep hikmah ni. cuba mencari jalan supaya saya ‘faham dan kemudian saya mampu pula untuk menerimanya’.

Fikir punya fikir..tuk…tuk… tuk….. (-_-)zzZZZ saya tertidur.

Tiba-tiba saya teringatkan kepada cikgu sekolah saya. Seorang cikgu kaunseling lelaki. baik orangnya. Tetapi ramai yang tidak berapa suka dengan cara dan pendekatannya. Sebab beliau dilihat pelik sedikit dari kaca mata orang.



Ingat lagi saya, kepda perangai beliau yang pelik bila beliau berucap & memberi nasihat kepada kami. Bila beliau bercakap bak kata orang ‘pompang-pompang’, siap dengan gaya lagi, tangan beliau terangkat-angkat menggayakan semua yang beliau sebutkan. Sedang beliau berucap, tiba-tiba beliau terus beredar macam tu sahaja. Pada mula ok la, mungkin beliau ada hal penting dan harus meninggalkan tempat beliau berucap tanpa menutup katanya terlebih dahulu. Tetapi setiap kali beliau bercakap, beliau akan buat skill yang sama. Di tapak perhimpunan pun beliau akan buat perkara yang sama. Tidak ada ‘closing’ langsung. Sekurang-kurangnya cakap la “sampai disini sahaja ucapan saya, terima kasih”. Tetapi langsung tidak ada. Pelik-pelik.


Berbalik semula kepada topik kita, apa yang saya mahu kongsikan disini adalah berkaitan satu nasihat yang agak pelik dari beliau pada satu sesi kaunseling saya dan rakan-rakan bersama beliau.

“Cikgu, macam mana nak berjaya?” seorang kawan bertanya.

Cikgu membalas, “kamu berlakon je”
“berlakon?” saya mencelah. “biar betul cikgu!, berlakon je?”

“kamu ingat semua orang yang berjaya tu lahir-lahir terus berjaya ke? Kamu ingat semua orang yang rajin tu memang rajin ke, ke kamu fikir kamu boleh makan pil pandai dan kamu pun akan jadi pandai?”, tambah cikgu.

Kami semua tercengang dengan statement cikgu. “dia dah buat hal dah”, monolog dalaman kawan sebelah saya.

“betul cakap saya, berlakon je. maksud saya dengan berlakon tu adalah kamu berlatih dan meniru gaya mereka-mereka yang kamu nak jadi atau sifat-sifat yang kamu mahu miliki. Lama kelamaan kamu akan jadi macam apa yang kamu lakonkan. Bila lakonan itu dah sebati dalam diri kamu” kata cikgu. Beliau menambah lagi, “kalau kamu nak berjaya dalam pelajaran, kamu kene berlakon seperti orang yang pandai. Kamu berlakon mengulang kaji pelajaran setiap hari. Kami berlakon membawa buku-buku dan membacanya di mana-mana sahaja. Kamu berlakon menjadi pelajar yang suka membantu cikgu. Kami berlakon seperti watak seorang yang pandai. Apa orang pandai akan buat? Kamu lakonkan sahaja. Mudahkan?”

“Kamu tahu tak hidup ini adalah pentas lakonan? Kalu kamu tengok orang kaya berjalan. Kamu nampak penampilan mereka yang segak dan berjalan seperti orang kaya. Tidak sama macam orang miskin berjalan. Kenapa berbeza? Sedangkan kita manusia juga.”

Saat itu saya langsung tidak memahami bait-bait kata yang cikgu sampaikan. Tetapi kini, menjelang masa dan usia yang meningkat. Ada betul juga apa yang pernah beliau sebutkan.

Hidup ini adalah pentas lakonan terbesar. jalan hidup kita adalah skripnya. Kita adalah pelakon utama dalam skrip hidup kita. Kehidupan kita akan dirakam & ditayangkan di padang mahsyar. Bila kita mula berlakon dan akan ditamatkan contract kita, semuanya ditangan ALLAH. Siapa yang akan berlakon sebagai ibubapa kita, pasangan hidup kita. Semuanya telah dituliskan dalam skrip hidup kita sejak azali lagi. apa yang akan terjadi dalam hidup kita, baik, buruk, sunyi, sepi, gembira, cinta, kebahagian, seronok, suka dan duka semua telah termasuk dalam skrip tersebut. ALLAH adalah pengarah kepada semua yang berkaitan dengan kita. Dia yang menentukan ujian, cuba, dugaan dan semua yang perlu berlaku dalam hidup kita. inilah warna-warni kehidupan.

Bila kita berfikir tentang keagungan kuasa ALLAH, kita akan merasakan diri kita ini adalah hanya seorang hamba. Melakonkan semua jalan cerita yang telah disuratkan dan disiratkan. Bila faham itu datang. Maka dunia dan seisinya akan jadi kecil bagi kita. Ujian dilihat dengan senyuman kerana ada HIKMAHnya. Dugaan dilihat dengan kebahagiaan kerana ada HIKMAHnya. Kesukaran dilihat dengan kegembiraan kerana ada HIKMAHnya. Semua dilihat dari kaca mata seorang hamba dan pelakon kepada jalan kehidupan yang ALLAH SWT tetapkan.

Mencari HIKMAH dalam kehidupan bukan lagi perkara yang utama tetapi mengetahui tentang HIKMAH adalah sebagai tiket untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kita kepada ALLAH SWT.

MORAL OF THE STORY

Kesukaran, kesenangan, ujian, dugaan, mehnah & tribulasi dalam kehidupan adalah sebahagian jalan hidup kita yang telah ditentukan. Fenomena yang berlaku dalam jalan kehidupan kita dipandangan berbeza dan diambil HIKMAHnya oleh setiap manusia. Mungkin ujian yang datang kepada kita adalah pengajaran yang ALLAH ingin berikan kepada orang lain melalui LAKONAN kita. Jadi janganlah bersedih, gelisah, resah, merungut dan kurang senang dengan keadaan diri kita. satu kata yang kita cara dalam berbincangan ini adalah ‘REDHA’. Redha dengan ketentuan yang ALLAH SWT telah berikan kerana semuanya ada HIKMAHnya untuk diri kita dan orang lain. Maka jadilah pelokan terbaik dalam kehidupan ini yang sentiasa redha dengan pemberian ALLAH dan memohon pula keredhaan ALLAH kepada seluruh kerja buat lakonan kita dalam dunia yang sementara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...