Saturday, January 29, 2011

MENDAKI GUNUNG DAN SEBALIK MAKNANYA





Once upon a time, saya dah sahabat-sahabat pergi mendaki Gunung Angsi berhampiran tapak rekreasi Hulu Bendul, Negeri Sembilan. Ini adalah pertama kalinya kami mengendalikan satu program pendakian yang melibat kehadiran sahabat-sahabat, adik-adik dan alumni yang ramai. Sebelum ini aktiviti kami cuma riadah kemudian rehlah kemudiannya explorace selepas itu riadah semula dan kemudiannya rehlah lagi dan kemudian pula explorace. Itulah kebiasanya.

Pendakian Gunung Angsi ini satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang. Mendaki gunung yang cabarannya tidak berkesudahan. Cabarannya menguji kesabaran, menguji semangat dan menguji kedahagaan. Subhanallah.

Secara peribadinya saya katakan, mendaki gunung dan berkhemah ini bukanlah menjadi suatu yang luar biasa bagi saya. Saya menyertai aktiviti berkhemah dan mendaki gunung ini semenjak dari darjah 4 lagi. Bermula dengan perkhemahan main-main di padang sekolah sehingga la mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ke peringkat daerah. Perkhemahan berhampiran Sungai Pisang yang terletak betul-betul di bawah highway Karak. Kemudian mewakili PBSM MALAYSIA ke peringkat Kebangsaan yang di adakan di Hulu Yam. Tidak cukup dengan itu di sekolah menengah, saya masuk KRS. Perkhemahan lagi dan lagi dan lagi. Masuk Universiti pun berkhemah lagi ke Gunung Ledang. Biasalah kalau berkhemah ni, mesti mendaki bukit. Jadi dah terbiasa dengan mendaki, pacat, penat, letih dan apa? Dan kene angkat beg orang lain. Hehe~

Tapi apa yang specialnya dengan Gunung Angsi ni? Apa yang menariknya tentang mendaki di gunung ini adalah cabarannya yang tidak berkesudahan. Mula-mula perjalanan kami mendatar macam gunung-gunung yang lain. Kemudian ada mendaki sikit. Yang tu kira perkara biasa la. Kemudian mendaki lagi. pun dah biasa jugak. Biasalah nama pun mendaki gunung mestilah banyak pendakiannya. Lalu setelah episod mendaki ni saya fikir mesti ada kawasan landai semua sebelum menyambung episod mendaki. Tapi tidak seperti yang dijanjikan. Tak de kawasan landai dan keadaan jalan yang mula-mula luas macam 2 lane kemudian jadi satu lane. Tu pun masih biasa lagi macam gunung-gunung yang sebelum ni saya daki. Daki punya daki punya daki. Bentuk muka bumi semakin tinggi dan sudah ada bentuk-bentuk anak tangga semula jadi pulak.

Sahabat-sahabat menjerit dari bawah, jauh lagi ker?. Yang di atas menyahut dah dekat dah. Jadi yang di bawah jadi bersemangat la tetapi bila sampai ke atas, soalan yang sama di tanyakan lagi “jauh lagi ker?. Yang atas menjawab sikit lagi”. kami rasa lega dan bersemangat. Hampir 1 jam setengah kami pun lalu di tepi anak sungai. jom amik air dekat sini”. Sahabat lain membalas, mesti ada air terjun cantik dekat atas”. Kami jadi teruja dan bersemangat kembali. Akhir sekali nak di pendekkan cerita. Saya kira pertanyaan, jauh ke lagi? tu dah ditanyakan dekat 10 kali dari sungai yang pertama tadi. Tambah best lagi. memang atas gunung tak de sungai dan kami pun ingat nak minum air dekat atas. Bekalan air pun habis dah. Yang perempuan paling kesian. Bukan kami kesian kat mereka, mereka yang kesian kat kami. Dah lembik dah. Pendekkan cerita lagi sampai di atas. Terpandang satu panorama yang sangat indah, “subhanallah” itulah kata-kata pertama yang terkeluar dari mulut saya. Berada di ketinggian atas awan dapat melihat gunung ganang dan awan di bawah. Sungguh cantik penciptaan ALLAH.

Selepas penat mendaki kira-kira 4 jam. Maka, kami makan bekalan yang sempat dibawa sebagai pemberi Tenaga untuk turun 4 jam lagi turun ke bawah. Sebelum turun kami buat halaqah dan kesimpulan ekspedisi pun kami bincangkan.Apa yang anda dapat melalui pendakian ini? masing-masing dengan jawapan tersendiri. “kerjasama”, “tolong menolong”, “ukhuwah”, “tidak tinggalkan sahabat” dan lain-lain lagi. Jadi tiba giliran saya pula untuk mengkonklusikan ekspedisi ini. kenapa kali ini kita buat ekspedisi?

Saya kata “sahabat-sahabat, mari kita ambil makna di sebalik keseluruhan program ini dari mulanya sehingga kita sampai di atas gunung ini. saat sahabat-sahabat diminta datang ketempat program ini.

1. Dalam sms kami ingatkan supaya BAWA MAKANAN cukup-cukup untuk keperluan sendiri sahaja. AMBIL MAKNA dari itu.
Kemudian saat sahabat-sahabat mahu mendaki naik kegunung ini,

2. kami bahagikan sahabat-sahabat kepada KUMPULAN dan diingatkan BAWA MAKANAN secukupnya sahaja untuk AHLI KUMPULAN MASING-MASING dalam 1 beg sahaja untuk memudah pendakian. AMBIL MAKNA dari itu.

Saat itu, makanan yang banyak di bawa dari rumah semuanya di kurangkan dan ditinggalkan. Cuma yang penting-penting sahaja yang sahabat-sahabat bawa.

