Wednesday, December 16, 2009

ADAKAH ADA PILIHAN DLM HIDUP?

Adakah hidup ini ada pilihan? kita sering merasakan hidup ini penuh dengan pilihan. Sama ada pilihan itu antara 2 atau 3 atau mungkin lebih pilihannya. Tapi mungkin bukan ramai yang duduk diam sejenak dan memandang ke langit seraya bertanya kepada diri, adakah benar kehidupan ini ada pilihan atau sebenarnya kehidupan ini tiada pilihan? Sulit untuk kita menyatakan sama ada kehidupan ini punyai pilihan atau tidak. Tapi mungkin kita boleh sama-sama menyelami buah fikiran yang tuhan berikan untuk sama-sama kita mencari jawapannya.

Jika kita bercinta antara 2 pasangan yang akhirnya kita perlu memilih yang mana lebih baik untuk dijadikan pasangan secocok untuk bisa kita melayari kehidupan bersama. Adakah itu mungkin salah satu bentuk pilihan dalam kehidupan ini? Pilihannya adalah memilih pasangan 1 antara 2 untuk dijadikan teman hidup. Tetapi hakikat sebenarnya, kedua-dua itu boleh dikahwini dan itu kita panggil sebagai poligami. Maka? boleh dikatakan ini bukannya dipanggil pilihan kerana berpoligami adalah hakikatnya. Tetapi sebalinya jika kita menganggap adanya pilihan di situ, maka itu kita namakan sebagai kehendak. Ianya kerana memang hakikatnya kita boleh mengahwini keduanya tetapi disebabkan kemahuan antara 2 pasangan itu untuk dipilih 1 sahaja jadilah berdasarkan kehendak itu. Itu yang kita katakan di sini sebagai hakikat dan kehendak.

Contoh yang kedua pula mungkin sedikit mendalam maksudnya yang perlukan kepada pembaca bersama-sama saya menyelusuri idea ini bersama. Contoh ini tentang 5 perkara: datang 5 perkara sebelum 5 perkara. Apakah itu? 1. Sihat sebelum sakit. 2. Muda sebelum tua. 3. Kaya sebelum miskin. 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati. Kita susuri 5 perkara ini. Ianya memang 5 perkara yang akan berlaku dalam kehidupan, sama ada berlaku sebentar atau lama dalam kehidupan, sama ada sedar atau tidak 5 perkara ini akan berlaku dalam kehiduapan. 5 perkara ini pasti berlaku dalam kehidupan, tidak boleh pula kita memilih 3 dari 5 ini atau 4 dari 5 atau 1 sahaja pilihannya dari 5 perkara ini. Pasti semuanya akan berlaku dalam kehidupan. Kenapa ianya tidak boleh dipilih atau ianya bukan pilihan kerana ternyata kehidupan itu ibarat roda. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang kita kaya dan kadang kita miskin. Kadang kita lapang dan kadang kita sempit. Jika 5 perkara ini bukan pilihan maka ini adalah kedua contohnya yang mungkin boleh membuatkan diri kita berfikir semula, adakah hidup ini ada pilihan atau tidak?

Contoh yang ke-3 pula , bagi memudahkan pemahaman pembaca ijinkan saya membuat perumpamaan tentang pilihan dalam kehidupan ini melalui situasi. Katakan saiful aswad diminta oleh ibunya untuk membeli 3 barang di kedai. Sebaik sampai di kedai, hanya 2 dari 3 barang itu terbeli yang 1nya tidak dijual di kedai itu, sebaliknya ada dijual di kedai lain yang jaraknya dari kedai tersebut 500m. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin bertanya kepada siding pembaca. Adakah membeli barangan oleh saiful aswad itu satu tanggungjawab? Atau satu permintaan yang boleh dipilih untuk melakukan atau tidak? Dari 2 persoalan saya tadi, mana satukah yang hakikat dan mana yang adalah kehendak? Adakah hakikat adalah untuk tidak pergi ke kedai yang 1 lagi itu untuk membeli barangan terakhir. Atau mungkin tanggungjawab itu adalah kehendak saiful aswad iaitu terpulang kepada saiful aswad itu berkehendakkan tanggungjawab itu atau tidak. Maka bila kita lestarikan situasi ini makanya sudah pasti hakikatnya adalah membeli barangan itu sebagai tanggungjawab saiful aswad dan untuk pergi atau tidak ke kedai yang jaraknya 500m itu adalah kehendak. Mana yang lebih perlu didahulukan antara dalam kehidupan sama ada hakikat dan kehendak? Sudah pasti jika saiful aswab berkehendakkan untuk tidak pergi ke kedai itu sebagai jawapan kepada rasa malasnya untuk ke sana, maka itu terserah kepadanya. Tetapi yang pasti hakikatnya itu bukan satu pilihan sebaliknya kerana ada rasa hati dan input luaran yang mendorang dia untuk tidak menjalankan tanggungjawabnya dan dia berbuat sedemikian rupa atas kehendaknya. Sebaliknya jawapan kepada persoalan ini adalah hakikatnya dia perlu pergi kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya.

