Friday, December 30, 2011

Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa


…." Sesungguhnya kamu Musa sekali kali tidak sanggup SABAR bersama ku. Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai PENGETAHUAN yang cukup tentang hal itu."

Musa pun menjawab,

" Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan tidak akan menentang kamu dalam sesuatu urusanpun"

Kemudian Nabi Musa bertanya,

" Kalau aku sanggup mengikuti kamu, apakah persyaratannya ?"

Dan dijawab oleh Nabi Khidir,

"Jika kamu mengikuti ku maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."

Lalu dipendekkan kisahnya terjadilah beberapa perisitiwa aneh di kaca mata Nabi Musa tentang perbuatan yang dibuat oleh Nabi Khidir. Pertamanya Nabi Khidir membocorkan Perahu. Kedua dibunuhnya seorang anak kecil oleh Nabi Khidir. Terakhirnya, Nabi Khidir mendirikan temboh yang hampir runtuh pada sebuah rumah di perkampungan yang masyarakatnya tidak prihatin.

Di setiap peristiwa yang terjadi itu Nabi Musa mengingkari pada syarat yang telah mereka persetujukan iaitu tidak boleh bertanya apa pun hal yang dilakukan oleh Nabi Khidir.

Akhirnya Nabi Khidir berkata,

" Musa…! Saat inilah waktu kita pisah ( antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ) dan sebelum pisah dengan anda akan saya ceritakan apa yang menjadi rahsia semuanya dari apa yang saya lakukan tadi. Dan akan saya ceritakan yang menjadikan kamu tidak bisa bersabar".
(Al Kahfi 78).

Lalu diterangkan satu persatu hal-hal aneh yang telah diperbuat oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini? Pasti banyak bukan. Tapi secara keseluruhannya kita boleh mendapatkan 2 isi penting yang begitu jelas dapat diperhatikan pada kisah ini iaitu :

1. SYARAT / PERJANJIAN.
2. SABAR

Kita ambil method/kaedah mudah memahaminya dengan meletakkan peristiwa yang benar-benar terjadi pada diri kita. Kita sama-sama menyelusuri kisah ini agar kita dapat mengambil makna dari apa yang ALLAH SWT sedang ajarkan kepada kita.

Saya contohkan anda sebagai seorang usahawan muda. Cuba bayangkan di usia muda anda sudah bercita-cita tinggi untuk mendirikan sebuah perusahaan sendiri. Pasti banyak perkara yang perlu dilalui, bukan?

Anda mahu mendirikan satu perusahaan/perniagaan dan perbelanjaannya besar. Lalu anda memerlukan rakan kongsi untuk menjayakan perusahaan itu bersama. Anda mengambil masa yang agak panjang untuk meneliti/mencari rakan kongsi yang betul-betul secocok dengan anda.

Setelah ketemu dengan rakan kongsi itu lalu di sana bermula PERJANJIAN anda. Lalu sama-sama antara anda dan rakan kongsinya menyatukan misi dan visi perusahaan agar sama hala tujunya. Lalu direncanakan plan-plan dan langkah-langkahnya. Satu persatu diperhatikan. Saat itu anda begitu yakin akan hal tuju itu dan yang pastinya langkah-langkah yang telah diputuskan bersama juga dirasakan mampu ditempuhi dan dilalui walaupun terkadang terasa jauh lagi.

Tetapi satu hal yang terdalam dari hati anda dan rakan kongsinya adalah pegangnya adalah bukan semata-mata pada perjanjian sahaja tetapi pegangan/tempat persandarannya adalah kepada ALLAH SWT, sang pemberi rezeki. Itu hal penting yang perlu sentiasa diingati.

Musa pun menjawab,

"Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang SABAR dan tidak akan menentang kamu dalam sesuatu urusanpun"

Begitu juga mungkin kata-kata yang terungkap dibenak hati kita saat PERJANJIAN telah dibuat.

"....aku akan menjadi orang yang sabar...."

Lalu masa pun berlalu. Bermacam-macam kisah telah dibaca, bermacam perkara telah mula terlintas difikiran, macam-macam input telah dimasukkan dan macam-macam fenomena telah berlaku sehingga dirasakan telah merobek sedikit demi sedikit kesabaran yang ada.

Dikembalikan kepada kisahnya Nabi Musa tadi, pelbagai perkara aneh timbul disepanjang perjalanannya. Persoalan-persoalan yang timbul itu bagaikan tidak tertahan lagi untuk diucapkan. Maka satu persatu PERJANJIAN itu tidak disengajakan dilafaskan kepada Nabi Khidir.

Apakah perasaan Nabi Khidir saat itu pada fikiran anda apabila Nabi Musa bertanyakan hal tentang perbuatannya? Adakah Nabi Khidir menerima pertanyaan dengan Nabi Musa pada awalnya? Pastinya Nabi Khidir tidak menjawabnya. Bahkan Nabi Khidir tetap SABAR menerimanya lalu dalam ruang kasihnya pada muridnya itu diberikan peluang dan diperingatkan agar tetap BERSABAR.

Tetapi tempoh masa itu pula yang asalnya dipersetujuan kini terasa memakan diri. SABAR-SABAR! Mahu berapa lama lagi ingin bersabar.

Kalu boleh diungkapkan begitulah mungkin yang terkeluar di hati dan benak fikiran barangkali.

Tetapi mungkin terlupa, dalam perniagaan itu seharusnya tidak perlu tergopoh gapah. Mendirikan perusahaan itu bukannya perkara mudah dan bukan perkara main-main. Modalnya besar sekali. Jadi jangan sampai akibat tergopah gapah itu kelak akan membinasakan semuanya.

