Saturday, January 29, 2011

MENDAKI GUNUNG DAN SEBALIK MAKNANYA





Once upon a time, saya dah sahabat-sahabat pergi mendaki Gunung Angsi berhampiran tapak rekreasi Hulu Bendul, Negeri Sembilan. Ini adalah pertama kalinya kami mengendalikan satu program pendakian yang melibat kehadiran sahabat-sahabat, adik-adik dan alumni yang ramai. Sebelum ini aktiviti kami cuma riadah kemudian rehlah kemudiannya explorace selepas itu riadah semula dan kemudiannya rehlah lagi dan kemudian pula explorace. Itulah kebiasanya.

Pendakian Gunung Angsi ini satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang. Mendaki gunung yang cabarannya tidak berkesudahan. Cabarannya menguji kesabaran, menguji semangat dan menguji kedahagaan. Subhanallah.

Secara peribadinya saya katakan, mendaki gunung dan berkhemah ini bukanlah menjadi suatu yang luar biasa bagi saya. Saya menyertai aktiviti berkhemah dan mendaki gunung ini semenjak dari darjah 4 lagi. Bermula dengan perkhemahan main-main di padang sekolah sehingga la mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ke peringkat daerah. Perkhemahan berhampiran Sungai Pisang yang terletak betul-betul di bawah highway Karak. Kemudian mewakili PBSM MALAYSIA ke peringkat Kebangsaan yang di adakan di Hulu Yam. Tidak cukup dengan itu di sekolah menengah, saya masuk KRS. Perkhemahan lagi dan lagi dan lagi. Masuk Universiti pun berkhemah lagi ke Gunung Ledang. Biasalah kalau berkhemah ni, mesti mendaki bukit. Jadi dah terbiasa dengan mendaki, pacat, penat, letih dan apa? Dan kene angkat beg orang lain. Hehe~

Tapi apa yang specialnya dengan Gunung Angsi ni? Apa yang menariknya tentang mendaki di gunung ini adalah cabarannya yang tidak berkesudahan. Mula-mula perjalanan kami mendatar macam gunung-gunung yang lain. Kemudian ada mendaki sikit. Yang tu kira perkara biasa la. Kemudian mendaki lagi. pun dah biasa jugak. Biasalah nama pun mendaki gunung mestilah banyak pendakiannya. Lalu setelah episod mendaki ni saya fikir mesti ada kawasan landai semua sebelum menyambung episod mendaki. Tapi tidak seperti yang dijanjikan. Tak de kawasan landai dan keadaan jalan yang mula-mula luas macam 2 lane kemudian jadi satu lane. Tu pun masih biasa lagi macam gunung-gunung yang sebelum ni saya daki. Daki punya daki punya daki. Bentuk muka bumi semakin tinggi dan sudah ada bentuk-bentuk anak tangga semula jadi pulak.

Sahabat-sahabat menjerit dari bawah, jauh lagi ker?. Yang di atas menyahut dah dekat dah. Jadi yang di bawah jadi bersemangat la tetapi bila sampai ke atas, soalan yang sama di tanyakan lagi “jauh lagi ker?. Yang atas menjawab sikit lagi”. kami rasa lega dan bersemangat. Hampir 1 jam setengah kami pun lalu di tepi anak sungai. jom amik air dekat sini”. Sahabat lain membalas, mesti ada air terjun cantik dekat atas”. Kami jadi teruja dan bersemangat kembali. Akhir sekali nak di pendekkan cerita. Saya kira pertanyaan, jauh ke lagi? tu dah ditanyakan dekat 10 kali dari sungai yang pertama tadi. Tambah best lagi. memang atas gunung tak de sungai dan kami pun ingat nak minum air dekat atas. Bekalan air pun habis dah. Yang perempuan paling kesian. Bukan kami kesian kat mereka, mereka yang kesian kat kami. Dah lembik dah. Pendekkan cerita lagi sampai di atas. Terpandang satu panorama yang sangat indah, “subhanallah” itulah kata-kata pertama yang terkeluar dari mulut saya. Berada di ketinggian atas awan dapat melihat gunung ganang dan awan di bawah. Sungguh cantik penciptaan ALLAH.

Selepas penat mendaki kira-kira 4 jam. Maka, kami makan bekalan yang sempat dibawa sebagai pemberi Tenaga untuk turun 4 jam lagi turun ke bawah. Sebelum turun kami buat halaqah dan kesimpulan ekspedisi pun kami bincangkan.Apa yang anda dapat melalui pendakian ini? masing-masing dengan jawapan tersendiri. “kerjasama”, “tolong menolong”, “ukhuwah”, “tidak tinggalkan sahabat” dan lain-lain lagi. Jadi tiba giliran saya pula untuk mengkonklusikan ekspedisi ini. kenapa kali ini kita buat ekspedisi?

Saya kata “sahabat-sahabat, mari kita ambil makna di sebalik keseluruhan program ini dari mulanya sehingga kita sampai di atas gunung ini. saat sahabat-sahabat diminta datang ketempat program ini.

