Friday, June 18, 2010

marah itu pada orang baik bukan pada orang jahat

Kenapa kita marah jika orang buat jahat? sebab nak bagi orang jahat tu jadi baik. Sama seperti seorang ibu kita yang marahkan anaknya (kita la). kenapa ibu marah anaknya? sebab anak tu anak dia.. takkan dia nak marah anak owang pulakk.. tak pasal2 kene marah balik dengan mak bapak, mak mertua bapak sedara budak tu.. hahaha~~~

orang tua cakap MARAH TANDA SAYANG. lalu satu hari saya pun marah seekor kucing yang sedang saya beri makan. (kucing tu lapar, datang umah sewa saya, saya bagi dia makan. dlm asyik2 kucing tu makan, lalu saya marah kucing tu. kucing tu pun berlalu dari situ dengan membawa hati yang kecewa sebab die rasa saya tipu die. dlm hati kucing tu “palat dak ni, tadi panggil nak bagi makan pastu marah lak. rupanya bagi makan sebab nak marah aku..peh! lain kali xnak datang lagi). saya pun terpinga2. napa kucing tu blah???? MARAHKAN TANDA SAYANG. huhuhu~

kenapa kita marah jika orang berbuat jahat?? kalu yang buat jahat tu adalah orang baik maksudnya perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang yang baik. macam mana kalu perbuatan yang jahat yang dibuat oleh orang jahat? ha??? pelik2.. tak paham la pulak nie..

macam nie. umpama hitam adalah jahat dan putih adalah baik. kenapa kita cuci baju putih yang ada warna hitam? sebab nak yang hitam tu hilang la.. supaya jadi putih. tapi kalau baju tu memang hitam dan ada warna hitam. kalu cuci jugak, baju hitam tu leh jadi putih tak? hahahaha.. mesti la boleh kalu guna clorok.. huhuhu~~

kesimpulannya kalau orang baik yang buat jahat mesti kita marah supaya dia jadi baik. kalau orang tu jahat buat apa kita nak marah die sebab die takkan jadi baik..

maka jika dalam al-quran tulis puak dilaknat ALLAH tu orang jahat. buat apa kita nak marah dorang. nape tak leh marah pulak? KAN MARAH TANDA SAYANG dan nak dia jadi baik. Kalu marah pun, jika dah ditakdirkan memng diorang akan jahat sampai bile2 (kiamat), buat buang current je marah dorang. tanda paedah.

Jadi MARAH TU PADA SAPA? marah pada orang baik yang nak buat jahat la.. marah orang baik yang sokong ornag jahat dan berperwatakan seperti orang jahat.

APA PULAK MANAFAAT kita marah dorang? SEBAB KITA SAYANG dorang dengan harapan dorang berubah. Jadi, MARAH LA ORANG BAIK YANG BUAT JAHAT. kepada orang baik yang diMARAHI, jangan marah kepda org yang MARAH anda atas perbuatan jahat anda, SEBAB APA? sebb MARAH TANDA SAYANG.

kalu orang nak SAYANG pun taknak. Jangan nanti awak pun TERUS JADI ORANG JAHAT. bukan orang baik yang BUAT PERBUATAN JAHAT.. weee~~~~

Tuesday, March 9, 2010

simfoni kehidupan

Untuk berjaya, pasti pernah gagal
jika anda gagal, tandanya anda akan berjaya

Hidup itu terasa singkat
tapi saat kematian itu terasa panjang

Orang yang rabun akan memakai cermin mata
tapi orang yang memakai cermin mata belum tentu rabun

Jika wanita bercakap dan mempersoalkan tntg kehidupan
dia mahukan lelaki yang setia mendengar bukan memberikan jawapan

Tidur itu tidak boleh menyelesaikan masalah yg anda fikirkan
kerana anda akn bangun semula & berfikir
kecualilah jika anda tidak bangun semula