Cukup dengan 4 tingkat:
1. Membina“MVVM” aka MISSON, VISION, VALUES dan MEANING.
2. Menyusun STRATEGY.
3. Mencipta ORGANIZATION STRUCTURE.
4. TOTAL ACTION.

Aplikasi ilmu ini jugalah yang diterapkan dalam organisasi di persatuan, pertubuhan, badan-badan koperat, NGO dan syarikat internasional serta mungkin langkah-langkah ini ada dalam kelab yang anda jalani dalam sedar atau tidak.

Merencana 4 tingkat itulah yang telah diperbuat dalam PERJANJIAN bersama rakan kongsi. Maka seterusnya adalah TOTAL ACTION. Bergerak mencapainya dengan mengikut langkah satu persatu dengan garis perjanjian yang telah dibuat agar terbina perusahaan yang diimpikan kerana “Garis perjanjian itu masih dalam jalannya dan persis seperti yang pernah direncana dahulu. Maka tetaplah dengannya agar tidak berlaku kucar kacir disepanjangan masa yang masih panjang”.

Akhirnya Nabi Khidir berkata,

" Musa…! Saat inilah waktu kita pisah ( antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ) dan sebelum pisah dengan anda akan saya ceritakan apa yang menjadi rahsia semuanya dari apa yang saya lakukan tadi. Dan akan saya ceritakan yang menjadikan kamu tidak bisa bersabar".

(Al Kahfi 78).


MORAL OF THE STORY

Kisah ini banyak memberikan pengajaran. Kita mampu mengumpakan kisah ini dengan semua hal yang kita mahu satukan pengajarannya. Termasuk membina perusahaan, membina persatuan dan membina semangat serta membina peribadi kita sendiri.

Keseluruhan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa ini ternyata mencubit keimanan kita untuk bertanya berapa kerap kita bersabar dan cuba memenuhi apa yang kita pernah impikannya dalam kehidupan.

Diam tidak bermakna tidak bergerak.

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan SOLAT dan hendaklah engkau tekun berSABAR menunaikannya. Kami tidak meminta REZEKI kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang BERTAKWA”

(Surah Taahaa Ayat 132)

SOLAT à SABAR à REZEKI

Berusaha à sabar à tawakal


Janganlah kisah ini berakhir dengan perpisahan Nabi Khidir dan Nabi Musa asebab ketidak sabaran Nabi Musa.

“We do what we can, GOD do what we can’t”


 

Wednesday, November 30, 2011

Adakah kita sedang berlakon dalam kehidupan ini?




Satu hari saat aku sedang bekerja. Menjengah satu soalan dari teman sekerja.
“Kita ni sedang berlakon ke dalam hidup kita ni?”.
Aku terdiam. Mencari jawapan kepada persoalan yang diajukan. Soalan yang mudah tetapi sukar untuk menjawabnya.
Aku bertanya dalam hati. “Kenapa soalan itu yang diajukan?”.
Dia memandangku. Membisu tanpa bicara tetapi matanya seperti meminta-minta aku untuk bersuara.

“Kita boleh umpamakan kehidupan ini seperti satu pentas lakonan. Umpamakannya sahaja”. Aku membalas setelah berfikir-fikir sejenak.
“Pernah tak dapat SMS panjang yang tulis kata-kata tentang hidup satu pentas lakonan?”, aku bertanya.
“Tak!”, dia membalas mudah.


Aku mendayung bicara,
“Hidup ini diumpamankan satu pentas lakonan. Bumi adalah lokasinya. Kita adalah pelakon utama dalam jalan cerita kehidupan kita. AL-QURAN adalah skrip kepada perjalanan hidup. Nabi Muhammad adalah pelakon terbaik. Allah SWT adalah pengarahnya. Syurga & neraka adalah piala/anugerahnya.”
“Lebih kurang macam tu la dalam sms tu tulis.” Aku menambah bicara.
Dia termengu seperti mendengar satu perumpamaan yang tidak pernah didengarinya sebelum ini.
“Jadi kita ni hanya mainan bagi tuhanlah kiranya?”. Dia membalas cepat.
“Tidak! Bukan macam tu. Ianya perumpamaan sahaja tetapi kita tidak boleh fikir tetap seperti tu”. Aku menjawab. Kuatir kalau-kalau tertanam dibenaknya tentang persoalan tersebut.


Aku menyambung bicara, “Yang pasti, kita adalah HAMBA ALLAH SWT. Yang itu aku boleh pastikan. Bukan perumpamaan tetap itu hakikat.”
“oooooo… betul-betul”. Dia setuju dengan kata-kata ku.

“Jika kita adalah hamba Allah SWT. Maka Allah SWT adalah tuan kepada kita. Allah SWT berhak ke atas kita. Allah SWT berhak memberi pinjam nikmatnya kepada kita, DIA juga berhak menariknya tanpa memberitahu kita.” aku menambah.
Aku bertanya, “Adakah kita meminta untuk di lahirkan ke dunia?”.


“Entah! Tak kot. Kita lahir terus je. Kita ada pilihan ke untuk di lahirkan atau tidak sebenarnya?”. Temanku  bertanya pulak. Seperti sudah bingung dengan perbicaraan ini. Teras berat mungkin apa yang  sedang dia cuba rungkaikan dalam kota fikirannya.
“Pasti kita tidak meminta untuk di lahirkan tetapi yang pasti kita dulu pernah berjanji/bersaksi dalam alam roh sebelum kita di lahirkan ke dunia bahawa ALLAH SWT adalah pencipta kita sebab itu kita boleh ada di dunia ini.” Satu persatu aku jelaskan dengan nada yang rendah.
Aku menyambung, “Jika kita tidak meminta untuk di lahirkan atas kehendak kita, maka kita diminta untuk lahir ke dunia sebenarnya oleh siapa?”