Maka dari 3 contoh di atas, berapa banyak sudah dalam kehidupan ini kita menidakkan tentang hakikat hidup yang perlu kita jalani dengan membuatkan kehidupan ini wujud dengan beberapa pilihan yang kita ada-adakan dalam hidup ini atas alasan kehendakan hidup. Makanya jika sudah banyak hakikat yang terpadam dalam kehidupan dek banyaknya kehendak-kehendak dalam hidup, akan wujudlah apa yang kita katakan disini sebagai pilihan dalam hidup. Di situ baru la pula bermulanya dilemma membuat pilihan dalam kehidupan dek banyaknya kehendak-kehendak dalam hidup kita hari ini. Sampai akhirnya yang hakikat pada asalnya tadi sudah tidak nampak lagi dek sibuk membuat pilihan antara kehendak-kehandak yang ada.

Mudah dikatakan disini, biar saya berikan lagi 1 contohnya. Situasi ke-4: Kamu diminta pergi melawat bapa saudara kamu yang sakit kuat. Lalu kamu diminta untuk menaiki keretapi kerna lokasi rumah bapak saudaramu itu persis hampir dengan stesyen keretapi agar cepat kamu sampai ke rumahnya sebelum terlambat. Makanya saya rasakan itu sudah menjadi satu tanggungjawab untuk pergi ke sana menaiki keretapi. Maka tidak ada sebarang pilihan di situ sama ada hendak pergi atau tidak. Tapi yang saya katakan sebentar tadi bila mana kehendak itu telah berbondon-bondon termasuk dalam kebiasaan kehidupan maka yang 1 hakikat tadi sudah jadi pilihan pula? Bagimana hakikat boleh berubah kepada pilihan dek alasan kemahuan ialah 1. (hakikat); perlu ke rumah b.saudara yang sakit kuat menaiki keretapi. Lalu timbul pula kehendak lain iaitu 2. Aku tidak pernah menaiki keretapi jadi enggak mungkin bisa pergi kerna mungkin tidak selesa. 3. Ada tiket kelas pertama atau tidak menaiki keretapi itu? 4. Ada hiburan atau enggak di dalam keretapi itu sepanjang perjalanan 10 jam? 5. Jika tidak selesa aku pasti tidak mungkin pergi. Pilihan 6 dan 7 atau 8 mungkin beserta pilihan-pilihan lain yang akan menjelma. Jika penuh dengan kehendak yang menimbun-nimbun, pastinya akan tertenggelamlah hakikat sebenar kepada situsai yang dinyatakan tadi. Makanya jika pilihan ke-5 dipilih dari kekalutan memikirkan pilihan-pilihan yang ada maka sudah tentu kehendak yang dijadikan jawapan dalam soalan hidup dan bukannya hakikat. Tutup disitu.