1. Dalam sms kami ingatkan supaya BAWA MAKANAN cukup-cukup untuk keperluan sendiri sahaja. AMBIL MAKNA dari itu.
Kemudian saat sahabat-sahabat mahu mendaki naik kegunung ini,

2. kami bahagikan sahabat-sahabat kepada KUMPULAN dan diingatkan BAWA MAKANAN secukupnya sahaja untuk AHLI KUMPULAN MASING-MASING dalam 1 beg sahaja untuk memudah pendakian. AMBIL MAKNA dari itu.

Saat itu, makanan yang banyak di bawa dari rumah semuanya di kurangkan dan ditinggalkan. Cuma yang penting-penting sahaja yang sahabat-sahabat bawa.

3. Lalu kita mendaki dengan KESULITAN dan KEPAYAHAN pendakian yang 4 jam ini. AMBIL MAKNA dari itu.

4. Dan terakhir saat sampai dikemuncaknya itu, KEINDAHAN dan NIKMAT sampai di puncak itu di dapatkan. AMBIL MAKNA dari itu.

Jadi APA MAKNA DARI PROGRAM PENDAKIAN INI?
“Sahabat-sabahat, kami ingin bawakan pendakian ini sebagai perumpamaan kepada PERJUANGAN kita. Saya kupas satu persatu, apa yang telah kami cuba bawakan kepada sahabat-sahabat.

1. Awalnya membawa makanan dari rumah itu kita umpamakan sebagai KEUPAYAAN diri kita sendiri. Saat di kampus kita terdorong dan didorang untuk belajar tentang banyak perkara. Belajar untuk berkomunikasi, belajar mentarbiyah, belajar bermesyuarat, belajar berprogram, belajar akademik, pergi ke kelas pengajian ilmu belajar untuk menjadi ketua dan lain-lain lagi.

2. Saat mahu mendaki gunung itu umpama MEDAN / LAPANGAN SEBENAR kelak. Saat KEUPAYAAN diri kita di medan sebenar yang kita akan gabungkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Tapi saat dilapangan sebenar KEUPAYAAN yang ada pada diri kita itu tidak mungkin boleh diguna pakai kesemuanya. Pasti tidak kesemuanya. Jadi itu perlunya kita BERKUMPULAN bila berada di lapang. KEUPAYAAN yang lain saling melengkapi KEUPAYAAN yang tertinggal / tersisa yang masih ada pada diri kita.

3. Dan KEPAYAHAN saat mendaki itu umpama MEHNAH DAN TRIBULASI yang kita pasti akan hadapi. Jika tidak BERKUMPULAN maka sukar untuk kita sampai ke matlamat akhir kita. Di situ nilai UKHUWAH itu perlu dalam perjuangan. Seperti kata mentor saya.

“UKHUWAH PERLUKAN PERJUANGAN, TETAPI PERJUANG TIDAK PERLUKAN UKHUWAH. Jika ukhuwah menghalang perjuang, kita perlu tinggalkan ukhuwah itu.”
4. KEINDAHAN dan NIKMAT itu umpama habuan yang dijanjikan dalam perjuangan ini. sedang kita berniaga dengan tuhan pasti ada ganjarannya. Perjanjian kita dengan ALLAH tentang perniagaan ini. JIHAD.

“Wahai orang-orang yg beriman, hendakkah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu daripada siksa azab yg tidak terperi sakitnya. Iaitulah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta-harta kamu dan nyawa-nyawa kamu, itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya"
(Surah As-Saf: Ayat 10-11)

Jadinya, apa yang perlu kita buat sekarang?
Membina KEUPAYAAN itulah yang kita perlu buat sekarang. Kita tahu kampus adalah MEDAN LATIHAN untuk kita belajar meningkatkan KEUPAYAAN diri kita.

“ It is an add value for us to develop our self not only for the sake of getting a job but also for the MEDAN / LAPANGAN SEBENAR.”
MAKA jangan katakan tidak pada taklifan, jangan katakan malas untuk menyertai program, jangan katakan letih pada pelajaran dan jangan katakan jangan.
Katakan "YA. SAYA BOLEH LAKUKAN". Walaupun kita belum melakukannya. Inilah nilai motivasi imaginasi yang pertama perlu ada pada ummah. Seperti mana kuasa imaginasi Sultan Murad ke-2.
“sultan Murad ke-2 sering memanggil Sultan Muhammad al-fateh dengan gelaran al-fateh atau sang pembuka. Situasi ini menggambarkan hikmah pendidikan si ayah supaya anaknya mencapai cita-cita pada masa hadapan”

(Petikan dari buku KUASA kePIMPINan AL-FATEH)

Sultan Murad ke-2 memotivasi imaginasi Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan beliau sebagai seorang yang akan menakluki konstantinopel kelak.

MORAL OF THE STORY
Jika kita tahu di MEDAN SEBENAR, KEUPAYAAN yang ada kelak dari MEDAN LATIHAN pasti akan berkurangan / tidak boleh di aplikasi kesemuanya. maka di MEDAN LATIHAN kita perlu menambah / develop sebanyak mungkin KEUPAYAAN diri. Jika kita ada 10 keupayaan mungkin 4 kita boleh gunakan tapi jika kita hanya ada 4 sahaja berapa yang tinggal?

2 comments:

bulanhati said...

like...

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Cabaran mendaki mengajar menjadi manusia tabah segala rintangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...