Teman ku semakin hairan dengan soalan yang aku ajukan, “Entah la! aku makin bingung ni. Kita di lahirkan randomly kot. Semula jadi kot. Entah la”. Dia menjawab tetapi tidak pasti.
Aku menarik nafas, “Jika kita tidak berkehendak untuk di lahirkan maka pasti ada yang berkehendakkan akan kelahiran kita bukan?”. Aku mengemukakan soalan kembali.
“Tu semestinya.  Sama la macam aku kot. Aku tak suka makan sayur. Tapi mak aku suruh makan sayur juga. Dia yang nak aku makan tapi aku tak nak makan. Tapi sebab dia mak aku. Kalau dekat rumah aku makan jugak la. hahahah~~”. Dengan cepat dia menjawab.
“ Tepat!”. Sambil aku menunjukkan tangan ‘GOOD!’.


“Kita tidak berkehendakkan untuk di lahirkan ke dunia. Jadi yang berkehendakkan kita untuk hidup ini sebernanya adalah Allah SWT.”
“Ooooo.. betul-betul. Baru terfikir. Tapi kalau Allah SWT berkehendakkan kita hidup di bumi ni. Allah SWT nak kita buat apa ye?”. Dia menjawab tapi dia bertanya pula lagi.
“Tepat! Maka semestinya kita dicipta Allah SWT dengan tujuan dan misi bukan? “
“Apakah kalian mengira bahwasanya Kami menciptakan kalian dengan sia-sia dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.”
(QS. al-Mu’minun: 115-116)


 “ooooooo.. aku semakin faham. Tapi apa misi kita hidup? Bagitau sikit?”. Dia bertanya lagi. Bertubi-tubi pertanyaan dia ajukan. Aku terasa semacam seorang ustaz pula. Menerangkan persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka ilmu yang aku miliki. Aku cuba berkongsi ilmu sekadar yang ada.
“Tidak aku ciptakan jin & manusia kecuali beribadah & mengabdikan diri kepada-Ku”
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…”
Menjadi khalifah Allah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik Allah untuk memakmurkan bumi (Al-'Imarah). Memakmurkan bumi bermaksud mentadbir dunia berlandaskan hukum hakam/undang-undang yang telah ALLAH SWT sediakan di dalam AL-QURAN.


Aku membacakan petikan yang dapat menjawab persoalan tersebut. Aku menyambung lagi.
“Tetapi ALLAH SWT Maha pengasih. ALLAH SWT tidak melantik kita sebagai khalifah tanpa memberi tunjuk kepada kita cara bagaimana kita nak melaksanakan tugas-tugas tersebut.”
“Maksudnya ALLAHSWT bagi kita guideline dan panduanlah kiranya ni? Apa yang ALLAH berikan ye?”. Dia mula faham sedikit demi sedikit.
“ALLAH SWT turunkan kitab-kitabnya kepada rasul-rasulnya untuk mengajarkan kita tentang ISLAM, iaitu cara hidup dan panduan untuk kita melaksanakan tugas kita. Bagi ummat nabi Muhammad, AL-QURAN adalah manual hidup kita. Manual yang paling lengkap yang diupgrade dari semua kitab-kitab terdahulu.” Aku menjelaskan sedikit terperinci.


“Patut la kita diminta untuk membaca AL-QURAN dan memahami maksudnya. Baru aku faham kaitannya semua ini. subhanallah… sempurnanya ALLAH SWT ciptakan semuanya. Memang tidak sia-sia ALLAH SWT ciptakan.” Temanku merundukkan kepalanya ke bawah.
“Back to our story tadi, jika kita nak umpamankan kehidupan ini sebagai satu pentas lakonan maka kita umpamakan diri kita ini sebagai pelakon yang memegang watak khalifah (ketua). Boleh jadi kita ini khalifah kepada keluarga kita, kumpulan kita atau pekerja-pekerja kita atau khalifah kepada diri kita sendiri. Ujian, dugaan, kegagalan, kejayaan, suka dan duka dalam kehidupan itu adalah plot yang terlakar dalam skrip hidup kita yang ditentukan oleh pengarah kehidupan kita iaitu ALLAH SWT. Maka untuk memastikan lakonan kita itu mengikut skrip yang telah dituliskan kepada kita sejak azali, maka rujukan kita adalah AL-QURAN. Macam mana nak menjadi pelakon yang terbaik, contohi Rasullullah SAW. Ikut sunnahnya. Kalau kita tak ikut AL-QURAN sebagai skrip / panduan hidup kita. Kita akan berlakon ikut jalan cerita yang lain. Skrip dalam AL-QURAN membawa kita ke syurga. Jika kita berlakon guna skrip nafsu kita. Maka kita akan ke Neraka.”
Teman ku merundukkan mukanya sambil kedua-dua belah tangan menutup wajahnya.
“Subhanallah…Subhanallah… Subhanallah…”


MORAL OF THE STORY
Kehidupan ini adalah sesuatu perancangan sempurna dari sang maha pencipta. ALLAH SWT-lah yang berkehendakkan kewujudan kita di muka bumi ini.