3. Lalu kita mendaki dengan KESULITAN dan KEPAYAHAN pendakian yang 4 jam ini. AMBIL MAKNA dari itu.

4. Dan terakhir saat sampai dikemuncaknya itu, KEINDAHAN dan NIKMAT sampai di puncak itu di dapatkan. AMBIL MAKNA dari itu.

Jadi APA MAKNA DARI PROGRAM PENDAKIAN INI?
“Sahabat-sabahat, kami ingin bawakan pendakian ini sebagai perumpamaan kepada PERJUANGAN kita. Saya kupas satu persatu, apa yang telah kami cuba bawakan kepada sahabat-sahabat.

1. Awalnya membawa makanan dari rumah itu kita umpamakan sebagai KEUPAYAAN diri kita sendiri. Saat di kampus kita terdorong dan didorang untuk belajar tentang banyak perkara. Belajar untuk berkomunikasi, belajar mentarbiyah, belajar bermesyuarat, belajar berprogram, belajar akademik, pergi ke kelas pengajian ilmu belajar untuk menjadi ketua dan lain-lain lagi.

2. Saat mahu mendaki gunung itu umpama MEDAN / LAPANGAN SEBENAR kelak. Saat KEUPAYAAN diri kita di medan sebenar yang kita akan gabungkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Tapi saat dilapangan sebenar KEUPAYAAN yang ada pada diri kita itu tidak mungkin boleh diguna pakai kesemuanya. Pasti tidak kesemuanya. Jadi itu perlunya kita BERKUMPULAN bila berada di lapang. KEUPAYAAN yang lain saling melengkapi KEUPAYAAN yang tertinggal / tersisa yang masih ada pada diri kita.

3. Dan KEPAYAHAN saat mendaki itu umpama MEHNAH DAN TRIBULASI yang kita pasti akan hadapi. Jika tidak BERKUMPULAN maka sukar untuk kita sampai ke matlamat akhir kita. Di situ nilai UKHUWAH itu perlu dalam perjuangan. Seperti kata mentor saya.

“UKHUWAH PERLUKAN PERJUANGAN, TETAPI PERJUANG TIDAK PERLUKAN UKHUWAH. Jika ukhuwah menghalang perjuang, kita perlu tinggalkan ukhuwah itu.”
4. KEINDAHAN dan NIKMAT itu umpama habuan yang dijanjikan dalam perjuangan ini. sedang kita berniaga dengan tuhan pasti ada ganjarannya. Perjanjian kita dengan ALLAH tentang perniagaan ini. JIHAD.

“Wahai orang-orang yg beriman, hendakkah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu daripada siksa azab yg tidak terperi sakitnya. Iaitulah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta-harta kamu dan nyawa-nyawa kamu, itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya"
(Surah As-Saf: Ayat 10-11)

Jadinya, apa yang perlu kita buat sekarang?
Membina KEUPAYAAN itulah yang kita perlu buat sekarang. Kita tahu kampus adalah MEDAN LATIHAN untuk kita belajar meningkatkan KEUPAYAAN diri kita.

“ It is an add value for us to develop our self not only for the sake of getting a job but also for the MEDAN / LAPANGAN SEBENAR.”
MAKA jangan katakan tidak pada taklifan, jangan katakan malas untuk menyertai program, jangan katakan letih pada pelajaran dan jangan katakan jangan.
Katakan "YA. SAYA BOLEH LAKUKAN". Walaupun kita belum melakukannya. Inilah nilai motivasi imaginasi yang pertama perlu ada pada ummah. Seperti mana kuasa imaginasi Sultan Murad ke-2.
“sultan Murad ke-2 sering memanggil Sultan Muhammad al-fateh dengan gelaran al-fateh atau sang pembuka. Situasi ini menggambarkan hikmah pendidikan si ayah supaya anaknya mencapai cita-cita pada masa hadapan”

(Petikan dari buku KUASA kePIMPINan AL-FATEH)

Sultan Murad ke-2 memotivasi imaginasi Muhammad Al-Fateh untuk menjadikan beliau sebagai seorang yang akan menakluki konstantinopel kelak.

MORAL OF THE STORY
Jika kita tahu di MEDAN SEBENAR, KEUPAYAAN yang ada kelak dari MEDAN LATIHAN pasti akan berkurangan / tidak boleh di aplikasi kesemuanya. maka di MEDAN LATIHAN kita perlu menambah / develop sebanyak mungkin KEUPAYAAN diri. Jika kita ada 10 keupayaan mungkin 4 kita boleh gunakan tapi jika kita hanya ada 4 sahaja berapa yang tinggal?

Wednesday, January 26, 2011

Ukhuwah atau kuah?

Once upon a time, saya duduk dalam satu majlis ilmu di PZ2. “hari ini tajuk kita adalah ukhuwah dan penglibatan dengan kawasan”. Lalu bagi memulakan perbincangan, penceramah memulakan dengan bertanya kepada semua yang hadir Apa yang anda faham tentang ukhuwah?


Lalu masing-masing menerangkan tentang ukhuwah sebagai satu ikatan, tali persaudaran yang terjalin atas dasar aqidah islam dan sebagainya. Lalu sampai giliran saya. “ukhuwah? Setinggi-tinggi tahap ukhuwah adalah melebihkan sahabat / orang lain dari keperluan diri sendiri dan selemah-lemah /rendah ukhuwah adalah berlapang dada”. Penceramah Tanya, “Jadi yang tengah-tengah apa?”. Saya jawab, “yang tengah-tengah cair, jadi kuah”. Lalu semua yang hadir pun terketawa kecil.


UKHUWAH? bagaimana pula pandangan anda tentang makna ukhuwah? Pasti masing-masing ada definasi tersendiri tentang maknanya, kan? Sebab soalan ini berbentuk pendapat bukannya berbentuk fakta jadi terpulang kepada anda untuk mendefinasikannya.