Berusaha itu memenatkan
tetapi kegagalan itu lebih memenatkan
kerana anda perlu berusaha semula

cagu adalah sejenis bau yang dikhaskan untuk kaki

nyanyian secara sengau adalah sama taraf dengan
nyanyian secara saprano (High pitch)
kerana ia bernilai 1 juta (One In The Million)

orang yang suka tergelak sendiri
dia akan menangis sendiri

siapa yang ramai teman
dia pasti akan kehilangan ramai teman
jadi jangan ada teman
supaya anda tidak akan kehilangan apa-apa

kerana cinta
tidur tak lena, mandi tak basah dan
makan tak kenyang membawa kepada mati.
itulah sebab ada orang mati kerana cinta
mati kerana kurang makan

sabar itu ada beberapa peringkat
peringkat paling rendah adalah tidak sabar
peringkat paling tingga adalah buat bodoh

masih boleh hidup kalau laparkan makanan
tapi boleh mati kalau dahagakan air
sama seperti
masih boleh hidup kalau laparkan santapan rohani
tapi boleh mati dalam kekafiran kalau dahaga rahmat Tuhan

Berfikir utk membuat sesuatu perkara
tandanya anda sedang berusaha
ianya sama spt anda berfikir utk berhenti membuat sesuatu perkara yg anda sdg lakukan

Sunday, February 28, 2010

Islam yang extremis

Dalam kehidupan kita sebagai manusia yang dicipta Allah yang mempunyai perbedaan fizikal dan sifat diri ini tidak lari dari turut mempunyai perbedaan pendapat dan pandangan. Justeru itu dalam sedar atau tidak sedar dikalangan masyarakat kita ada yang pernah berpandangan tentang wujudnnya segolongan yang kita labelkan sebagai 'golongan islam yang extremis'. Mungkin kita atau mungkin orang lain yang berpendapat seperti itu. Tapi mari sama-sama kita menyelusuri kisah dan pendapat segolongan ini tentang kewujudan islam yang extremis ini.

Secara jujurnya saya boleh katakan disini, masih tiada ada satu pun definasi tepat yang boleh diletakkan kepada pihak-pihak yang melabelkan segolongan muslim atau muslimah ini sebagai golongan islam yang extremis. Mereka biasanya akan melabelkan golongan ini atau individu tertentu ini berdasarkan fizikal dan gaya hidup mereka. Secara fizikal luarannya adalah dari sudut berpakaian. Jika terdapat individu islam (muslim=orang islam lelaki) yang sering mengenakan jubah, serban, berselipar dan berkain sarung manakala fizikalnya pula bercelak dan berjanggut panjang, biasanya individu-individu ini akan tergolong dalam kelas islam yang extremis. Kalau perempuannya pula, yang berpakaian jubah juga, bertudung labuh dan berstokin di tangan dan kaki. Termasuk dalam golongan yang digelar extreme.

Tidak dinafikan setiap manusia itu ada hak untuk memberi pandangan dan untuk berpandangan sejauh mana yang dikehendak mereka. Tapi bagimanakah hak berpandanagn itu seharusnya terlimitasi atau di jaga? Ok. Biar saya bawa kembali saudara pembaca kepada sudut pandangan saya sebagai penulis terhadap jalan cerita yang ingin saya bawakan bersama sidang pembaca. Yang pertamanya, bicara saya ini adalah dari sudut pandangan ketiga. Saya dan pembaca duduk dalam satu sudut pandangan yang sama dan sedang memerhatikan 2 karakter manusia yang sedang berlakon dalam jalan cerita kehidupan dunia. Pelakon pertama saya letakkan sebagai seorang yang memiliki sudut pandang pertama. Manakala pelakon kedua adalah sebagai pemilik sudut pandang kedua. Jadi kita ini sedang berbicara tentang seorang yang memiliki sudut pandangan pertama yang sedang memberikan pandangnya terhadap pelakon yang kedua. Semua informasi-informasi yang ditulis pada perenggan kedua di atas adalah menurut sudut pandangan pelakon pertama. Manakala yang diceritakan adalah perihal peribadi dan fizikal pelakon yang kedua. Saya fikir cukup jelas focus bicara kita pada bahagian ini.

Kembali semula kepada tajuk kita. Bagaimanakan sebenarnya yang kita sebutkan sebagai golongan islam yang extremis? Adakah wujud sebenarnya golongan ini? Atau saja diwujudkan kerana kurang senangnya kita kepada golongan ini? Atau mungkin suatu pandangan peribadi yang kita rasakan seharusnya layak untuk kita wujudkan kerana itu sekadar pendapat yang tidak salah untuk dilontarkan kepada masyarakat?