Kita kembali semua kepada persoalan utama yang diperbincangkan. Persoalannya, hingga saat ini masihkah dalam kehidupan ini ada pilihan atau sekadar kita umat manusia ini yang mengada-adakan pilihan dalam hidup ini? Saya percaya sebenarnya dalam kehidupan ini ada pilihan. Pilihan yang sebenarnya adalah pilihan yang kita perlu lakukan di awal kelahiran kita tentang persoalan akhir kehidupan kita iaitu? Apa persaoalan besar itu? Persoalannya adalah adakah kita mahu memilih untuk mengakhiri kehidupan kita di syurga atau neraka? Tetapi jawapan kepada persoalan tersebut adalah dijawab oleh kita sendiri disepanjangan perjalanan kita menyelusuri kehidupan ini. Kita masih ada pilihan sama ada mahu ke neraka atau kesyurga. Masih boleh memilih neraka dan juga memilih syurga? Saya ulang semula, kita masih boleh memilih neraka atau pun syurga. Atau sebenarnya semua umat manusia mahu memasuki syurga? Adakah semua umat manusia mahu masuki syurga? Adakah perjalanan umat manusia hari ini manghampiri ke arah pilihan syurga? Jika dirasakan ada umat manusia ini yang tidak menghampiri kehidupnya ke arah syurga. Adakah umat manusia ini memilih neraka sebagai pengakhir kehidupan mereka? Sudah pasti jika ditanya kepada siapa pun, tidak ada yang memilih neraka sebagai matlamat awal kelahirannya. Mana mungkin ada manusia yang mengarahkan segala kerja hidupnya untuk ke neraka? Mungkin di dalam proses perjalanannya barang kali tersasar dari landasan yang memungkinkan ia terjerumus ke lembah neraka. Maka jika tidak ada umat manusia yang memilih neraka dan hanya mahukan syurga. Adakah hakikat kehidupan ini masih mempunyai pilihan? atau manusia itu yang mengada-adakan pilihan atas kehendak hidupnya mereka. Jika persoalan akhir kehidupan ini sudah tercatat tentang tiada adanya pilihan dalam kehidupan ini. Sebenarnya kita hanya ada 1 pilihan saja dalam kehidupan. 1 syurga sahaja yang kita tujui. 1 jalan lurus sahaja yang kita pohon dalam doa-doa kita. 1 agama sahaja yang kita anuti dan 1 tuhan sahaja yang kita sembah. Kenapa perlu mencelarukan kehidupan dengan pilihan-pilihan yang lain? Kerana hakikat kehiduapan itu 1. Dan pilihan kehidupan itu adalah kehendak. Maka marilah mulai dari saat ini kita hitung berapa banyakkah kehendak dalam kehidupan ini yang kita mahu pilih dan mahu penuhi. Dan berapa pula banyak pilihan kehendak kita ini yang akan membawa kita jauh dari hakikat sebenar kehidupan? Hitunglah segera. Adakah masih dirasakan kehidupan ini mempunyai pilihan?

MORAL OF THE STORY

Sedarlah bahawa hakikat hidup itu hanya 1. Islam sebagai ad-din. Tiada yang lain untuk kita pilih.

Saturday, November 14, 2009

sistem pendidikan bukan sistem pengujian



Sistem pendidikan itu sebenarnya adalah sistem pembentukan manusia. Ianya membentuk dari sesuatu yg tidak berbentuk kpd yg mempunyai bentuk, rupa, pandangan, gaya pemikiran dan mampu pula kelak membentuk yg lainnya. Sistem pendidikan ini adalah sistem pembelajaran yg dibina dlm kumpulan dan kapasiti besar yg menggabungkan dari satu tahap ke tahap yg seterusnya. Mudahnya utk dipahami adalah sistem pendidikan manusia ini adalah berdaraskan tingkat kematangan umurnya. Dimulakan dgn taska (taman asuhan kanak-kanak), tabika (taman bimbingan kanak-kanak), tadika (taman didikan kanak-kanak), pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan peringkat universiti.

Jadi inilah contoh sistem pendidikan yg kita jalani hari ini, dulu dan mungkin generasi seterusnya. Secara sainsnya pula sistem pendidikan boleh diibarakkan seperti molekul dan sisitem pembelajaran berperingkat pula umpama atom-atom kecil. Jika manusia itu melalui semua tahap-tahap pendidikan yang disebut tadi seumpama atom-atom yang bergabung dari satu kepada dua dan kepada seterusnnya dan diakhirnya bila diimbas kembali dari gabungan atom-atom itu makanya wujudlah satu molekul yang kita boleh katakan disini sebagai lengkapnya manusia itu dalam satu sistem pendidikan.