Orang selalu cakap, bila kita berkata. Setiap ucapan yang kita tuturkan itu akan diuji oleh ALLAH SWT. Anda percaya atau tidak dengan perkara tersebut? Pernah terjadi tak kepada diri anda? Maka begitulah juga dengan ukhuwah. Jika kita sering melaung-laungkan ucapan ukhuwah kita dengan kawan-kawan / sahabat-sahabat. “ukhuwah kami mantap”, “ukhuwah Abadan abada”, “ukhuwah ilal jannah” dll. Pastinya kelak ujian pun akan turun menguji ucapan-ucapan yang anda katakan tadi.


Saya ada satu kisah yang nak di kongsi bersama anda yang ada kaitan dengan tajuk kita.


Saya ada seorang sahabat. Beliau sangat baik orangnya, selalu membantu saya bila saya memerlukan bantu. Kami dulunya duduk dalam satu organisasi dan unit yang sama. Kami sering brainstorming secara berkumpulan dan selalu bermesyuarat dalam membuat sebarang keputusan dalam gerak kerja di kampus. Tapi yang menariknya tentang sahabat ini adalah sifatnya yang sangat suka membantu. Dalam keadaan beliau busy ke atau tidak, bila saya message Salam. nak mintak tolong boleh tak? Beliau pasti akan balas boleh. Nak mintak tolong apa?. tapi bila saya tahu dari sahabat-sahabat lain bahawa beliau dalam keadaan bersedih hati tentang peperiksaannya, tentang masalah keluarganya atau kadang-kadang masalah kewangan, beliau tetap akan cakap "boleh. Ada apa yang boleh di bantu?".


Lalu satu hari saya cuba bertanya kepada beliau.kenapa bila saya mintak tolong, tapi dalam masa yang sama awak ada masalah tapi still boleh tersenyum dan kata boleh”. Beliau jawab, jika nak fikirkan masalah yang kita hadapi ini pasti takkan berakhir jadi jika orang mintak tolong kita tolong je la sebab sebenarnya pertolongan yang kita buat tu bukan dari kita tetapi datangnya dari bantuan ALLAH dan kita cuma sekadar asebab / perantaraan sahaja


Beliau juga pernah bagitau saya kadang-kadang bila kita menginginkan kesenangan, maka kesusahan yang datang. Bila kita mahu kekuatan, maka dugaan yang menimpa. Bila kita mahu bersabar, tekanan yang datang pula. Kerana apa? Dengan kesusahan itulah yang mengajarkan untuk menjadi senang. Dengan dugaan itulah kelak akan menjadikan kita seorang yang kuat dan dengan tekanan itulah akan mendidik kita menjadi seorang yang penyabar.


Sehingga kini kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya. Walaupun beliau telah meninggalkan saya dan sahabat-sahabat yang lain buat selama-lamanya. Masih terngiang kata-kata yang beliau yang sering beliau ucapkan di sepanjang pengenalan kami, “ukhwah itu tidak semestinya bersama”.


MORAL OF THE STORY


Ukhuwah itu bukan sesuatu yang teoritikal. Bukannya perlu dilaungkan untuk membuktikannya sebaliknya perlu dipupuk & diusahakan untuk dirasai. Jika masih belum teras kemanisannya ia bermakna belum cukup berusaha.



Al-Fatihah....


buat mu teman yang tiada gantinya.

Saturday, January 22, 2011

"A'int matter how fast i get there, a'int matter what's waiting on the other side..."
kehidupan harus diteruskan, mati itu pasti dan hidup itu?
hidup itu? INSYAALLAH..


"Berusahalah kamu seperti mana kamu akan hidup untuk selama-lamanya. dan beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari."

"smoga ALLAH sentiasa memayungimu dengan rahmatnya, sentiasa mengampuni segala dosa yang lalu, selalu memberikan petunjuk & memandu langkahmu ke arah kebaikan, memberikanmu kekuatan untuk terus berjuang.

selamat hari lahir ke-23

masa yang berlalu tidak akan berulang. tetapi masa yang datang adalah peluang."

Wednesday, January 19, 2011

HAMBA MEMBERI ARAHAN KEPADA TUANNYA?





Once upon a time, saya duduk di hadapan laptop. Hmm.. saya duduk atas kerusi tapi berhadapan dengan laptop saya. Laptop tu atas meja, bukan atas peha saya. Sambil mendengar dendangan lagu-lagu nasyid. Tiba-tiba terbaca satu statement kite slalu dpt ape yg kite tanak dlm hidup. oh..mungkin itu yg terbaek!"

Saya ingin membawa anda pada satu kisah perbualan saya dengan seorang teman tentang kemahuan dan keinginan dalam kehidupan dunia.

Me: lepas ko kerja nanti ko nak beli apa?
Dia: aku nak beli R1 dowww. Aku idam-idamkan sangat. Ko nak beli apa?
Me: aku nak beli myvi je. Jimat minyak.
Dia: apa barang la myvi ni! Tapi tu kalau ko baru lepas kerja. Kalu ko dah ada duit banyak ko nak beli apa?
Me: entah la. Aku nak bagi bini aku kereta JAZZ. Macam cute je. Hehe~
Dia: aku nak beli alphard. Nak anak ramaikan. HAHAHA.
Me: oh! Alphad tu aku dah beli time tu buat gi masjid je.
Dia: peeehh! Gi masjid naik alphad. Tak nak kalah ko nie. Hehe~. Pastu ko jalan-jalan dengan family naik apa?
Me: mungkin naik Honda stream kot. Haha~. Ko?
Dia: stream tak laju. Aku nak skyline and Subaru impreza.
Me: hehe~. Ko minat keta sport ye? Dah keta-keta canggih-canggih ni bawak gi tempat lain, ko gi kerja naik apa?
Dia: naik LC aku ni je sudah la. Yang lain bagi bini pakai la. Ko?
Me: bawak myvi je la…

Lalu kami pun ketawa sambil berguling-guling atas motor LC. Bercerita tentang dunia seketika, sambil berketayap & berkain sarung on the way nak ke surau desa vista solat maghrib.