Kehidupan di dunia adalah satu perhentian yang sementara. Kita datang dari alam roh dan berhenti di dunia untuk mengutip bekalan ke alam yang seterusnya. Alam seterusnya adalah alam akhirat (Syurga/Neraka).
Jika dibandingkan tempoh alam dunia dengan alam Akhirat sangat jauh berbeza. 1 hari di alam Akhirat = 1000 tahun di dunia. Itu yang menyebabkan alam dunia ini kita istilahkan sebagai satu ‘perhentian’ kerana tempohnya yang singkat.
Maka apakah yang dikejarkan manusia di dunia ini dengan menyibukkan diri dengan harta, anak pinak, isteri dan bermewah-mewahan hingga melalaikan diri dari melaksanakan tujuan hidup yang sebenar. Sedangkan persinggahan yang sementara ini tujuannya adalah untuk mengumpul bekalan ke alam Akhirat sahaja sebenarnya.
Maka kita harus ingat beberapa point penting tujuan, tugas dan matlamat kita dihidupkan di muka bumi.
1. Kita dilahirkan sebagai khalifah ALLAH SWT.
2. Tugas adalah mengumpul bekalan untuk ke Akhirat (dengan beribadah & Memakmurkan bumi ciptaan ALLAH SWT)
3. Maklamat kita adalah Syurga ALLAH SWT (berjumpa dengan ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW)
Akhir kata kita mestilah mengingati MATI. Dengan kita MATI baru kita boleh ke Syurga. Mana mungkin jika kita tidak mati kita boleh ke syurga. Betul?
Tapi jika kita adalah manusia yang takut mati atau tidak bersedia untuk mati maka pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita.
 “Orang yang paling bijaksana dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.”
 (Hadis riwayat Tirmizi)

Tuesday, November 8, 2011

Sayang & cinta bukan pada tempatnya


Bagaimana definasi sayang pada anda?
Anda melihat sayang sebagai satu pemberian atau ianya satu penerimaan?
Anda pernah dengar tak ‘Kisah pelajar dan kalkulator saintifik’?

Begini ceritanya.

”Akak! kenapa kalkulatar ni banyak button?”, aku bertanya. Saat itu aku masih kecil. Belum pun masuk ke sekolah  rendah.
“Oooo.. ini kalkulator saintifik. Memang banyak buttonnya”. Jawab kak yong (bukan nama sebenar), kakak saudara aku.
“Saya tengok, umi pakai kalkulator kat pejabat button dia skit je. Yang ni kenapa banyak sangat?”. Aku membalas pantas. Terpinga-pinga kepelikan yang teramat sangat.
“Yang ni guna nak selesaikan masalah matematik tambahan dan semua kira-kira untuk bidang engineering. Kalu kamu belajar pandai-pandai, kak yong akan hadiahkan kalkulator saintifik satu. Tapi janji kene belajar sampai pandai masuk universiti. Baru boleh guna kalkulator ni.” kak yong membalas sambil membuat kerja sekolahnya.
Aku yang masih berdiri di sebelah meja, melihat ke arah kak yong. Lirik mata ku sama tinggi dengan bucu meja.
“Ooooo… kene belajar sampai masuk universiti baru dapat ke? ..hmmm.. kalu macam tu nak belajar rajin-rajin la.”

Pendekkan cerita.

Hari ini aku dah masuk ke universiti. Aku dapat kalkulator saintifik pertama ku dari kak yong. Kalkulator saintifik casio version 2 kot yang ada tenaga solar tu. hahaha~~
Aku sangat menghargai pemberian kak yong. Bukan kerana ia adalah kalkulator saintifik version ke-2 yang time tu orang lain tak ada tapi ia disebabkan oleh nilai satu pemberian Aka aku sayang dekat kalkulator tu.
Nak cerita macam mana sayangnya aku pada kalkulator tu.  Bukan setakat tak pernah terjatuh, tak pernah terhentak hatta tak de satu calar pun dekat kalkulator tu. Dan yang lagi bestnya aku buat sarung khas untuk simpan kalkulator tu. Aku bawak ke mana sahaja aku pergi time kelas walaupun kelas takde guna pun kalkulator tu sebab kuatir hilang.


Pendekkan cerita lagi.

Kalkulator tu hilang.

“Sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!! Kalkulator aku hilang la.” aku mencari-cari tak jumpa-jumpa.
“Nah amik kalkulator aku ni guna untuk exam ko. Tu la sayang sangat kalkulator ko tu. Dah-dah nanti beli lain.” Kawan aku membantu.

Akhirnya aku terbuka hati untuk membeli kalkulator baru. Ini kalkulator aku yang ke-6 aku beli.

“Perrrrrgggghhh… dah enam kotak kalkulator ko. Tapi tinggal kotak je mana kalkulator-kalkulatornya?” kawan aku memerli.

“Ini yang terbaru. Setelah penat aku menjaganya dengan sangat baik. Akhirnya hilang-hilang dan hilang. Ini yang terakhir aku harapkan.” Aku menjawab dengan sadis dengan penuh pengertian.

“Ko ni sayang tak bertempat la. Ko jaga elok-elok sangat kalkulator tu kenapa? Jangan sayang pada makhluk la hatta manusia pun tak boleh tau….”

Aku pening.

“Ko cakap apa ni dowww…  aku tak faham la.” sambil mengucap-mengucap kalkulator dengan kain cermin mata kawan aku tadi tu.
“Ni duit baki kamu. Masuk ni dah 7 kali kamu beli kalkulator dekat kedai ko-op akak ni. ish3x…” akak ko-op tu menyapa aku.

