Thursday, January 13, 2011

ikhlas atau e-class?


One upon a time, ketika sedang saya kusyuk memandu dijalanan kemudian suatu suara menyapa lembut di cuping telinga saya lalu bertanya,


DIA: nak ke mana ni?
AKU: ada program
DIA: program apa?
AKU: jadi fasilitator
DIA: mereka bagi elaun ke?
AKU: Tak bagi pun
DIA: jadi? Pergi sebab apa?
AKU: …hmm..
DIA: ikhlas?
AKU: …hmm..
DIA: Mana ada dalam dunia ni buat tanpa ada sebab dan ganjaran. Ikhlas dah tak wujud lagi dah”


Persoalan IKHLAS? Persoalan yang biasa tetapi ianya luar biasa untuk diperjelaskan. Adakah anda ikhlas dalam perbuatan anda sehari-hari? Ikhlaskah anda saat anda berjalan ke dewan kuliah, atau adakah anda ikhlas saat bersiap siaga ke kelas untuk mengajar atau adakah anda ikhlas saat ini membaca article ini?


Ha! Pastinya anda jadi kaget memikirkan bagaimana persoalan ikhlas itu harus timbul dalam diri kita saat apa pun yang kita lakukan. Tapi eroninya mudah pula bila kita berkata tentang soal keikhlasan. Apa bila persoalan itu kita lemparkan terhadap orang lain berbanding mempersoalan kewujudan ikhlasnya itu dalam diri kita sendiri.


Mari saya bawa anda kepada beberapa contoh yang mudah.


Sedang anda duduk di hadapan kaca tv, melihat berita lalu tertonton upacara sumbangan / derma kepada badan kebajikan. Ditulis besar perkataannya SUMBANGAN IKHLAS dari NGO. Lalu terjengah di hati anda. Ikhlaskah mereka ini? kalu ikhlas, kenapa perlu ditunjuk / dikhabarkan?


ketika dalam satu majlis jamuan makan malam organisasi tempat kerja anda diadakan. Lalu terselit diakhir ucapan presiden itu “saya dengan ikhlasnya menyumbangkan RM10,000.00 kepada unit kesihatan untuk membiayai kos perubatan kakitangan yang kesulitan kewangan saat kesakitan. Lalu jengah lagi dibenak hati anda. “ikhlaskah dia? Kenapa perlu dikhabarkan pada orang ramai?’


Maka saat persoalan-persoalan itu timbul di hati kita, saat itu apa pula sumbangan yang telah kita lakukan? Sedangkan menyumbang pun tidak malahnya mempersoalkan pula keikhlasan orang lain? Bagaimana kita tahu sama ada mereka itu ikhlas atau sebaliknya? Adakah kita ada satu indicator atau gajet yang boleh menilai tahap keikhlasan manusia?

Dalam situasai diatas. memberikan sumbang itu satu hal dan memberikan sumbangan itu dengan ikhlas juga satu hal yang lain. Makanya ada 2 hal yang terlah berlaku di sini. Emangnya kita dimana saat persoalan ikhlas itu timbul di hati kita? Telah memberikan sumbangkah? Atau ikhlas? Atau tidak berbuat apa-apa pun cumanya mempersoalankan keikhlasan orang lain sahaja? Atau anda sebenarnya E-CLASS.



Atau saat kelak anda di posisi mereka, gi mana pula keadaan anda? Barang kali saat anda menjadi presiden organisasi, lalu mahu menyumbangkan wang maka kiranya anda pun akan berkelakuan sama. Atau mungkin menggunakan KAD BESAR bertulis sama juga DERMA IKHLAS. Atau bagaimana?Hmmm….kita sorotkan kembali persoalan ikhlas ini dari 2 sudut pandangan. Yang pertama adalah sudut pandang kita terhadap orang lain. Kedua adalah sudut pandang orang terhadap kita.
Berbuat apa pun dalam kehidupan ini sama ada perbuatan & percakapan serta lain-lainnya itu untuk diri kita atau kita salurkan kepada orang lain, pokoknya perlu ikhlas. Tapi sampai kini, kita tidak biasa tahu gi mana caranya untuk mengetahui apa yang kita atau orang lain lakukan itu ikhlas atau sebaliknya. Cumanya ada guideline-guideline tertentu sahaja yg kita ketahui tetapi masih bias belum cukup kuat untuk menyatakan bukti keikhlasan itu.


Jadinya anda ingin tahu bagaimana caranya ingin ikhlas dalam perbuatan dan tindak tanduk yang anda lakukan? Saya tahu bagaimana caranya. Tapi caranya bukanlah yang terbaik untuk anda lakukan tetapi sekadar apa yang boleh saya lakukan.


i. lakukan perbuatan tersebut terlebih dahulu
ii. Perbetulkan / perbaharui niat sebelum, semasa dan setelah melakukan perbuatan tersebut
iii. Hilangkan persepsi negative terhadap orang lain terhadap perbuatan anda
iv. Kemudian berserah kepada ALLAH swt


Makanya bila anda melakukan sesuatu perbuatan itu jangan bertanya tentang keikhlas pada diri anda. Jangan bertanya apakah pandangan orang lain terhadap perbuatan anda. Jangan mencipta perbuatan itu agar terlihat ikhlas di mata orang lain.


Kerana:


Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar:

“Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat
dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….


MORAL OF THE STORY


Buat dahulu dan berserah. Jangan menilai dan jangan berpersepsi negative. Ianya hanya akan memudaratkan perbuatan yang pada mulanya anda mulakan dengan niat yang baik.
Nilaian tahap keikhlasan kita bukan dari kaca mata manusia tetapi ALLAH SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...