Kita selalu ingin mencapai semua keinginan hidup kita. Dari sekecil-kecil kemahuan sehinggalah sebesar-sebesarnya. Kita sering mahu dan terus mahu dalam kehidupan ini.
Jika kita muda, kita mahu belajar masuk hingga ke asrama penuh. Selepas telah masuk ke asrama penuh, kita mahu pula Berjaya sampai masuk ke universiti. Lalu setelah masuk ke universiti melanjutkan diploma, seterusnya mahu melanjutkan ke degree, master dan Phd. Justeru itu apa lagi? Mahu punyai kereta sendiri. mulanya satu buah kereta kemudiannya 3 buah pula. Kemudian punyai rumah, mahu rumah 1 tinggal mulanya dan di sewa bersama pasangan suami isteri. Kemudian mahu rumahnya sendiri. lalu tidak cukup dengan 2 tingkat, mahu rumah yang sebuah tidak bersambung dengan kejiranan. Lalu lagi mahu rumahnya di atas bukit tinggi dan mahu tinggi lagi pangkat serta jawatannya dari orang lain hingga bekerja siang malamnya untuk memenuhi hajat dan kemahuan di hati semata-mata.

Emangnya hidup manusia ini mahu penuh dihabiskan untuk memenuhi kemahuan hidup sahajakah? Atau hidup ini ada tujuan yang lainnyakah?

Mungkin ada dikalangan kita tidaklah sehingga ke tahap itu dalam kehidupan. Keinginannya pun hanya yang sederhana-sederhana sahaja. Kemahuan yang ingin di capai pun tidaklah sehingga tinggi dan menghala ke dunia sahaja. Masih berlandaskan akhirat dan mempunyai batas-batasnya.

Tapi saya tidak katakan tentang setinggi mana TAHAP KEMAHUAN kita itu sebaliknya saya ajukan tentang soal KEMAHUAN sahaja. Walau kecil atau besar pun sesuatu yang kita impikan/mahu itu untuk kita capai, ianya tetap adalah satu KEMAHUAN. Tetapi persoalan yang seterusnya, adakah setiap kemahuan kita itu PASTI/ MESTI/ PERLU dan WAJIB kita perolehi?

Kadang-kadang kita berkeinginan untuk mendapatkan cinta contohnya. Kita cinta dan suka pada seorang gadis / cewek ini lalu kita berusaha ke arah itu. Memikatnya, memberinya bunga, memberikan hadiah, membantunya dan sebagainya lalu kita mengharapkan kasihnya juga akan jatuh kepada kita. Tapi sebegitu banyak usaha yang kita laksanakan. Gadis/cewek itu hanya menganggap kita sebagai teman tidak lebih dari itu. Lalu kita kecewa saat kita mengetahuinya.Tapi usaha tidak berhenti di situ sahaja, jika orang yang tidak baik itu diusahakan cara yang tidak baik. Lalu di bomohkan gadis itu agar kelak dapat dikahwinkan. Lalu akhirnya berkahwin juga mereka.

Lalunya akan jadi apa dengan hubungan perkahwinan itu? Bahagia atau kecundang kelak?


Itu jika yang mengusahakan itu orang yang tidak baik, tetapi bagi orang yang baik maka akan di usahakan dengan cara yang baik. Dititipkan dalam doa-doanya seharian akan mereka ini dipertemukan jodohnya. Lalu dalam setiap doa-doanya itu sahaja yang dipohonnya. Tidak ada doa yang lain. Tidak ada doa untuk memohom petunjuk dari ALLAH atau doa kepada kedua ibubapanya atau doa kebaikan kepada seluruh umat manusia. Tidak ada. Yang ada Cuma dititipkan dibibirnya saban hari adalah doa agar diperjodohkan dengan gadis itu. Lalu sudah berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun di pohonnya, maka ALLAH maha menerima permintaan hambanya lalu dikabulkan. Lalunya akan jadi apa dengan hubungan perkahwinan itu? Bahagia atau kecundang kelak?
Itu salah satu daripada contoh fenomena tentang kemahuan oleh manusia yang dirasakan perlu diperolehi. Sama juga jika contoh itu kita letakkan pada fenomena yang lainnya yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian kita.
 
 
Kadang-kadang apa yang kita mahu dan harapkan dalam kehidupan ini tidak terjadi tetapi yang lain pula yang diperoleh. Kita memohon untuk diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk rajin belajar. Tapi saat kita mahu belajar sangat terasa berat pula dan rasa malas menguasai diri. Kita memohon agar lulus peperiksaan tapi saat sudah berusaha tetap gagal juga. Kita memohon untuk jadi kaya, tapi kemiskinan dan kesempitan tetap sahaja membelenggu hidup kita. Kita memohon agar beroleh kerjaya yang baik bagi menampung keluarga tapi saat itu juga sulit untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Maka kita rasa kecewa dengan TUHAN dan merasakan TUHAN tidak adil. NAUZU BILLA HIMINZALIK. Yang lebih teruknya menyalahkan TAKDIR ALLAH dan putus asas dengan rahmat ALLAH. Subhanallah.



MORAL OF THE STORY
Ketahuilah bahawa:

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui”

Surah Al-Baqarah ayat 216
Jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus disadari bahawa mungkin ianya bukan baik untuk kita sebaliknya ALLAH akan menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mahukan.
ketahuilah juga bahawa:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah ayat 186
Maka jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus kita sadar bahawa mungkin kita tidak memenuhi segala perintah ALLAH atau sedang melakukan maksiat kepada ALLAH lalu doa yang kita pohon tidak dimakbulkan / ditangguhkannya.
ketahuilah bahawa sanya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Surah Al-Zumar ayat 39
Seterusnya jika apa yang kita minta itu tidak kita perolehi maka harus disadari bahawa kita ini hanyalah seorang hamba yang MEMINTA-MINTA dari Penciptanya, maka terpulang kepada ALLAH untuk memberinya atau tidak. Bukannya pula seorang hamba ini mengarahkan pula penciptanya untuk memberikan apa yang dia kehendaki.