Aku senyum-senyum kambing. Lalu………… *paaaaaaaaaaaang* (bunyi benda melayang ke pintu kaca kedai ko-op). Rupa-rupanya kalkulator baru aku beli yang tak masuk kemas dalam kotak tadi terbang melayang bersama tangan yang aku hayung dari menerima duit baki akak ko-op.

Aku tengok dengan mata terbeliak. Semua orang dalam ko-op tengok aku termasuk kawan aku.

Aku pergi mengambil kalkutor tadi. Aku angkat dan aku tak gosok pun seperti yang selalu aku buat. Aku tersenyum panjang lalu aku masukkan terus dalam beg sandang dan terus berlalu.

5 tahun kemudian.


Dalam kotak-kotak buku pelajaran yang aku simpan. Aku membelik kalkulator saintifik aku.

“Eh! Bukan aku dah hilang ke kalkulator ni. Ooooo.. ni yang ke-7. Baru ingat. Kalu aku ada anak-anak dan cucu-cucu aku akan ceritakan kisah ini kepada dorang. Ada pengajaran yang mereka boleh ambil.”

MORAL OF THE STORY

Terkadang dalam kehidupan, kita tidak menyangka yang kita silap memberi dan meletakkan rasa sayang kita. Terkadang kita sangat sayangkan jawatan kita, pangkat kita, gelaran kita dan tidak kurang pula sayang kita kepada anak-anak dan isteri kita. Apatah lagi ada yang sayang kepada harta benda sehingga lalai kepada ALLAH swt malah menderhaka kepada ALLAH dengan pangkat yang sementara dan rasuah yang sudah menjadi darah daging dikalangan kita.

Sayang kepada kemewahan dan merasakan ianya hak kita dari usaha kita semata-mata lalua akhirnya kita  gagal mengeluarkan zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan lain-lain.

Sayang kepada kereta. Digosoknya, dicucinya dan dipasang aksesori yang melampau-lampau sehingga duitnya hanya mengalir ke arah itu sahaja. Tiada sedekahnya dan infaknya jauh panggang dari api. Kosong!

Sayangkan anak-anak dan isteri hingga diberikan kemewahan dan semua benda yang diinginkan. Lalu mereka tidak pernah mengenal sudah dan payah. Terhijab nikmat kepayahan dari diri mereka dek di sebabkan bapa yang terlalu sayangkan keluarga. Bila tidak kenal susah maka manusia makin jauh dari ALLAH.

Bahkan bila sayang yang sangat mendalam wujud dalam diri kita yang membuahkan rasa cinta dalam hati. Bila cinta sudah terbentuk dalam hati yang mana cinta itu kita serahkan kepada manusia, cinta kepada makhluk dan dunia. Maka jangan kita hairan bila manusia tidak bersedia untuk mati aka takut mati.


"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang
yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".


Maka salah seorang sahabat bertanya;
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"


Nabi s.a.w. menjawab;
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih
di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun
terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".


Seorang sahabat bertanya;
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"


Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab;
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Sesungguhnya rasa sayang kita itu sebenarnya hanya kepada Rasullullah kerana sayangnya Rasullullah sangat sayang kepada kita. “ummati… ummati… ummati”

Sesungguhnya rasa cinta kita hanya kepada ALLAH SWT kerana dialah yang mencintakan perasaan cinta itu kepada manusia. “Manakah yang perlu dihargai. Menghargai hadiah atau si pemberi hadiah.”

Sesungguhnya rasa belas dan kasih kita itulah yang selayaknya untuk makhluk, anak-anak, isteri, ibubapa, masyarakat dan isi dunia. “kerana makhluk ini bersifat sementara, bila makhluk itu mati maka kita tidak akan rasa kecewa.”


Sunday, October 30, 2011

Tahu dan paham adalah 2 perkara yang berbeza



Hari demi hari saya mula faham dengan kata-kata mentor saya 5 tahun lepas.

“Adik! Nak ubah orang ni bukan sekejap. Tapi yang penting istiqomah”.

Saya termengu sendiri memikirkannya. Pernah dulu saya berdebat dengan beliau.

“bang, orang tak terima ajakan kita sebab pendekatan kita tidak kene dengan hati mereka”.
“ye abang tahu tapi kamu kene istiqomah. Itu sangat penting untuk mereka dan diri kita sendiri”. balas mentor saya.
“sudaaaahh.. apa pulak kaitnya istiqomah dengan diri kita sendiri”. saya jawab pula.
“satu masa nanti kamu akan faham”. Mentor saya membalas dengan lirikan senyum.
“saya tahu bang tapi macam mana?”, saya terus mencelah cepat.

Sambil menepuk-nepuk bahu saya dia berkata, “nanti kamu akan faham juga”.

Betul kata orang, nak buat baik bukan senang tapi nak buat jahat senang je. Kadang-kadang kita cukup tersusun dalam merencana agenda kerja buat kita di lapangan. Tetapi hasilnya tidak seperti yang kita hajatkan. Pasti ada semacam kurang sahaja dari pandangan orang terhadap kita.

Kita menyelami ilmu fardi dan umum yang berada di peringkat ta’arif. Berguru, mendengar ceramah, kuliah haraki dan sebagainya untuk memenuhkan dada dengan persiapan. Tak kurang juga perjumpaan mingguan untuk mengisi gelas ilmu yang baru nak setahun jagung.