Mungkin kalian pernah mendengar tentang golongan islam yang ditambah di penghujung perkataan islam itu, bukan? Seperti islam liberal, islam sekular, islamofobia, islamisma dll. Tapi mungkin baru pernah mendengar tentang islam extreme yang ke hadapan ini sering di sebut-sebutkan. Sebenarnya islam extreme adalah satu label yang dicanangkan oleh masyarakat kita (masyarakat islam kita sendiri). Asal wujudnya islam extreme ini adalah persis seperti golongan-golong islam yang kita sebut sebagai islam terrorisma. Nauzubillah. Jauhkan itu dari pandangan saya. Tetapi masyarakat kita tidak melabelkan golongan atau individ-individu tersebut sebagai islam terorisma kerna golongan ini tidak mengangkat senjata jauh sekali mempunyai kekuatan laskar perangnya sendiri. Sebab selanjutnya kenapa kita tidak melabelkan golongan islam extreme ini dengan gelaran islam terrorisma? Kerana golongan yang melabelkan ini adalah mungkin kita atau sesiapa sahaja yang memberikan pandangan pertama kepada pelakon kedua. Boleh jadi pelakon kedua itu adalah golongan ustaz ustazah, atau yang berkelulusan al-azhar atau mungkin dari Jordan atau yang bekerja di kampung-kampung yang kuat pergi ke masjid, atau yang sering membawa ke hulu dan ke hilir kayu sugĂ­nya atau yang kerjaya besar tapi bicara sehari-harinya tentang agama dan kerosakan akhlak remaja atau mungkin golongan islam extremis ini yang kita labelkan adalah golongan yang melaksanakan tuntutan agama secara berlebih-lebihan. Adakah itu golongan yang kita sesuka hati melabelkan mereka ini sebagai islam extreme?

Kita sering suka berpegang kepada hadis ini yang kita sendiri belum pasti asal usul hadis ini; senatnya dan fungsi hadis ini untuk permasalah yang bagaimana. Tetapi tetap kukuh menggunakannya. Ini kerana dek sering mendengar hadis ini disebut-sebut oleh ustaz-ustaz, lalu dengan tiada ilmu kehadisannya kita menggunapakai hadis ini mengikut kehendak kita.

Hadis itu berbunyi lebih kurang sebegini. ´Hendaklah kamu bersederhana dalam kehidupan´

Saya pasti semua orang tahu atau pernah terdengan tentang hadis ini, kan? Mari saya bawa sidang pembaca berkaitan hadis ini bagaimana kita dan masyarakat sering memanipulasi hadis ini dalam kehidupan seharian kita. Golongan yang kita labelkan sebagai islam yang extremis ini biasanya yang kita sebutkan sebagai golongn yang melaksanakan tuntutan agama secara berlebih-lebihan atau secara extreme? atau tindak tanduk golongan ini dalam membela agama bagi kita tampak terlalu keterlaluan atau extreme? Atau mungkin golongan yang kita labelkan ini di kaca mata kita terlalu sensitive soal agama dalam menyentuh hal-hal kehidupan? Atau mungkin sebenarnya kita langsung tidak sensitive tentang isu agama? Atau mungkin kita yang tidak mengambil tahu hal ibadah dan tidak pula membela agama islam? Berlebihan ? berkurangan? Atau tidak?

Sebelum saya pergi lebih jauh dari untuk mengupas isu ini. Saya berikan sidang pembaca beberapa perumpamaan mudah. Anda tahu apa itu KPI? Anda kenal kayu ukur itu apa? Anda kenal garis panduan? Inilah antara kaedah-kaedah mudah yang kita gunakan dalam memberikan satu turning point dalam apa-apa kerja dan projek yang kita laksanakan. Persoalannya, dalam isu melabelkan individu lain sebagai islam yang extremis ini secara peribadi, adakah kita menggunakan KPI atau apa-apa jenis kayu ukur atau mungkin garis panduan? Atau sebenarnya kita ini hanya sekadar serkap jarang atau lebih seriusnya perbuatan kita ini sebenarnya sebagai perbuatan yang sedang memfitnah individu-individu yang tidak bersalah? Hmm.. di manakah kedudukan kita dalam persoalan di atas?

