Wednesday, January 19, 2011

HAMBA MEMBERI ARAHAN KEPADA TUANNYA?





Once upon a time, saya duduk di hadapan laptop. Hmm.. saya duduk atas kerusi tapi berhadapan dengan laptop saya. Laptop tu atas meja, bukan atas peha saya. Sambil mendengar dendangan lagu-lagu nasyid. Tiba-tiba terbaca satu statement kite slalu dpt ape yg kite tanak dlm hidup. oh..mungkin itu yg terbaek!"

Saya ingin membawa anda pada satu kisah perbualan saya dengan seorang teman tentang kemahuan dan keinginan dalam kehidupan dunia.

Me: lepas ko kerja nanti ko nak beli apa?
Dia: aku nak beli R1 dowww. Aku idam-idamkan sangat. Ko nak beli apa?
Me: aku nak beli myvi je. Jimat minyak.
Dia: apa barang la myvi ni! Tapi tu kalau ko baru lepas kerja. Kalu ko dah ada duit banyak ko nak beli apa?
Me: entah la. Aku nak bagi bini aku kereta JAZZ. Macam cute je. Hehe~
Dia: aku nak beli alphard. Nak anak ramaikan. HAHAHA.
Me: oh! Alphad tu aku dah beli time tu buat gi masjid je.
Dia: peeehh! Gi masjid naik alphad. Tak nak kalah ko nie. Hehe~. Pastu ko jalan-jalan dengan family naik apa?
Me: mungkin naik Honda stream kot. Haha~. Ko?
Dia: stream tak laju. Aku nak skyline and Subaru impreza.
Me: hehe~. Ko minat keta sport ye? Dah keta-keta canggih-canggih ni bawak gi tempat lain, ko gi kerja naik apa?
Dia: naik LC aku ni je sudah la. Yang lain bagi bini pakai la. Ko?
Me: bawak myvi je la…

Lalu kami pun ketawa sambil berguling-guling atas motor LC. Bercerita tentang dunia seketika, sambil berketayap & berkain sarung on the way nak ke surau desa vista solat maghrib.

Kita selalu ingin mencapai semua keinginan hidup kita. Dari sekecil-kecil kemahuan sehinggalah sebesar-sebesarnya. Kita sering mahu dan terus mahu dalam kehidupan ini.
Jika kita muda, kita mahu belajar masuk hingga ke asrama penuh. Selepas telah masuk ke asrama penuh, kita mahu pula Berjaya sampai masuk ke universiti. Lalu setelah masuk ke universiti melanjutkan diploma, seterusnya mahu melanjutkan ke degree, master dan Phd. Justeru itu apa lagi? Mahu punyai kereta sendiri. mulanya satu buah kereta kemudiannya 3 buah pula. Kemudian punyai rumah, mahu rumah 1 tinggal mulanya dan di sewa bersama pasangan suami isteri. Kemudian mahu rumahnya sendiri. lalu tidak cukup dengan 2 tingkat, mahu rumah yang sebuah tidak bersambung dengan kejiranan. Lalu lagi mahu rumahnya di atas bukit tinggi dan mahu tinggi lagi pangkat serta jawatannya dari orang lain hingga bekerja siang malamnya untuk memenuhi hajat dan kemahuan di hati semata-mata.

Emangnya hidup manusia ini mahu penuh dihabiskan untuk memenuhi kemahuan hidup sahajakah? Atau hidup ini ada tujuan yang lainnyakah?

Mungkin ada dikalangan kita tidaklah sehingga ke tahap itu dalam kehidupan. Keinginannya pun hanya yang sederhana-sederhana sahaja. Kemahuan yang ingin di capai pun tidaklah sehingga tinggi dan menghala ke dunia sahaja. Masih berlandaskan akhirat dan mempunyai batas-batasnya.

Tapi saya tidak katakan tentang setinggi mana TAHAP KEMAHUAN kita itu sebaliknya saya ajukan tentang soal KEMAHUAN sahaja. Walau kecil atau besar pun sesuatu yang kita impikan/mahu itu untuk kita capai, ianya tetap adalah satu KEMAHUAN. Tetapi persoalan yang seterusnya, adakah setiap kemahuan kita itu PASTI/ MESTI/ PERLU dan WAJIB kita perolehi?