Tapi apakah bentuk, sifat dan kandungan yg membentuk molekul itu kita belum pasti. Tetapi yg pasti molekul tersebut telah lengkap. Melalui sistem pendidikan ini ada pihak pelaksana yg melaksanakan sistem dan ada pula yg merencana corak sistem ini berdasarkan matlmat jangka masa panjang yg ingin mereka bina terhadap manusia tersebut. Manusia ini seumpama sebuah komputer, yg ingin dimasukkan software ke dlmnya. Kita masukkan satu persatu software ke dlm komputer dan kita setup matlamat akhir komputer tersebut utk kita jadikan ianya sama ada sebagai komputer kegunaan bekerja atau belajar atau mungkin kita mahukan komputer itu berfungsi sebagai komputer utk keguna bermain games.

Tapi yg pasti selengkapnya komputer itu akan terjadinya apa yg diinginkan pada permulaan matlamat ia diinginkan. Jika matlamat sistem pendidikan kita pada awalnya baik maka akan terbentuklah generasi yg baik pewaris kpd apa yang diberilajari oleh didikannya. Jika rosak suatu generasi pewaris itu oleh apa yang diberilajari oleh sistem pendidikan itu maka jadilah ia jahat, zalim, kejam, dan rosak akhlaknya dan spiritualnya.



Mana mungkin sebuah komputer yg dimasukkan software pendidikan C++, solidworks, adobe photoshop, autoCAD, java manager, video basic dan ulead videostudio boleh berfungsi utk kegunaan permainan maya. Pasti itu sama sekali tidak mungkin. Begitu juga apa mungkin yang dimasukkan dalam komputer tersebut software gamenya banyak sekali, dengan grafik cardnya dan joystick, si penggunanya akan terdidik dengannya adalah seorang pembikin software, belajarnya adalah multimedia, grafik design, seorang doctor, jurutera atau mungkin seorang akitek. Pastinya komputer ini miliknya adalah seorang yang sukakan hiburan, bermain games berjam-jam lamanya, yg tidurnya tidak cukup dan solatnya 7 kali sehari atau mungkin jumaat sahaja solatnya.

Pasti itu sudah dingerti oleh sapa pun. Makanya jika generasi yg ada pada hari ini cukup cantik, moleh, gebu-gebu, hensem, tanpan dan pintar yg mana biasa dilihatnya ramai di shopping mall, dijalanan, club-club malam dan hotel-hotel murahan. Pastinya generesi itu pintar ya? Pintarnya barang kali seorang siswazah universiti, atau doktor atau mungkin yang masih di kolej swastar melanjukkan pengajian, yang malamnya sepatutnya sibuk di bilik atau perpustakaan mengulangkaji pelajaran atau bikin group discussion.

Tapi yang peliknya dgn sistem pendidikan yang diberilajar itu hasilnya lain deh. Yang ramainya sukakan muzik gila-gilaan gitu, araknya sudah jadi teh tarik hari-hari dikedai yang HALAL, laki-perempuan sudah beranak walau tidak kawin lagi, shuffle sudah jadi penting dari buku sejarah ketamadunan bangsa, rempit itu wajib bagi mereka; bodoh dikatakan jika tidak merempit, perempuannya berpakaian tutup satu badan kecuali dari pusat kebawah dan keatas, lelaki rambut persis ayam jantan yg hilang terunanya dan berbagai-bagai lagi.

Sapa yg salah mendidik ini? yg mendidiknya pasti la ibu bapa dirumahkan? Salahnya ayah yg mencari rezeki saban hari, waktu dan masa. Salahnya ibu yg mengandung 9 bulan yg mungkin tersalah memberi susu badan barang kali. Salahnya atuk dan nenek yg mendidiknya barang kali kerana mendidik orang muda pada usia mereka sudah lajut tua atau salahnya jiran tertangga mungkin yg bising-bising dirumah lalu diri TERPAKSA keluar rumah mencari ketenangan.



Ini semua mungkin barang kali boleh dijadikan alasan kepada rosaknya generasi muda kita tapi ianya enggak mungkin menjadi sebab terbesar kepada populasi manusia umumnya yang terdidik. Ini kita panggil sebagai kesan sampingan semata- mata. Seumpama komputer yg terkena virus mungkin boleh merosakkan, tapi apa guna anti-virus; avira, AVG, trojen remover, kaspersky dan yang lain-lainya.