Monday, January 17, 2011

Lucifer = iblis = dajjal adalah sama?

kita sering mendengar nama LUCIFER disebut2 dlm drama (supernatural), film dll. tahukan anda LUCIFER dikenali sebagai "fallen angel" merujukan kepada Isaiah 14:3–20.

Kenapa angel? Adakah LUCIFER adalah malaikat? Sedangkan dia kini juga dikenali sebagai DEVIL? Pasti anda kenal dengan makhluk yang tidak mahu sujud pada adam di atas kesombongannya?

"It is We Who created you and gave you shape; then We bade the angels prostrate to Adam, and they prostrate; not so Iblis; He refused to be of those who prostrate."

(Allah) said: "What prevented thee from prostrating when I commanded thee?" He said: "I am better than he: Thou didst create me from fire, and him from clay."

Qur'an 7:11–12

Pasti pula anda pernah mendengar bahawa adam dan hawa digoda untuk memakan buah dari pokok terlarang? Ianya adalah sirah yang kita pelajar dan ketahui. Kerana kisah2 ini merujuk pada makhluk ciptaan ALLAH SWT yang sama. LUCIFER adalah IBLIS. IBLIS pula adalah awalnya dicipta sebagai ketua malaikat sebelum ia dihumban JATUH oleh ALLAH ke bumi. Dari situ datangnya istilah "fallen angel".

Sebelum di JATUHKAN ke bumi, inilah perjanjiannya dengan ALLAH.

“iblis kemudian mendakwa bahawa jika hukuman atas tindakan itu ketidaktaatan harus ditunda sampai hari kiamat, bahawa ia akan mengalihkan banyak keturunan sendiri Adam dari jalan yang lurus selama tempoh nya tangguh. [17] Allah menerima tuntutan Iblis dan jaminan ganjaran untuk Iblis dan para pengikutnya dalam bentuk neraka. Untuk menguji manusia dan jin sama, Allah membenarkan Iblis untuk menjelajahi bumi untuk berusaha mengubah orang lain jauh dari jalan-Nya. [18].

tapi akhir-akhir ini iblis seperti tidak kedengaran kisahnya, cuma yang biasa kita dengar tentang godaan syaitan dan sejumlah syaitan yang banyak jumlahnya dan tugasan-tugasannya. Siapakah syaitan? Dari mana syaitan ini muncul dalam kesah hidup kita?

“Because he contrived "to make his throne higher than the clouds over the earth and resemble 'My power' on high", Satan-Sataniel was hurled down, with his HOSTS OF ANGELS, and since then, he has been flying in the air continually above the abyss.[4]"

Syaitan bukanlah iblis/lucifer. Jika lucifer adalah ketua malaikat pasti ketua ada pengikutnya dikalangan malaikat berpangkat rendah. Maka itulah syaitan. Pengikut bawahan kepada lucifer yang mengarahkan syaitan untuk menggoda manusia sehingga ke hari kiamat.

Jadi sehingga akhir zaman? Kita sedar dan perlu disedarkan bahawa kita adalah ummat akhir zaman yang sedang berada di fasa ke lima usia alam semestar ini. Yang MUNGKIN fasa keempat itu akan berakhir pada desember 2012 dan memasuhi HURU HARA 2013.

*HURU HARA 2013
Tahun 2012 & 2013. kita sering dimomokkan dengan krisis NEW WORLD ORDER, kelumpuhan sistem perkomputeran dunia / semua alatan elektronik akibat medan magnet yang terhasil mungkin menerusi NIBULAR yang merentasi bumi / menghentam bumi atau radiasi matahari yang akan makin aktif. MUNGKIN saja akan berlaku. tiada siapa lebih mengetahui melainkan ALLAH.

*maklumat tambahan. Pada tahun 2012-2013 akan lalu 1 komet naibiru lalu menghampiri bumi, selepas itu akan ada 3 tempat terjadinya malapetaka yg amat dahsyat,1 di timur,1 di barat dan 1 di semenanjung arab yg melumpuhkan semua teknologi manusia dan 2/3 manusia akan mati. Kemudian itu bumi akan diselaputi asap tebal selama 40 hari yang gelap gelita. Selepas itu barulah akan munculnya iman mahadi. Selang 7 tahun, muncul pula DAJJAL diikuti dengan nabi isa. DAJJAL akan mati dengan mata pedang nabi isa.

dimana kisah lucifer ini pergi? Adakah dia sudah mati? Atau dia sudah lupa tentang janjinya pada ALLAH? Pasti dia tidak pernah lupa, tapi kita manusia yang sudah lupa, sedang dilupakan dan diusahakan oleh SEGOLONGAN manusia ini supaya kita lupa tentang lucifer dan kisah perjanjian itu.

Sapa SEGOLONGAN ini? Apa kaitan mereka dengan lucifer? Kenapa mereka ingin MELALAIKAN manusia? SEGOLONGAN ini adalah PENYEMBAH IBLIS. Siapa mereka anda pasti kenal. Anda pernah mendengar tentang ILLUMINATI? FREEMASON? ZIONIS? PUAK KONSPIRASI? Dan NEW WORLD ORDER? Merekalah kaum pagan yang terdiri dari kaum yahudi laknatullah. Konspirasi mereka menyediakan persiapan dunia untuk menunggu turunnya DAJJAL.

*ILLUMINATI
Bila kita lalai maka mudahlah DAJJAL ini menguasai kita. Mereka yang lemah imannya pada saat DAJJAL itu tiba akan menjadi KAFIR. DAJJAL ini akan berada di dunia ini dalam masa 40. 1 hari pertama panjangnya 1 tahun. Hari kedua panjangnya 1 bulan. Hari ketiga panjangnya 1minggu dan hari berikutnya sama seperti hari2 biasa. DAJJAL ini akan pergi kesetiap pelusuk daerah /kampung. Siapa yang tidak beriman dengannya (menyertainya/menjadi kafir) seluruh tananam dan sumber air / hujan tidak akan turun di kawasan tersebut. Sebaliknya akan berlaku jika daerah tersebut beriman denganya.