Terkadang rasa lelah menjengah hati. Sedar, setiap kali menceduk ilmu pasti tak semua yang masuk ke dalam lubuk sanubari hati. Ada juga titisan malah terkadang cedukan itu tumpah dan mengalir jatuh ke tanah dek lelahnya di perjalanan hidup seharian dengan kerja dan tugasan. Mana taknya bila datang kuliah. Datang dengan semangat. 5 minit kemudian (-_-)zzZZZ… subhanallah. Lemahnya iman.

Terkadang teras diri sudah bersiap siaga ke lapangan bila laungan jihad berkumandang. Tapi bila lapangan tiba, tetap lelah dan merasa diri hampa. Pulang dengan rungutan dan rasa tidak puas hati dengan lapangan. Seperti melepaskan marah pada lapangan kerja dek dugaan tidak seperti yang kita jangkakan.

Kita kene sedar bahawa Madu’ kini berubah mengikut peredaran zaman juga. Semakin hari semakin sukar jadinya. Makin dibelajar makin teras kurangnya. Makin dicari makin rasa kehilangannya.

Aku duduk dan recharge//muhasabah diri. Mencari apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah.

Ingat lagi kata-kata mentor dulu.

“Kamu boleh buat, abang percaya kamu”.
“Saya tak pandai bang. Ilmu saya tak banyak pun. Hanya tahu-tahu je.” aku membalas.
“kalu kurang tambah”. Sepontan dia menjawab.
“Tapi baaaaang….”. meleret suara aku membalas.
“kamu nak tunggu bila ilmu kamu nak cukup baru nak buat ke? Bila agaknya tu?”. dengan suara tegas tapi sangat berhemah.
"hmmm….”. aku mendengu tanpa kepastian.
“abang yakin kamu boleh buat”. Dia menepuk-nekup bahuku.

Itu yang beliau selalu lakukan. Menepuk-nepuk bahuku. Walaupun nampak biasa. Tapi saat tepukan itu di ulang-ulang, rasanya seperti satu tenaga dalaman mengalir antara kami. Satu rasa yang tidak dapat saya ungkapkan. Yang pasti tepukan itu akan mengakhiri setiap perbicaraan antara kami dan akan berakhir dengan satu tiupan semangat.

“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Mengajak orang ke arah kebaikan itu perlukan seninya. Tidak kene gayanya, hati yang lembut pun boleh menjadi keras.

“Inilah seni dakwah. Kamu kene belajar. Tuntut ilmu. Dibalik ilmu itu kamu akan jumpa seninya. Ia bukannya mudah untuk diperolehi tapi perlu dicari untuk dijumpai” kata seorang abang kepada saya.

Seperti biasa. ‘mendengar tapi tidak memahami’. Saat itu.

Saya sedar yang ilmu ALLAH SWT itu luas. Diumpamakan jika lautan itu digunakan menjadi dakwat pena untuk menulis semua ilmu ALLAH SWT. Ditambah 7 lautan pun belum pasti dapat ditulis ilmu-Nya ALLAH SWT dapat kita rungkaikan. Maha dahasyatnya ilmu ALLAH SWT.

Jika begitu ilmunya ALLAH SWT sangat luas. Maka di situ terbukti bukannya hanya ilmu itu terperoleh dari madrasah, bilik-bilik kuliah, ceramah-ceramah di masjid semata-mata bahkan boleh jadi ianya dijumpai saat dalam berurus niaga, saat berbalahan, saat di training atau mungkin di seminar-seminar. Mungkin juga boleh jadi ilmu itu datangnya dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. Perjalanan hidup kita juga boleh menjadi ilmu kepada kita.

Pokoknya kita harus melihat sesuatu itu bukan dengan mata kepala tapi sebaliknya dengan mata hati. Maka dengan melihat alam jagat raya dengan mata hati, kita akan memikirkannya dibalik semua penciptaan itu dan mengambil makna disebaliknya.

MORAL OF THE STORY

Saya sedar bahawa walau banyak manapun ilmu  yang kita cari untuk mempersiapkan diri untuk menempuh hari mendatang (lapangan). Yang pastinya ilmu itu tidak akan cukup tetapi ianya akan bias cukup menjadikan diri kita orang yang hari ini akan lebih baik dari semalam.

Bila mana kita istiqomah dengan menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada orang disekeliling kita untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. Kita sebenarnya sedang menjadi manusia yang istiqomah dalam membentuk dan mempertingkatkan nilai-nilai yang ada dalam diri kita.

Dengan kata mudah, sebenarnya saat kita sedang berusaha memperbaiki masyarakat sebenarnya juga kita sedang memperbaiki diri kita sendiri dalam masa yang sama dalam sedar atau tidak sedar.

Baru saya faham maksud mentor saya.

“abang! Satu hari nanti saya bukan hanya akan tahu tapi saya akan pastikan yang saya akan paham bahkan saya mahu merasainya”. -5 tahun lalu

Wednesday, October 12, 2011

Jika adam & hawa dicipta dari satu

Ianya lebih dekat dari sekadar 'cubit peha kiri peha kanan terasa'
Ianya lebih dari sekadar 'yang berat sama dipiku, yang ringan sama dijinjing'
Malah ia lebih dari sekadar 'melihat dan dapat merasa'

Ia seumpama mengalir dari 2 jasad yang berbeza pada 1 rasa
Lebih dekat dari hanya sekadar MERASA kerana ianya MENGALAMI
Malah lebih dari sekadar MENANGIS kerana ianya adalah MERINTIS tanpa terlihat & kedengaran

Jika ia dari satu jasad yang terpisah
Maka kelak ia akan bersatu
Jika itu satu takdir
Ia pasti akan berlaku