Pasti boleh diubati komputernya kemudian . Tetapi jika yg rosaknya itu penggunanya sendiri maka yang disalahkan pastinnya bukan kepada virus-virus maya itu tapi pada software-software yg dimasukkan dan keseluruhannya adalah komputer tersebut yang kita gelarkan sebagai sistem pendidikan pada awal perumpamaan. Begitu juga dengan kehidupan, jika bukan salah virus maka begitu juga bukan salah bapanya, ibunya dan penjagannya atau masyarakatnya yang hanya pincisan yang mungkin memberikan pengaruh kepada generasi muda. Yg salahnya adalah softwarenya yang dimasukkan sama salahnya adalah sistem pembelajarannya.

Di tadika mana anak itu dimasukkan? tabika yang islami atau yang fokusnya bahasa inggeris semata-mata?, taska mana yang diletakkan anaknya sementara nanti selepas bekerja pulang mengambil anak dan malamnya letih terus tidur ibubapaknya? Susu ibu ke mana dan kasih sayang ayahnya tidak nampak rupa. Ke mana matlamat anak sekolah rendahnya? Adakah akademiknya sahaja atau akhiratnya tidak perlu kerana sekolah rendah juga sudah bancungkopi ilmu pendidikan agamanya yang ditapis berlapis-lapis terlebih dahulu sebelum dihirup ilmunya oleh generasi muda. Sekolah agamanya tidak ada langsung dalam kamus hidup mereka barang kali.

Yg sekolah menengahnya bagaimana pula? Sudah semakin bebas meliar anak muda. Paginya ke sekolah barang kali, petangnya ke shopping mall atau mungkin mentelaah ilmu shuffle atau bagaimana blok motor hendak di korek. Ibubapa pula sibuk, sangat sibuk, tersibuk sekali dimuka bumi, sangat sibuk daripada lebah yang membikin sarangnya. Lupa dan alpa kepada anak-anak remajanya. Sangat lupa hingga barang kali dirasakan tidak pernah mempunyai anak dan baru merasa ingin berumahtangga padahal rumahtangganya sudah 2 mahu dipasang 1 lagi tangga kerna kayanya mengejar dunia. Hartanya cukup banyak, sudah mampu batinnya tapi zahirnya tidak cukup pintar memenuhi syarak. Bahananya generasi muda ini.



Sapa lagi yang ingin disalahkan kalau bukan softwarenya? Maka jika salah softwarenya maka apa guna komputernya untuk diguna lagi? Maka jika komputernya itu sudah seharusnya tidak perlu digunakan lagi maka pasti komputernya juga turut salah. Komputer sudah salah maka apa yang salah lagi? yg pasti dan semestinya salah lagi adalah sistem pendidikan yang kita jalani ini. Itu yang kita perlu sadari. Rosaknya bangsa dan runtuhnya akhlak generasi pada hari ini adalah kerna salahnya percaturan matlamat mereka ini melalui sistem pendidikan yang menjadi tunjang utama pembentukan diri dan sasiah rupa generasi muda kita

.

MORAL OF THE STORY

Kenapa perlu terkial-kial mencari sistem pendidikan yang dapat menyatu padukan bangsa? Kenapa perlu merangkak untuk mencipta sistem pendidikan yang canggih kerana mungkin ingin membina manusia menjadi robot di tahun 2020? Kenapa perlu bergaduh lidah dengan kail segenggal lautan ilmu itu milik yang esa? Kenapa tidak menggunakan sahaja yang sudah tersedia dan terpampang di depan mata? AL-Quran suci berkurun lamanya. Sarjana dunia mengiktiraf sarjan islam terkemuka yang menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukannya.

Tidak perlu ke England meminta-minta peradapan bahasa melayu purba untuk dibawa pulang semula. Bukan perlu ke jepun terhangguk-hangguk meminta ilmu mereka yang empunya dengan dasar pandang ke timur kita. Tak perlu ke emarika untum mengkaji perpaduan bangsa putih hitam mereka melalui sistem pendidikan yg mereka guna. Kerana semuanya itu usaha mereka sahaja, hasilnya pasti tidak yg tepat dan cermat. Tidak seperti Al-Quran yg terpamer indah di museum islam berdekatan Masjid Negara. Ditutupi kaca, mungkin untuk kajian jin dan makhluk yg seumpamanya. Marilah kembali merujuk kitab agung kita.