ADAKAH PADA KETIKA ITU TAHAP KEIMANAN KITA TIDAK TERGONCANG? Sedangkan sekarang sudah cukup buktinya ummat islam hari ini hanya tinggal pada NAMA. Tidak solat, masjid indah tetapi tidak diemarahkan, pergaulan bebas, couple, cinta hingga membawa kepada anak luar nikah, kondom menjadi dinding keimanan, lagu menjadi siulan, penyanyai adalah idola, pemimpin adalah dikalangan orang yang paling hina dalam masyarakat, ulamat dihina dan dipersenda, hukum islam diperlecehkan, anak menjadi tuan kepada ibunya, al-quran sebagai hantaran / perhiasan rumah dan dinding, majlis-majlis agama sepi dari kunjungan, pemimpin ditakuti kerana kezalimannya dan lain-lain.

Tempat yang tidak didatangi DAJJAL adalah MAKKAH dan MADINAH. Kerana dikawal oleh malaikat. Tetapi sedang DAJJAL berada dipinggiran madinah kerana tidak mampu masuk kedalam tempat suci tersebut, dia menghentak lalu berlaku gempa sebanyak 3 kali. Semua orang-orang munafik di dalam madinah SEPERTI CACING KEPANASAN dan keluar dari madinah mendapatkan ketua mereka iaitu DAJJAL. Ketika itulah istilah MADINAH DISUCIKAN.

Lalu bila manusia sudah lalai dan menjadi kafir atas tipu daya DAJJAL dan kelemahan iman kita, makanya kafir itu kemana hala tujunya. Kesyurga atau neraka? Pastinya NERAKA. MAKA jika DAJJAL ini bagaikan mencari manusia diseluruh daerah dan kampung di muka bumi ini untuk dikafirkan / dibawa masuk sama kedalam neraka. Makannya apa? Tidakkah sama tujuan IBLIS turun kebumi adalah untuk menyesatkan manusia dalam perjanjinya dengan ALLAH?

Nauzubillah himin zalik.

LUCIFER itu adalah IBLIS. Adakah IBLIS itu adalah DAJJAL? Dan semua ketipuan yang kita ikuti tentang cintanya kita pada harta (emas/duit , kereta, rumah, anak pinak), dunia, hiburan (lagu, artis sebagai idola, porno), tari menari (tv, internet, hp), rasuah, kekejaman (terhadap orang bawahan), penindasan (terhadap orang miskin, orang yang lemah) dan kelemahan iman (tinggal masjid, tinggal solat, hukum ALLAH ditolak digantikan dengan hukum manusia) oleh sayap-sayap PENYEMBAH IBLIS iaitu perfileman barat, makanan dengan trangetik, ayam suntik, bank dunia, BPP (kononnya pembela kepada dunia) dan semua elemen mind control mereka sudah kita hadami dan menjadi sebahagian dari darah daging kita yang tidak boleh lagi kita elakkannya.

*MAKANAN
MORAL OF THE STORY
Maka saudara-saudara ku? mengucaplah. Jika bukan 2012 atau 2013 atau bila-bila pun tarik fenomena ini akan berlaku. Adakah hingga mahu IMAM MAHDI muncul baru kita ingin menyedari? Adakah mahu hingga ARMAGADDON berlaku di depan mata baru kita mahu percaya bahawa kata-kata ALLAH itu benar. Adakah sehingga NABI ISA turut baru kita mahu beriman dan meningkatkkan keimanan? Jika bukan hari ini untuk kita tinggalkan kecintaan kita pada hiburan, film, wayang, tari menari, couple, merempit, bersukan yang melampau, pergaulan bebas? Bila lagi kita mahu BERUBAH? Adakah sehingga YA’JUD DAN MA’JUD muncul baru keimanan itu mahu kita bina? Atau tidakkah kita terasa ingin berbai’ah dengan al-mahdi? Menjadi pendokong kepada kebangkitan islam kelak?

Itulah yang dilaungkan oleh rakyat palestine... islam pasti gemilang, baitul ma’dis akan jadi milik kita. Atau kita mahu tunggu dan biarkan takdir menetukan segalanya.

Ingatlah ummat akhir zaman. Pengakhiran hidup kita cuma ada syurga dan neraka. Tidak ada pertengahan/tidak ada istilah lalang atau katak yang melompat. Tiada ada istilah “ya atau tidak”. “atau”. Ini bukan gurauan, ini realiti. Jika kita tidak berubah untuk kembali menerima islam dan seluruh sistem islam yang membawa kepada kehambaan kita kepada PENCINTA kita. Maka betullah dalam kisah-kisah pada akhir zaman yang menyabut. “kelak ummat akhir zaman tidak sedar yang mereka ada pada akhir zaman dan mereka tidak pula berbuat apa-apa

Jika tidak berubah kepada islam dan meningkatkkan iman kepada ALLAH. Jika kita ditakdirkan untuk berada pada zaman DAJJAL itu muncul, mahukan kita mengimaninnya (menjadi kafir?)

YAHUDI memang sedang membunuh kita DENGAN MAKANAN harian kita

Codex and Nutricide’, Dr. Rima Laibow dari Natural Solutions Foundation di National Association of Nutrition Professional (NANP- 2005 Conference) rujukan http://www.healthfreedomusa.org/ mengatakan, “…mereka yang menguasai makanan akan menguasai dunia… Mereka telah mengatakan pada tahun 1962 bahwa Proyek Codex Alimentarius secara global akan diimplementasikan pada 31 Desember 2009. Ini merupakan semacam cetak biru. Proyek Dunia ini diarahkan oleh WHO dan FAO, dua lembaga dunia di bawah PBB yang membidangi masalah kesihatan dan pangan...”