"Yakin dan percaya dengan segala ketentuan ALLAH SWT. Jangan pernah lelah dengan ujian serta dugaan yang saban hari menjengah kita. Jangan sesekali berputus asa dengan semua hal yang terjadi dalam hidup kita kerana dengan kamu berputus asa akan melemahkan yang lain-nya. Sesungguhnya kita akan berusaha sehabis baik hingga keakhirnya jika itu takdir terbaik buat kita"

Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika

"Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu. "

(Doa Ketenangan jiwa)

Friday, September 30, 2011

Kenapa mendiam…



Duka

Jika berkata Mungkin membawa masam di muka
Mungkin mengguris rasa
Mungkin mengundang duka

Jika berkata

Mungkin boleh menyakitkan jiwa
Mungkin boleh menambah luka
Mungkin boleh mencipta sakit di dalam dada

Lemah

Jika berbicara

Bisa mencuit rasa
Bisa mencipta suka
Bisa mengukir senyum di muka

Jika berbicara

Bisa menggoda rasa
Bisa menambah bunga di dalam dada
Bisa mencinta indahnya dunia

Diri

Jika bersuara

Kelak tidak tenteram dada
Kelak senyum sampai ke telinga
Kelak hilang focus & wibawa Jika bersuara
Kelak jiwakan kacau pula
Kelak dosa menjengah muka
Kelak terhijab amal buat di dunia

Diam bererti

Mahukan masa sedikit lagi
Mahu belajar untuk berdikari
Mahu pergantung pada ilahi
Mahu belajar mengawal diri

Mahu mengawal jiwa dan emosi
Mahu menahan rasa dalam diri
Mahu mendidik keikhlasan hati
Mahu mentarbiyah hati dalam sanubari

duka = mendukai
lemah = lemah iman
diri = diri sendiri

Thursday, September 29, 2011

menuju alam perkahwinan dengan berpuasa



Saya pernah menulis satu entry bagi tujuan membalas satu entry lain dari sorang sahabat di dalam yahoo group. Kemudian entry saya tadi dicopy dan di sentkan pada satu lagi laman yahoo group yang lain.
Saya diberitahu bahawa entry satu mendapat sambutan dan komen dari pembaca lain. Terharu la pulak rasanya. Tapi saya tidak ingat apa tajuk entry tersebut, tapi saya mungkin boleh ungkapkan dengan tajuk yang baru berbunyi ‘menuju alam perkahwinan dengan berpuasa’ atau ‘towards wedding by fasting’.
Saya sebenarnya mencari semula entry tersebut untuk saya pastekan di laman ini. Tetapi sayang, saya tak jumpa. Jadi saya fikir mungkin saya boleh berkongsi dengan pembaca sedikit petikan dan isi kandungannya.
Dalam entry tersebut saya mengumpamanan persediaan ke arah walimah itu bagaikan kita berpuasa.
situasinya
Bayangkan sekarang anda sedang berpuasa. Jadi sudah menghampiri waktu berbuka puasa. Apa langkah-langkah yang anda akan lakukan?
1.       Anda merancang juadah berbuka
“hari ni kira dah hari-hari penghujung ramadhan ni. aku nak makan apa ye lagi yang belum di cuba sepanjangn ramadhan ni?”
2.       Anda berbincangan dengan sahabat tentang rancangan anda
“aku ingat nak berbuka dekat kedai la. apa pandangan ko?” anda berbincang dengan sahabat anda menu, lokasi dan beberapa lagi perkara lain untuk mendapat kata putus.
“jom gerak sekarang. Aku call sahabat lain ajak dorang jugak”
3.       Bergerak mencari makanan
Lalu anda pun menelefon mereka dan mencadangkan untuk bertemua di kedai Ayam briyani.
Setiba di sana.Meleset. Orang sangat ramai dan meja semua telah penuh di TEMPAH. Anda sedikit kecewa.
“Dah hujung-hujung ramadhan ni, orang semua dah malas nak masak dah. Family pun dah makan kat luar dah.” Kata seorang sahabat.
Mencelah seorang sahabat lagi, “Betul-betul. Kita datang awal kot, tapi ada orang dah TEMPAH lagi awal dari kita la. Kita ke bazaar ramadhan je la.”
“Ok-ok. Cepat-cepat gi bazaar”. Anda membalas.
Setibanya di bazaar. Subhanallah. RAMAINYA ORANG! Anda pun apa lagi terus berjalan menjengah dari satu kedai ke satu kedai mencari hidangan IDAMAN untuk berbuka.
“Aku nak makan apa ye hari ni? ha!!! Tadi nak makan AYAM BRIYANI tak dapat. Dapat AYAM GOLEK pun ok jugak ni”. Monolog dalam anda.
Lalu CARI PUNYA CARI. Anda pun berjumpa dengan hidangan IDAMAN anda. Anda pun beratur panjang. “Panjangnya orang nak beli ayam golek ni. takpe-takpe. PUASA ni mengajar kita berSABAR.” Hati anda berbicara lagi.
“Waktu nak berbuka ni dah dekat ni.” kawan yang sama beratur dengan anda dalam satu barisan berkata.
“Relax-relax, barisan ni dah pendek dah. Kita SEMPAT ni.” anda membalas.
Tup-tup. Nak jadi cerita. Sesampai sahaja giliran anda.
“Maaf dik! Ayam dah habis la. adik LAMBAT sikit je tadi”.
Anda melihat ada seekor lagi di belakang. “Ayam tu sapa punya bang?”
“Yang tu dah ada orang TEMPAH dah dik. Dik tempah awal-awal lagi. Takda REZEKI la dik, abang nak jual kat adik. Lain kali ye. Esok datang lagi. Jangan datang LEWAT nanti MELEPAS pulak. Hehehhe~”
Anda menarik nafaz panjang. “Geng, melepas kita ayam golek. Dah nak time buka posa ni”. sambil membelek jam tangan.
“Jom gi masjid la. Ada REZEKI kita dapat la kita berbuka puasa jugak.” Sorang sahabat lagi mempelawa.
Anda dengan hati yang berat, lemah dan tidak bersemangat lagi pun menurut sahaja pelawaan sahabat tadi.
“Kalau dapat buka posa pun. Makan apa je dekat masjid? Macam tak best je. Tak dapat la makan hidangan IDAMAN-ku. Ayam bryani ke ayam golek ke”. Anda membebel sendiri.
“Ko membebel apa tu sorang-sorang? Kalau ada REZEKI ko ada punya la makanan. Janji ko USAHA. Ko tengah usaha la ni, kan? USAHA untuk gi ke masjid mencari juadah berbuka puasa”.
Setibanya di halaman masjid. “Ha! Meh-meh, cepat-cepat nak berbuka dah ni. Meh duduk kerusi kosong sebelah iman ni.”
Setibanya melabuhkan ponggong di kerusi. “Subahanallah!!!!!!  Nasi arab la!! Daging kambing!!”.
Anda terkebil-kebil melihat juadah di depan mata. Melihat pula tempat duduk anda dikelilingi oleh ajk masjid. Satu perasaan yang sukar dipercaya. LAST-LAST minit pun dapat jugak.
Sambil sahabat anda memandang. “Kan aku dah cakap dah. Kalau ada REZEKI ko. Ada tetap ada jugak.”
  1. Mendapat rezeki seperti yang dijanjikan oleh ALLAH
ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR!
Laungan azan bergema. “Anda menadah tangan membaca doa dan mengungkapkan bicara kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, maafkan diriku atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya pergantungan ku hanya pada mu Ya ALLAH. Rezeki mu itu hanya juga datangnya dari mu dan dengan kehendak-mu. Aku bersyukur dengan rezeki mu. Hari ini aku belajar sesuatu disebalik peristiwa yang aku alami ni. amin”
  Itu la sedikit coretan cerita kisah tentang berbuka puasa. Tapi cerita entry ini belum habis lagi. masih ada lagi satu perkara iaitu PERUMPAMANNYA.
Kan saya sebut tadi kisah ini adalah berumpamaan ke arah Walimah kan? Jadi saya menunjukkan bagaimana perumpamaan ini sama.
Kita lihat semula langkah-langkah dalam kisah di atas. Ada 4 langkah yang dilakukan oleh orang yang berPUASA untuk berbuka puasa.
Langkah pertama
Anda merancang juadah berbuka anda. Sama halnya dengan walimah. Anda perlu merencana walimah anda. Siapa calonnya, bagaimana orangnya, soal agamanya, kehidupannya dan lain-lain.