Di dalamnya ada berjuta rahsia. Sistem pendidikan itu sudah tentu ada di dalamnya. Ambil yang islami dan buang jauh-jauh modenisasi duniawi. Usah menguji lagi sistem pendidikan ini, kerana kelak kesannya sudah pasti yang hari ini sudah terbukti di depan mata sendiri. Usah diuji lagi sistem pendidikan ini. Manusia ini bukan bahan ujikaji, bukan tikus makmal nak dikaji. Manusia ini makhluk ciptaan yang ingin menjadi halifah mentadbir bumi bukan tikus mondok yang makanya di bawah kedai-kedai jijik menjual arak dan babi.

Ini sistem pendidikan nurani, mendidik manusia menjadi pemakmur alam dan dunia ini agar ramai yang boleh menyelusuri dunia dengan jalan yang lurus untuk ke syurgawi. Bukannya sistem pendidikan yang mencelarukan anak bangsa sendiri. Usah diujikaji lagi sistem pendidikan ini. Ambik yang islami, rujuki Al-Quran suci, pasti masalah perpaduan bukan pendinding Negara ini.

Friday, October 30, 2009

Islam itu satu sistem kehidupan










Bila difikir-fikirkan, diamati dan dipahami serta cuba diaplikasi tentang kehidupan ini. Sebenarnya kehidupan ini adalah satu sistem. Satu sistem yang terancang, dirancang dan melaksanakan perancangan. Kehidupan adalah satu sistem, ia perlukan kepada pengawalan dan penyelenggaraan. Ia ada pemikir kepada perancangan sistem ini dan ada perencana yang melaksanakan sistem tersebut.

Walau dalam keadaan tenang atau susah sesuatu sistem ini beroperasi ia tetap satu sistem yang perlu diteruskan. Kita merasakan hari-hari yang berlalu dan yang mendatang perlu kepada perancangan. Jadi kita merancang visi dan misi kehidupan. Kemudian, kita meletakkan pula cara pencapaian kepada visi dan misi kehidupan tersebut. Mahu berjaya dalan pelajaran, kerjaya, punyai kehidupan yang senang, mewah dan kaya-raya. Maka perancanagn ini kita rangkumkan ke dalam cara perlaksanaan dan kita praktikkan.

Makanya semua perancanagn dan perlaksaaan ini dalam sedar tak sedar kita sedangan menjalani sistem hidup yang kita cipta dan reka sendiri. Kayu ukur kepada peratusan efficiency keberjayaan perlaksanan sistem kehidupan yang kita cipta sendiri ini sangat mudah, jika mendorong kepada 2 matlamat hidup tersebut; visi dan misi itu makanya dirasakan hidup sudah menghampiri kesempurnaan kerana sudah menyamai dan melaksanakan seluruh prosidur yang tertera dalam langkah-langkah penciptaan sistem hidup kita sendiri. Makanya seluruh kehidupan itu berpaksikan kepada sistem terawal yang telah kita bina dan penumpuannya hanya pada itu dan bukan pada visi dan misi yang lain atau sistem kehidupan yang berbeda dari itu.

Kita akan sering merasakan betul pada perlakuan bila mana praktikal kehidupan seharian kita menjurus kepada prosidur sistem kehidapan yang kita cipta itu. Bila dibesarkan skop memikiran dan corak pandang kita pada serata umat manusia di muka bumi ini. Pasti akan ada jutaan malah bilangan manusia yang tak terhitung banyaknya yang turut sama menciptkan satu sistem kehidupan masing-masing.

Makanya jika banyak sistemnya pasti berbeda maklamat dan prosidur perlaksanaan hidupnya. Jika begitu banyak yang berbeda dalam hidup manusia antara satu dengan yang lain pastinya akan berlaku krisis antara sesama manusia. Masing-masing mahukan sistem kehidupannya yang lebih terunggul dari yang lain. Kadang kala prosidurnya menindas manusia yang lain. Bisa saja dilakukan sehingga yang akhirnya matlamat sistem kehidupannya itu berjaya diperoleh.

Yang amat sedih sekali jika sistem kehiduapn yang dibina pada awalnya sudah salah. Sistem kehidupan yang dibina berpaksikan keduniannya itu sudah salah. Maka pastinya prosidur yang terlaksana juga seharuskan dan semestinya salah. Jika ramai yang salah sistem kehidupannya maka berapa banyak yang akan tewas dan menewaskan sesama sendiri dalam kehidupan dunia yang kita kongsi dalam 1 bumi yang sama?