Dalam ceramahnya, Dr. Laibow tiba-tiba menyuruh para hadirin untuk diam dan mengencangkan ikat pinggang. Dia kemudian berkata, “Di tahun 1994, diam-diam, tanpa sepengetahuan masyarakat luas Amerika, Codex menyatakan bahwa Gizi adalah racun, yang berarti berbahaya dan harus dihindari. Di bawah ketentuan Codex, semua sapi perah di muka bumi ini WAJIB diinjeksi dengan hormon pertumbuhan yang diproduksi oleh satu-satunya perusahaan yakni Monsanto. Dan lebih jauh lagi, semua haiwan ternak yang digunakan sebagai bahan makanan di planet ini harus disusupkan bahan anti biotik
khusus dan hormon pertumbuhan buatan.”

Dr. Laibow melanjutkan, “Menurut perhitungan WHO dan FAO, jika proyek mereka ini terus berjalan tanpa hambatan berarti, WHO dan FAO memproyeksikan—ini terdapat dalam panduan mineral dan vitamin mereka—ketika diimplementasikan pada 31 Desember 2009, maka akan berdampak pada minimum kematian sekitar 3 miliar jiwa. Satu miliar lewat kematian secara langsung, mereka ini adalah orang-orang yang gagal di mata para korporasi dunia dan sisanya, 2 miliar jiwa, akan menemui kematian akibat penyakit yang sesungguhnya bisa dicegah, yakni kurang gizi.”

Lantas, siapa yang akan tetap hidup—dalam bahasa Darwin, “Survival of the fittest”? Dr. Laibow berkata,“Hanya mereka yang kaya, yang mampu menyuplai gizi dan vitamin dalam makanan mereka yang akan tetap bisa hidup.”

Kecemasan Dr. Laibow bukanlah kecemasan seorang awam. Ada banyak Laibow-Laibow lain seperti itu disebabkan fakta dan bukti yang sukar dibantah mengenai hal tersebut. PBB sendiri telah mengeluarkan lusinan dokumen resmi yang meminta pengurangan populasi dunia hingga 80%-nya. Salah satunya di dalam Konferensi Perempuan Sedunia di Beizing (1997), di mana Kepala FAO dengan tegas menyatakan,“Kami akan menggunakan makanan sebagai senjata melawan masyarakat.”

Dengan kata lain, PBB dalam hal ini lewat FAO dan WHO akan mempergunakan makanan, termasuk bahan-bahan yang akan masuk ke dalam tubuh manusia, sebagai bagian dari senjata ampuh yang besar dan kompleks, bernama “Kontrol Populasi”. Digunakan untuk mengurangi jumlah populasi dunia, seperti yang diamanatkan kaum Pagan Kuno berabad silam.

MORAL OF THE STORY

trnyata bird flu / H5NI / H1N1 / AIDS adlh snjata kaum pagan (yahudi laknatullah) untuk MEMBUNUH smua bangsa (terutama negara2 mmbangun / miskin) bgi mncapai cita-cita NWO mrka.

DR. Siti Fadhillah Supari adlh Menteri Kesehatan Republik Indon...esia Tahun 2004-2009, Buku Menkes yang berjudul “Saatnya Dunia Berubah! Tangan Tuhan di Balik Virus Flu Burung” mndpt tknn dri Ngra-ngra Brt dan WHO, krna isinya dianggap tlh menyinggung atau menyrang kpntingan Ngra-ngra Brt, edisi dlm Bhsa Inggrisnya yang 1.000 eksemplar diisukan harus ditrik dari peredaran (kenyataannya buku tersebut telah laris dan tak jadi ditarik).

Pagan mencipta virus (bird flu) dengan kecerdikan / teknologi yg mereka miliki lalu menghasilkan penawarnya (tamiflu) yg mana mereka juga yang menciptanya. Lalu dbuat dlm kuantiti limit & hanya mampu / dibeli oleh Negara maju yg tidak trsrang pn oleh virus2 trsbut. Cuma dibeli krna takut pdhal negara2 miskin / mmbanguni ini yg ‘dihntar’ virus trsbt. Akhirnya ramai yg mati.

US : kami dh sediakan penawarnya, kamu yg lambat. Nasib la, sape cepat dia dapat.
Pagan: HAHAHA!!! Ramai mati maka populasi akan berkurang.. menuju 500juta manusia shja didunia.

inilah dia THE ILLUMINATRIX; sang pembawa cahaya laknatullah



Rotschild menunjuk Weishaupt untuk membentuk dan memimpin sebuah sekte mistik kuno Bavaria bernama Illuminati (Yang Tercerahkan, kaum gnostis sendiri menyebut Maria Magdalena sebagai The Illuminatrix). Illuminati merupakan sekte Luciferian (iblis) yang memiliki arti Sang Pembawa Cahaya.


keahlian Illuminati adalah dalam seni menipu dan memanipulasi, yang memanjakan dan menggerakan mimpi-mimpi orang-orang lugu dan memprovokasi serta mengarahkan mimpi-mimpi orang fanatic dengan memuji-muji dan mendongkrak keangkuhan serta kesomboingan intelektualitas mereka. Illuminati mempermainkan ketidakseimbangan otak manusia, dengan mendorong ambisi dan nafsu kekuasaan serta memandang rendah idealisme dan nilai-nilai luhur. Syahwat kekuasaan merupakan mainan utama dari Illuminati sejak dulu hingga millennium ketiga ini. Siapa pun yang terpengaruh akan provokasinya, secara sadar atau tidak, telah menjadi pelayan bagi kelompok pemuja setan.