Langkah ke-2

Anda berbincangan dengan sahabat tentang rancangan anda. Gunakan saluran yang betul untuk bertanya dan mendapatkan pandangan. Bertanya dengan mereka yang arif dan berpengalaman tentang perkara-perkara tersebut.

Langkah ke-3

Bergerak mencari makanan. Langkah ke-3 adalah bergerak dengan kata lain anda mula bertindak untuk melakukannya. Maka seharusnya tindakkan yang akan anda ambil ini adalah terdorang dari hasil perbincangan dari orang-orang yang arif agar tindakkan yang anda lakukan adalah dengan menggunakan platform yang betul.

Mungkin pada langkah ini akan berlaku pelbagai fenomena. Apa yang mungkin boleh terjadi adalah anda memperoleh apa yang anda mahukan atau IDAMKAN/HAJADkan. Atau mungkin boleh terjadi tidak kerana LAMBAT, TERLEWAT SEDIKIT, telah di TEMPAH dan sebagainya.

Pada peringkat ini. KESABARAN amat dibutuhkan sama sekali. KESABARAN MASA & PENCARIAN SEMULA juga lain-lain hal lain yang mungkin terjadi. Peringkat ini juga ada beberapa tingkatnya yang sangat mendalam yang membutuhkan juga ilmu terhadapnya.

Langkah terakhir

Inilah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh orang yang berPUASA iaitu mendapat rezeki seperti yang dijanjikan oleh ALLAH. Apa lagi kata yang lebih moleh untuk saya jalinkan dengan perumpamaan walimah bagi langkah terakhir ini pastinya adalah melangsungkan pernikahan.
Itulah yang saya maksudkan dengan ‘towards wedding by fasting’.
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

MORAL OF THE STORY
Seingat saya dalam entry tersebut juga saya selitkan sedikit nasihat buat sahabat-sahabat. Saya mempertanyakan tentang kedudukan kita dalam 4 langkah di atas. Kita berada di mana sekarang? Adakah kita ditahap merancang atau sebenarnya kita di tahap berbincang. Adakah sekian lamanya hidup ini sahabat-sahabat masih lagi berbincangan dan terus berhujah menantikan jawapan tepat untuk memilih platform yang telah jelas berada di depan mata. Atau sebenarnya kefahaman tentang itu belum sahabat-sahabat fahami? Atau sebenarnya perbincangan –perbincangan hangat itu sekadar perbincangan kosong tanda tujuan.
Sama-sama kita fikirkan kerna bila sampai masanya REZEKI itu akan tetap datang dan pilihlah platform yang betul.

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

(Surah an-Nur; ayat 26)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...