Kadang-kadang kita berkeinginan untuk mendapatkan cinta contohnya. Kita cinta dan suka pada seorang gadis / cewek ini lalu kita berusaha ke arah itu. Memikatnya, memberinya bunga, memberikan hadiah, membantunya dan sebagainya lalu kita mengharapkan kasihnya juga akan jatuh kepada kita. Tapi sebegitu banyak usaha yang kita laksanakan. Gadis/cewek itu hanya menganggap kita sebagai teman tidak lebih dari itu. Lalu kita kecewa saat kita mengetahuinya.Tapi usaha tidak berhenti di situ sahaja, jika orang yang tidak baik itu diusahakan cara yang tidak baik. Lalu di bomohkan gadis itu agar kelak dapat dikahwinkan. Lalu akhirnya berkahwin juga mereka.

Lalunya akan jadi apa dengan hubungan perkahwinan itu? Bahagia atau kecundang kelak?


Itu jika yang mengusahakan itu orang yang tidak baik, tetapi bagi orang yang baik maka akan di usahakan dengan cara yang baik. Dititipkan dalam doa-doanya seharian akan mereka ini dipertemukan jodohnya. Lalu dalam setiap doa-doanya itu sahaja yang dipohonnya. Tidak ada doa yang lain. Tidak ada doa untuk memohom petunjuk dari ALLAH atau doa kepada kedua ibubapanya atau doa kebaikan kepada seluruh umat manusia. Tidak ada. Yang ada Cuma dititipkan dibibirnya saban hari adalah doa agar diperjodohkan dengan gadis itu. Lalu sudah berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun di pohonnya, maka ALLAH maha menerima permintaan hambanya lalu dikabulkan. Lalunya akan jadi apa dengan hubungan perkahwinan itu? Bahagia atau kecundang kelak?
Itu salah satu daripada contoh fenomena tentang kemahuan oleh manusia yang dirasakan perlu diperolehi. Sama juga jika contoh itu kita letakkan pada fenomena yang lainnya yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian kita.
 
 
Kadang-kadang apa yang kita mahu dan harapkan dalam kehidupan ini tidak terjadi tetapi yang lain pula yang diperoleh. Kita memohon untuk diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk rajin belajar. Tapi saat kita mahu belajar sangat terasa berat pula dan rasa malas menguasai diri. Kita memohon agar lulus peperiksaan tapi saat sudah berusaha tetap gagal juga. Kita memohon untuk jadi kaya, tapi kemiskinan dan kesempitan tetap sahaja membelenggu hidup kita. Kita memohon agar beroleh kerjaya yang baik bagi menampung keluarga tapi saat itu juga sulit untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Maka kita rasa kecewa dengan TUHAN dan merasakan TUHAN tidak adil. NAUZU BILLA HIMINZALIK. Yang lebih teruknya menyalahkan TAKDIR ALLAH dan putus asas dengan rahmat ALLAH. Subhanallah.



MORAL OF THE STORY
Ketahuilah bahawa:

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui”

Surah Al-Baqarah ayat 216
Jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus disadari bahawa mungkin ianya bukan baik untuk kita sebaliknya ALLAH akan menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mahukan.
ketahuilah juga bahawa:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah ayat 186
Maka jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus kita sadar bahawa mungkin kita tidak memenuhi segala perintah ALLAH atau sedang melakukan maksiat kepada ALLAH lalu doa yang kita pohon tidak dimakbulkan / ditangguhkannya.
ketahuilah bahawa sanya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Surah Al-Zumar ayat 39
Seterusnya jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus disadari bahawa kita ini hanyalah seorang hamba yang MEMINTA-MINTA dari Penciptanya, maka terpulang kepada ALLAH untuk memberinya atau tidak. Bukannya pula seorang hamba ini mengarahkan pula penciptanya untuk memberikan apa yang dia kehendaki.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...