Saya berikan 1 perumpamaan tentang kelemahan kita dalam meletakkan kayu ukur atas topic keserdehanaan. Saya mahu bertanya satu soalan terlebih dahulu. Jika kita ditanya tentang kesederhanaan. Bagaimana kita meletakkan tahap keserdehanaan kita? Adakah tahap keserderhanaan kita diukur atas keupayaan intelektual kita? Atau mungkin taraf hidup atau mungkin keserderhanaan itu kita ukur pada nilai harta yang kita miliki? Ha! mungkin sidang pembaca mula memikirkan atau tersedar dari lamunan yang panjang bagaimana saya boleh membawa sidang pembaca ketahan pemikiran ini sedangkan dirasakan melabelkan individu lain secara hak peribadi itu terasa tidak memberi impak yang besar seperti mana yang sedang kita kupas ini.

Kita masuk kepada perumpamaan tentang kesederhanaan. Kisah pertama.
Sedang duduk-duduk seorang gadis di depan kaca tv terbuka dia siaran agama. Seorang ustazah sedang sibut berbicara soal pemakanan menurut perspektif islam. Tampak berminat gadis tersebut fokus mendengar bicara sang ustazah tersebut. Lalu datang seorang teman duduk di sininya dan menonton bersama. Berbicara teman tadi `eleh, ustazah ini cakap tentang besederhana dalam hidup, tengok je la pakaian dia tu mahal, pakai barang kemas besar-besar lak tu. Ko nak tau umah ustazah tu besar dow.. kereta BMW bawak datang ceramah. Pastu cerita dekat orang pasal besederhana, padahal die yang bermewah-mewah´. Lalu terlintas difikiran gadis tadi, ´betul gak dak ni cakap, ustazah ni cakap tak serupa bikin ni´.

ok kita berhenti disitu. Sekali pandangan bicara sebegini rupa rasanya sering berlaku dalam masyarakat kita termasuk mungkin salah satu dialog yang kita pernah guna pakai sebelum ni. Dari sudut pandangan teman tersebut, bagaimanakah agaknya kayu ukur kesederhanaan yang dia maksudkan terhadap ustazah itu? Dengan ustazah tersebut memakai pakaian yang mahal-mahal tadi, adakah ustazah itu tidak beserderhana? Atau mungkin tahap keserderhanaan teman yang berbicara itu dalam benak pemikirannya adalah seorang ustazah yang bersifat sederhana mestilah berpakaiannya tidak mahal, biasa-biasa sahaja dan tidak mengenakan barang kemas yang besar-besar di tangan. Atau mungkin sebenarnya sudut pandangan teman itu terhadap kayu ukur keserderhanaannya adalah merujuk kepada sudut pandangan keserderhanaan dirinya sendiri. Penilaian kesederhanaan itu adalah merujuk kepada harta dan kemampuan dirinya dan bukan pada ustazah itu.

Maka di sini kita dapat lihat berapa ramai manusia yang suka dan gemar melabel atau meletakkan kayu ukur yang salah terhadap orang lain berdasarkan sudut pandangan diri mereka sendiri. Dalam hal-hal sebegini orang-orang di sekeliling kita pula lebih gemar mengéyakan dari terlebih dahulu menilai atau pun duduk dalam situasi orang yang dilabelkan atau yang diberi pandangan. Dalam perumpamaan di atas, sebenarnya ustazah itu besederhana dalam pemakaiannya walaupun tampak mahal pada kaca mata orang lain. Ini kerana mungkin dia dan keluarganya memiliki harta dan kaya. Jadi dengan kekayaan yang di milikinya dari sudut dia berpakaian itu sudah besederhanalah bagi keupayaan dan taraf duduknya. Jika dia berpakaian menurut sudut pandangan teman tadi mungkin dari sudut taraf hidupnya pakaian tersebut adalah dalam kategori murah atau merendahkan darjat keluarganya. Jadi mengapa perlu dia berpakaian murah sedangkan dia berkemampuan. Kan kufur nikmat namanya jika harta yang dimiliki tidak dipergunakan untuk kehidupan.