Itulah dia MIND CONTROL.
1. Mind
2. Heart
3. Soul


Tujuan utama Illuminati adalah untuk kekuasaan dan kekayaan. Mereka memiliki tujuan untuk menguasai seluruh dunia dan seluruh umat manusia dengan jalan menghancurkan pemerintahan yang religius maupun yang sekuler. Illuminati akan bertahta dalam satu tatanan dunia yang sama sekali baru yang dinamakan sebagai The New World Order.


.

Thursday, January 13, 2011

ikhlas atau e-class?


One upon a time, ketika sedang saya kusyuk memandu dijalanan kemudian suatu suara menyapa lembut di cuping telinga saya lalu bertanya,


DIA: nak ke mana ni?
AKU: ada program
DIA: program apa?
AKU: jadi fasilitator
DIA: mereka bagi elaun ke?
AKU: Tak bagi pun
DIA: jadi? Pergi sebab apa?
AKU: …hmm..
DIA: ikhlas?
AKU: …hmm..
DIA: Mana ada dalam dunia ni buat tanpa ada sebab dan ganjaran. Ikhlas dah tak wujud lagi dah”


Persoalan IKHLAS? Persoalan yang biasa tetapi ianya luar biasa untuk diperjelaskan. Adakah anda ikhlas dalam perbuatan anda sehari-hari? Ikhlaskah anda saat anda berjalan ke dewan kuliah, atau adakah anda ikhlas saat bersiap siaga ke kelas untuk mengajar atau adakah anda ikhlas saat ini membaca article ini?


Ha! Pastinya anda jadi kaget memikirkan bagaimana persoalan ikhlas itu harus timbul dalam diri kita saat apa pun yang kita lakukan. Tapi eroninya mudah pula bila kita berkata tentang soal keikhlasan. Apa bila persoalan itu kita lemparkan terhadap orang lain berbanding mempersoalan kewujudan ikhlasnya itu dalam diri kita sendiri.


Mari saya bawa anda kepada beberapa contoh yang mudah.


Sedang anda duduk di hadapan kaca tv, melihat berita lalu tertonton upacara sumbangan / derma kepada badan kebajikan. Ditulis besar perkataannya SUMBANGAN IKHLAS dari NGO. Lalu terjengah di hati anda. Ikhlaskah mereka ini? kalu ikhlas, kenapa perlu ditunjuk / dikhabarkan?


ketika dalam satu majlis jamuan makan malam organisasi tempat kerja anda diadakan. Lalu terselit diakhir ucapan presiden itu “saya dengan ikhlasnya menyumbangkan RM10,000.00 kepada unit kesihatan untuk membiayai kos perubatan kakitangan yang kesulitan kewangan saat kesakitan. Lalu jengah lagi dibenak hati anda. “ikhlaskah dia? Kenapa perlu dikhabarkan pada orang ramai?’


Maka saat persoalan-persoalan itu timbul di hati kita, saat itu apa pula sumbangan yang telah kita lakukan? Sedangkan menyumbang pun tidak malahnya mempersoalkan pula keikhlasan orang lain? Bagaimana kita tahu sama ada mereka itu ikhlas atau sebaliknya? Adakah kita ada satu indicator atau gajet yang boleh menilai tahap keikhlasan manusia?

Dalam situasai diatas. memberikan sumbang itu satu hal dan memberikan sumbangan itu dengan ikhlas juga satu hal yang lain. Makanya ada 2 hal yang terlah berlaku di sini. Emangnya kita dimana saat persoalan ikhlas itu timbul di hati kita? Telah memberikan sumbangkah? Atau ikhlas? Atau tidak berbuat apa-apa pun cumanya mempersoalankan keikhlasan orang lain sahaja? Atau anda sebenarnya E-CLASS.



Atau saat kelak anda di posisi mereka, gi mana pula keadaan anda? Barang kali saat anda menjadi presiden organisasi, lalu mahu menyumbangkan wang maka kiranya anda pun akan berkelakuan sama. Atau mungkin menggunakan KAD BESAR bertulis sama juga DERMA IKHLAS. Atau bagaimana?Hmmm….kita sorotkan kembali persoalan ikhlas ini dari 2 sudut pandangan. Yang pertama adalah sudut pandang kita terhadap orang lain. Kedua adalah sudut pandang orang terhadap kita.
Berbuat apa pun dalam kehidupan ini sama ada perbuatan & percakapan serta lain-lainnya itu untuk diri kita atau kita salurkan kepada orang lain, pokoknya perlu ikhlas. Tapi sampai kini, kita tidak biasa tahu gi mana caranya untuk mengetahui apa yang kita atau orang lain lakukan itu ikhlas atau sebaliknya. Cumanya ada guideline-guideline tertentu sahaja yg kita ketahui tetapi masih bias belum cukup kuat untuk menyatakan bukti keikhlasan itu.


Jadinya anda ingin tahu bagaimana caranya ingin ikhlas dalam perbuatan dan tindak tanduk yang anda lakukan? Saya tahu bagaimana caranya. Tapi caranya bukanlah yang terbaik untuk anda lakukan tetapi sekadar apa yang boleh saya lakukan.


i. lakukan perbuatan tersebut terlebih dahulu
ii. Perbetulkan / perbaharui niat sebelum, semasa dan setelah melakukan perbuatan tersebut
iii. Hilangkan persepsi negative terhadap orang lain terhadap perbuatan anda
iv. Kemudian berserah kepada ALLAH swt


Makanya bila anda melakukan sesuatu perbuatan itu jangan bertanya tentang keikhlas pada diri anda. Jangan bertanya apakah pandangan orang lain terhadap perbuatan anda. Jangan mencipta perbuatan itu agar terlihat ikhlas di mata orang lain.


Kerana:


Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar:

“Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat
dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….


MORAL OF THE STORY


Buat dahulu dan berserah. Jangan menilai dan jangan berpersepsi negative. Ianya hanya akan memudaratkan perbuatan yang pada mulanya anda mulakan dengan niat yang baik.
Nilaian tahap keikhlasan kita bukan dari kaca mata manusia tetapi ALLAH SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...