Wednesday, December 16, 2009

ADAKAH ADA PILIHAN DLM HIDUP?

Adakah hidup ini ada pilihan? kita sering merasakan hidup ini penuh dengan pilihan. Sama ada pilihan itu antara 2 atau 3 atau mungkin lebih pilihannya. Tapi mungkin bukan ramai yang duduk diam sejenak dan memandang ke langit seraya bertanya kepada diri, adakah benar kehidupan ini ada pilihan atau sebenarnya kehidupan ini tiada pilihan? Sulit untuk kita menyatakan sama ada kehidupan ini punyai pilihan atau tidak. Tapi mungkin kita boleh sama-sama menyelami buah fikiran yang tuhan berikan untuk sama-sama kita mencari jawapannya.

Jika kita bercinta antara 2 pasangan yang akhirnya kita perlu memilih yang mana lebih baik untuk dijadikan pasangan secocok untuk bisa kita melayari kehidupan bersama. Adakah itu mungkin salah satu bentuk pilihan dalam kehidupan ini? Pilihannya adalah memilih pasangan 1 antara 2 untuk dijadikan teman hidup. Tetapi hakikat sebenarnya, kedua-dua itu boleh dikahwini dan itu kita panggil sebagai poligami. Maka? boleh dikatakan ini bukannya dipanggil pilihan kerana berpoligami adalah hakikatnya. Tetapi sebalinya jika kita menganggap adanya pilihan di situ, maka itu kita namakan sebagai kehendak. Ianya kerana memang hakikatnya kita boleh mengahwini keduanya tetapi disebabkan kemahuan antara 2 pasangan itu untuk dipilih 1 sahaja jadilah berdasarkan kehendak itu. Itu yang kita katakan di sini sebagai hakikat dan kehendak.

Contoh yang kedua pula mungkin sedikit mendalam maksudnya yang perlukan kepada pembaca bersama-sama saya menyelusuri idea ini bersama. Contoh ini tentang 5 perkara: datang 5 perkara sebelum 5 perkara. Apakah itu? 1. Sihat sebelum sakit. 2. Muda sebelum tua. 3. Kaya sebelum miskin. 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati. Kita susuri 5 perkara ini. Ianya memang 5 perkara yang akan berlaku dalam kehidupan, sama ada berlaku sebentar atau lama dalam kehidupan, sama ada sedar atau tidak 5 perkara ini akan berlaku dalam kehiduapan. 5 perkara ini pasti berlaku dalam kehidupan, tidak boleh pula kita memilih 3 dari 5 ini atau 4 dari 5 atau 1 sahaja pilihannya dari 5 perkara ini. Pasti semuanya akan berlaku dalam kehidupan. Kenapa ianya tidak boleh dipilih atau ianya bukan pilihan kerana ternyata kehidupan itu ibarat roda. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang kita kaya dan kadang kita miskin. Kadang kita lapang dan kadang kita sempit. Jika 5 perkara ini bukan pilihan maka ini adalah kedua contohnya yang mungkin boleh membuatkan diri kita berfikir semula, adakah hidup ini ada pilihan atau tidak?

Contoh yang ke-3 pula , bagi memudahkan pemahaman pembaca ijinkan saya membuat perumpamaan tentang pilihan dalam kehidupan ini melalui situasi. Katakan saiful aswad diminta oleh ibunya untuk membeli 3 barang di kedai. Sebaik sampai di kedai, hanya 2 dari 3 barang itu terbeli yang 1nya tidak dijual di kedai itu, sebaliknya ada dijual di kedai lain yang jaraknya dari kedai tersebut 500m. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin bertanya kepada siding pembaca. Adakah membeli barangan oleh saiful aswad itu satu tanggungjawab? Atau satu permintaan yang boleh dipilih untuk melakukan atau tidak? Dari 2 persoalan saya tadi, mana satukah yang hakikat dan mana yang adalah kehendak? Adakah hakikat adalah untuk tidak pergi ke kedai yang 1 lagi itu untuk membeli barangan terakhir. Atau mungkin tanggungjawab itu adalah kehendak saiful aswad iaitu terpulang kepada saiful aswad itu berkehendakkan tanggungjawab itu atau tidak. Maka bila kita lestarikan situasi ini makanya sudah pasti hakikatnya adalah membeli barangan itu sebagai tanggungjawab saiful aswad dan untuk pergi atau tidak ke kedai yang jaraknya 500m itu adalah kehendak. Mana yang lebih perlu didahulukan antara dalam kehidupan sama ada hakikat dan kehendak? Sudah pasti jika saiful aswab berkehendakkan untuk tidak pergi ke kedai itu sebagai jawapan kepada rasa malasnya untuk ke sana, maka itu terserah kepadanya. Tetapi yang pasti hakikatnya itu bukan satu pilihan sebaliknya kerana ada rasa hati dan input luaran yang mendorang dia untuk tidak menjalankan tanggungjawabnya dan dia berbuat sedemikian rupa atas kehendaknya. Sebaliknya jawapan kepada persoalan ini adalah hakikatnya dia perlu pergi kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya.

Maka dari 3 contoh di atas, berapa banyak sudah dalam kehidupan ini kita menidakkan tentang hakikat hidup yang perlu kita jalani dengan membuatkan kehidupan ini wujud dengan beberapa pilihan yang kita ada-adakan dalam hidup ini atas alasan kehendakan hidup. Makanya jika sudah banyak hakikat yang terpadam dalam kehidupan dek banyaknya kehendak-kehendak dalam hidup, akan wujudlah apa yang kita katakan disini sebagai pilihan dalam hidup. Di situ baru la pula bermulanya dilemma membuat pilihan dalam kehidupan dek banyaknya kehendak-kehendak dalam hidup kita hari ini. Sampai akhirnya yang hakikat pada asalnya tadi sudah tidak nampak lagi dek sibuk membuat pilihan antara kehendak-kehandak yang ada.