Ok. Jadi di atas itu adalah satu contoh menunjukkan sebenarnya cara penilaian kita kepada sesuatu perkara yang kita pandang itu adalah kebanyakanya salah dan meleset kerana kayu ukur kepada penilaian kita itu telah pada mulanya salah maka apatah lagi hasil penilaian itu pastinya juga salah. Berbalik kepada persoalan melabelkan golongan islam yang extremis tadi. Kita merasakan golongan yang extremis ini sangatlah berlebih-lebihan dalam tindak tanduk berbuatan mereka dalam beragama. Dan kita sering berpendapat, seharusnya mereka ini tidak terlalu extreme dalam beragama kerana kita hendak la bersederhana dalam kehidupan. Kenyataan kita itu terpatrikan kuat dengan hadis ´hendaklah kamu besederhana dalam kehidupan´. Tetapi sesungguhnya saya ingin memperingatkan kepada sidang pembaca sekalian, jika ada dikalangan anda yang pernah dan masih memiliki corak pemikiran seperti itu hendaklah segera memeriksa tingkat keimanan anda.

Pasti anda tertanya-tanya. Kepada begitu? Kenapa harus memeriksa iman kita sama ada pernah atau masih berfikiran seperti itu? Ini adalah kerana dalam persoalan melabelkan golongan muslim atau saudara seislam kita dengan label islam extreme ini, kita telah sama sekali menggunakan kayu ukur yang salah. Sama sekali kayu ukur itu salah. SALAH: SALAH DAN SALAH. Orang islam ini ada beberapa golongan. Golongan-golongan ini dibedakan dengan tingkat imannya. Ada golongan awam iaitu golongan yang amalnya perkara-perkara wajib sahaja. Ada golongan khusus iaitu golongan yang amalnya yang wajib dan sunnatnya juga terlaksana. Dan ada golongan khusus dalam khusus iaitu golongannya orang-orang yang tingkat imannya tinggi dan dekat dirinya di sisi ALLAH.

Persoalannya, kita ini di peringkat mana? Adakah layaknya di dalam golongan khusus dalam khusus iaitu setara golongan nabi, rasul dan sahabat-sahabat? Atau kita ini golongan khusus iaitu dalam golongan ulama´ dan wali-wali? Atau kita ini hanya layak berada dalam golongan awam? Atau mungkin tidak layak dalam golongan awam? Kerana solatnya belum cukup 5 waktu lagi, auratnya kadang-kadangan tutup kadang-kadang terbuka dek mengikutkan perihal fashion freemeson, atau masih belum kuat bersabar dengan mehnah dunia dan masih lagi sering menyalahkan takdir Rabb, atau kerana masih lagi berjalan bengkang-bengkong mencari kebenaran sunnah rasul yang mana perlu diikuti. Hmm..manakah letaknya kita ini dalam golongan umat islam? Nauzubillah he min zalik. Sedih rasanya menilai tahap keimanan yang sangat rendah. Hinggakan maksiat di depan mata tidak boleh terhalang dek usaha tangan kita sendiri, atau mungkin dengan suara atau mungkin yang terakhir sekali iaitu selemah-lemah iman dengan hati. Tapi itu pun maksiat tidak dapat di halang dek hati kita yang hitam dengan tompokan dosa lalu terpaksa merelakan maksiat di depan mata. Maka manakah tahap keimanan kita????????????

Hati ini ibarat raja dalam diri. Kalau rosak hati rosak seluruh anggota. Maka jika rosak hati maka pasti yang dibicaranya dari anggota mulutnya perkara-perkara yang kotor, jijik, hina, tipu, bohong, termasuk juga fitnah. Begitu juga jika rosak hati maka apa yang diberi pandangan oleh otak itu seharusnya yang tidak tepat dan tidak benar. Jika yang rosak hati pasti ilham yang datang itu bukan yang benar dan murni. Jika rosaknya hati maka gerak hati pastinya yang tidak benar dan menipui. Maka jikalah kita ini tergolong dalam golongan yang tingkat imannya adalah lemah atau mungkin hati kita rosak dek dosa-dosa yang lampau. Maka apa seharusnnya terjadi? Apa kaitnya dengan tajuk kita ´melabelkan golongan islam yang extremis´? Maka jika sudah rosak semuanya, rosak akal dan hati, mana mungkin ada kayu pengukur terbaik untuk kita sandarkan? Masihkan ingin menilai dan melabelkan golongan lain dengan gelaran islam yang extremis dengan gerak hati yang sudah rosak atau mungkin dengan keintelaktualan yang rosak juga? Bagaimana?

