Wednesday, January 26, 2011

Ukhuwah atau kuah?

Once upon a time, saya duduk dalam satu majlis ilmu di PZ2. “hari ini tajuk kita adalah ukhuwah dan penglibatan dengan kawasan”. Lalu bagi memulakan perbincangan, penceramah memulakan dengan bertanya kepada semua yang hadir Apa yang anda faham tentang ukhuwah?


Lalu masing-masing menerangkan tentang ukhuwah sebagai satu ikatan, tali persaudaran yang terjalin atas dasar aqidah islam dan sebagainya. Lalu sampai giliran saya. “ukhuwah? Setinggi-tinggi tahap ukhuwah adalah melebihkan sahabat / orang lain dari keperluan diri sendiri dan selemah-lemah /rendah ukhuwah adalah berlapang dada”. Penceramah Tanya, “Jadi yang tengah-tengah apa?”. Saya jawab, “yang tengah-tengah cair, jadi kuah”. Lalu semua yang hadir pun terketawa kecil.


UKHUWAH? bagaimana pula pandangan anda tentang makna ukhuwah? Pasti masing-masing ada definasi tersendiri tentang maknanya, kan? Sebab soalan ini berbentuk pendapat bukannya berbentuk fakta jadi terpulang kepada anda untuk mendefinasikannya.


Orang selalu cakap, bila kita berkata. Setiap ucapan yang kita tuturkan itu akan diuji oleh ALLAH SWT. Anda percaya atau tidak dengan perkara tersebut? Pernah terjadi tak kepada diri anda? Maka begitulah juga dengan ukhuwah. Jika kita sering melaung-laungkan ucapan ukhuwah kita dengan kawan-kawan / sahabat-sahabat. “ukhuwah kami mantap”, “ukhuwah Abadan abada”, “ukhuwah ilal jannah” dll. Pastinya kelak ujian pun akan turun menguji ucapan-ucapan yang anda katakan tadi.


Saya ada satu kisah yang nak di kongsi bersama anda yang ada kaitan dengan tajuk kita.


Saya ada seorang sahabat. Beliau sangat baik orangnya, selalu membantu saya bila saya memerlukan bantu. Kami dulunya duduk dalam satu organisasi dan unit yang sama. Kami sering brainstorming secara berkumpulan dan selalu bermesyuarat dalam membuat sebarang keputusan dalam gerak kerja di kampus. Tapi yang menariknya tentang sahabat ini adalah sifatnya yang sangat suka membantu. Dalam keadaan beliau busy ke atau tidak, bila saya message Salam. nak mintak tolong boleh tak? Beliau pasti akan balas boleh. Nak mintak tolong apa?. tapi bila saya tahu dari sahabat-sahabat lain bahawa beliau dalam keadaan bersedih hati tentang peperiksaannya, tentang masalah keluarganya atau kadang-kadang masalah kewangan, beliau tetap akan cakap "boleh. Ada apa yang boleh di bantu?".


Lalu satu hari saya cuba bertanya kepada beliau.kenapa bila saya mintak tolong, tapi dalam masa yang sama awak ada masalah tapi still boleh tersenyum dan kata boleh”. Beliau jawab, jika nak fikirkan masalah yang kita hadapi ini pasti takkan berakhir jadi jika orang mintak tolong kita tolong je la sebab sebenarnya pertolongan yang kita buat tu bukan dari kita tetapi datangnya dari bantuan ALLAH dan kita cuma sekadar asebab / perantaraan sahaja


Beliau juga pernah bagitau saya kadang-kadang bila kita menginginkan kesenangan, maka kesusahan yang datang. Bila kita mahu kekuatan, maka dugaan yang menimpa. Bila kita mahu bersabar, tekanan yang datang pula. Kerana apa? Dengan kesusahan itulah yang mengajarkan untuk menjadi senang. Dengan dugaan itulah kelak akan menjadikan kita seorang yang kuat dan dengan tekanan itulah akan mendidik kita menjadi seorang yang penyabar.


Sehingga kini kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya. Walaupun beliau telah meninggalkan saya dan sahabat-sahabat yang lain buat selama-lamanya. Masih terngiang kata-kata yang beliau yang sering beliau ucapkan di sepanjang pengenalan kami, “ukhwah itu tidak semestinya bersama”.


MORAL OF THE STORY


Ukhuwah itu bukan sesuatu yang teoritikal. Bukannya perlu dilaungkan untuk membuktikannya sebaliknya perlu dipupuk & diusahakan untuk dirasai. Jika masih belum teras kemanisannya ia bermakna belum cukup berusaha.



Al-Fatihah....


buat mu teman yang tiada gantinya.

1 comment:

yan said...

insyaAllah..ukhwah fillah abadan abada..ukhwah tak semestnya bersama..namun doa itu yg membuatkan kita selalu merasakan yg ukhwah itu brsama2 kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...