Mudah dikatakan disini, biar saya berikan lagi 1 contohnya. Situasi ke-4: Kamu diminta pergi melawat bapa saudara kamu yang sakit kuat. Lalu kamu diminta untuk menaiki keretapi kerna lokasi rumah bapak saudaramu itu persis hampir dengan stesyen keretapi agar cepat kamu sampai ke rumahnya sebelum terlambat. Makanya saya rasakan itu sudah menjadi satu tanggungjawab untuk pergi ke sana menaiki keretapi. Maka tidak ada sebarang pilihan di situ sama ada hendak pergi atau tidak. Tapi yang saya katakan sebentar tadi bila mana kehendak itu telah berbondon-bondon termasuk dalam kebiasaan kehidupan maka yang 1 hakikat tadi sudah jadi pilihan pula? Bagimana hakikat boleh berubah kepada pilihan dek alasan kemahuan ialah 1. (hakikat); perlu ke rumah b.saudara yang sakit kuat menaiki keretapi. Lalu timbul pula kehendak lain iaitu 2. Aku tidak pernah menaiki keretapi jadi enggak mungkin bisa pergi kerna mungkin tidak selesa. 3. Ada tiket kelas pertama atau tidak menaiki keretapi itu? 4. Ada hiburan atau enggak di dalam keretapi itu sepanjang perjalanan 10 jam? 5. Jika tidak selesa aku pasti tidak mungkin pergi. Pilihan 6 dan 7 atau 8 mungkin beserta pilihan-pilihan lain yang akan menjelma. Jika penuh dengan kehendak yang menimbun-nimbun, pastinya akan tertenggelamlah hakikat sebenar kepada situsai yang dinyatakan tadi. Makanya jika pilihan ke-5 dipilih dari kekalutan memikirkan pilihan-pilihan yang ada maka sudah tentu kehendak yang dijadikan jawapan dalam soalan hidup dan bukannya hakikat. Tutup disitu.

Kita kembali semua kepada persoalan utama yang diperbincangkan. Persoalannya, hingga saat ini masihkah dalam kehidupan ini ada pilihan atau sekadar kita umat manusia ini yang mengada-adakan pilihan dalam hidup ini? Saya percaya sebenarnya dalam kehidupan ini ada pilihan. Pilihan yang sebenarnya adalah pilihan yang kita perlu lakukan di awal kelahiran kita tentang persoalan akhir kehidupan kita iaitu? Apa persaoalan besar itu? Persoalannya adalah adakah kita mahu memilih untuk mengakhiri kehidupan kita di syurga atau neraka? Tetapi jawapan kepada persoalan tersebut adalah dijawab oleh kita sendiri disepanjangan perjalanan kita menyelusuri kehidupan ini. Kita masih ada pilihan sama ada mahu ke neraka atau kesyurga. Masih boleh memilih neraka dan juga memilih syurga? Saya ulang semula, kita masih boleh memilih neraka atau pun syurga. Atau sebenarnya semua umat manusia mahu memasuki syurga? Adakah semua umat manusia mahu masuki syurga? Adakah perjalanan umat manusia hari ini manghampiri ke arah pilihan syurga? Jika dirasakan ada umat manusia ini yang tidak menghampiri kehidupnya ke arah syurga. Adakah umat manusia ini memilih neraka sebagai pengakhir kehidupan mereka? Sudah pasti jika ditanya kepada siapa pun, tidak ada yang memilih neraka sebagai matlamat awal kelahirannya. Mana mungkin ada manusia yang mengarahkan segala kerja hidupnya untuk ke neraka? Mungkin di dalam proses perjalanannya barang kali tersasar dari landasan yang memungkinkan ia terjerumus ke lembah neraka. Maka jika tidak ada umat manusia yang memilih neraka dan hanya mahukan syurga. Adakah hakikat kehidupan ini masih mempunyai pilihan? atau manusia itu yang mengada-adakan pilihan atas kehendak hidupnya mereka. Jika persoalan akhir kehidupan ini sudah tercatat tentang tiada adanya pilihan dalam kehidupan ini. Sebenarnya kita hanya ada 1 pilihan saja dalam kehidupan. 1 syurga sahaja yang kita tujui. 1 jalan lurus sahaja yang kita pohon dalam doa-doa kita. 1 agama sahaja yang kita anuti dan 1 tuhan sahaja yang kita sembah. Kenapa perlu mencelarukan kehidupan dengan pilihan-pilihan yang lain? Kerana hakikat kehiduapan itu 1. Dan pilihan kehidupan itu adalah kehendak. Maka marilah mulai dari saat ini kita hitung berapa banyakkah kehendak dalam kehidupan ini yang kita mahu pilih dan mahu penuhi. Dan berapa pula banyak pilihan kehendak kita ini yang akan membawa kita jauh dari hakikat sebenar kehidupan? Hitunglah segera. Adakah masih dirasakan kehidupan ini mempunyai pilihan?

MORAL OF THE STORY

Sedarlah bahawa hakikat hidup itu hanya 1. Islam sebagai ad-din. Tiada yang lain untuk kita pilih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...