Maka, begini untuk memudahkan pemahanaman anda. Sebenarnya mudah sekali untuk kita pahami isu ini. Kita merasakan orang lain sangat berlebih-lebihan (extreme) dalam perbuatan mereka kerana sebenarnya kita yang kurang melakukan. Itu yang menyebabkan kita merasakan orang lain berlebih-lebihan. Seumpama dalam berpakaian, orang yang menutup aurat menurut syara´ kita katakan berpakaian secara extreme. Ia sebenarnya bukan extreme, sebaliknya kita yang kurang; kurang menutup aurat, atau kurang pakaian untuk menutup aurat atau mungkin kurang ilmu tentang menutup aurat. Kerana kekurangan yang kita ada membuatkan orang membuat perkara yang sederhana (standard) dikatakan extreme. Perumpamaan itu yang saya fikir amat mudah untuk difahami bagi menjadikan satu konklusi pada topik yang sangat ringkas tapi lebar perbincangannya ini kita tutupin.

Kita memandangan orang lain extreme dalam beragama sebenarnya suatu istilah yang langsung tidak wujud sama sekali. Kewujudan istilah itu dikalangan masyarakat adalah disebabnya corat memikiran masyarakat yang sudak banyak kurangnya; kurang ilmu agama, kurang beribadah, kurang sensitif, kurang pembelaan terhadap agama, kurang iman dan kurang gula dalam senyuman. Apa bila semuanya sudah kurang maka orang yang berbuat sesuatu yang sederhana (standard) dianggap berlebih-lebihan. Bila sunnah tidak diamalkan, yang melakukan sunnah dianggap extreme. Jika solat tidak dilaksanakan, maka orang yang pergi ke masjid di anggap orang kuat sembahyang. Jika ada orang bercerita tentang agama, tiada siapa yang berminat untuk mendengarnya dek ceteknya ilmu agama yang dimiliki dan tiada perkara yang bersangkut pauh dalam hal-hal agama untuk dikongsi kerna ilmu agama kurang, kalau bicara soal ilmu dunia tentang bola pasti ramai yang berminat hingga mampu bertuhankan bola sepak lagi dari sujud menyembah tuhan.

Seperkara lagi yang ingin saya khabarkan sebelum menurut tirai bicara ini. Ada segolongan islam ini pula yang dicanang oleh romawi (amerika dan eropa) lalu tepat dan terbenam pula dalam kotak pemikiran umat islam yang buta ini iaitu islam terrorism. Tahukah kalian gelaran itu dijaja oleh romawi kepada dunia agar mereka boleh masuk ke asia barat dan sebagai asebab untuk armada kapal perang mereka mendekati lokasi strategi perang dunia ketiga iaitu perang armagedon. Maksud arma adalah gunung. Magedon adalah sebuah tempat yang terdapat di syam (palestina) di mana lokasi perang dunia ketiga akan perlaku di sana. Ketahuilah bahawa mengapa istilah islam terrorism itu diwujudkan adalah supaya kita umat islam sendiri akan berkelahi sesama sendiri dan membenci pahlawan islam kita sendiri yang akan menjadi pembela akhir zaman. Romawi melabelkan islam terrorism itu adalah kepada golongan yang mempunyai fizikal dan corak pakaian yang sama persis dengan golongan islam extremis yang kita labelkan. Golongan tersebut memiliki; janggut panjang, rambut panjang, susuk tubuh yang tinggi, berseban hitam dan berbaju putih. Semestinya mereka mengangkat senjata untuk mempertahan agama. Golongan inilah yang bergelar ´pembawa panji hitam´; pembela iman al-mahdi. (rujukan Amin Muhammad Jamaluddin dalam buku Huru Hara Akhir Zaman, penjelasan terakhir untuk umat islam)


MORAL OF THE STORY

Dengan itu Bertaubat la sang hamba tuhan yang berpandangan sudut pertama. Hilangkanlah sudut pandangan mu itu terhadap pelakon kedua (golongan yang kamu labelkan sebagai islam extreme), bergabunglah kamu dengan mereka atau sekurangnya bersama dalam sepakatan pandangan ketiga. Semoga ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...