Tapi semua manusia sadar jika hanya ada 1 sistem yang terbina ada yang lebih baik merencanakannya dan semua juga kenal siap pencipta kepada perancangan kehidupan yang paling cemerlang dan hebat untuk semua umat manusia. Pastinya Tuhan yang ESA.

Jadi kenapa harus perlu setiap diri individu itu mencipta sistem kehidupannya sendiri? Kenapa perlukan satu matlamat dan visi dan misi yang berbeda antara semua umat manusia padahal yang berakhirnya adalah untuk mencapai matlamat syurga yang sama? Jika diketahui sirah-sirah Junjungan Besar, Rasul-Rasul, nabi-nabi, sahabat-sahabat dan para solehin, pasti kita tidak pernah terfikirkan apa sistem kehidupan yang mereka jalani.

Kerana yang menjadi rujukan kepada sistem kehidupan yang dicipta sendir oleh umat manusia adalah bercorakkan tokoh-tokoh tersohor dunia, peminpin-pemimpin Negara, pejuang-pejuang hiburan, ahli-ahli politikus dan bapa-bapa yang belum tentu kesudahan hidupnya di mana. Itu yang dijadikan rujukan. Maka kesudahannya juga jika diikuti 100% juga akan persis seperti individu-individu tersebut yang belum tentu akhir kisah hidupnya di mana.

Maka sudah perlu disadari yang kita ini bukannya pencipta kepada sistem kehidupan yang cemerlang dan rencana kehiduapn kita pun oleh Tuhan Yang Esa. Maka perlu disadari, tidak perlu merencana satu sistem baru kehidupan. Kita hanya perlu melaksanakan sahaja sistem terbaik yang telah diciptakkan sejak azali lagi. Sistem yang sudah tahu keberkesanannya dan pembawakan yang akhirnya kembali kepada tuhan yang Maha Merencana.
MORAL OF THE STORY
Apakah sistem terbaik itu kiranya umat manusia yang leka lagi lupa ini ingin diperingatkan. Ianya adalah satu sistem kehidupan islam. Bukan sistem-sistem lain yang ada dimuka bumi ini seperti sistem kehidupan barat, kapitalis, komunimisma, yahudirism dan seumpanya yang telah terang lagi tersuluh dibina dibawah telunjuk yahudi dan nasrani.

Sapa lagi kalau bukan pulak zionis dan freemosan laknatullah. Sadarlah teman, sadarlah kawan. Apakah kita masih lagi ada pilihan untuk mencari-cari sistem kehidupan lain selain dari sistem kehidupan islam yang tuhan telah ciptakan? Umat manusia semuanya adalah makhluk ciptaanNya seumpama kereta ciptaan manusia. Pasti ada buku manualnya agar dapat ia berfungsi selengkapnya dengan elok dan kemas. Jika kita tercipta tidak mengikut buku manualnya, pasti akan hancur dan rosak. Rosak akalnya, batin dan spritualnya.

Maka mulakan merujuk semula buku manualnya diri kita. Ikuti satu persatu sistem kehidupan islami yang tercatat dalam manual itu. Agar akhirnya hayat umat ini akan bertemu dengan tuhanNya menerima buku rekod amalan di tangan kanan dan bukannya kiri.


Tuesday, October 6, 2009

bile aku mahu mengisi apa yang kosong



























Mengisi dengan kemahuan tapi tidak berkemampuan. Aku melihat ape yang terisi dalam dunia sekarang yg penuh dengan kecelaruan. Kecelaruan yang terus dan terus di isi dalam kantung kehidupan. sehingga dirasakan pengisi itu melimpah-limpah serta cuba memenuhi segenap ruangan yang masih kosong dalam diri ini.

Aku masih tidak terisi. Mahu diisi tapi tak mampu mengisi. Aku takut masa yang berlalu membuatkan aku terus terisi oleh kecelaruan itu. Lalu aku adalah 'kecelaruan' itu. Aku tidak mahu seperti mereka atau seperti kamu. Sudah celaru, haru biru, lalu tidak sedar akan keadaan diri sendiri.

Aku kosong, penah berisi tapi tidak cukup penuh dengan pengisian. Perlu lagi ditambah untuk kuat dan teguh terisi agar kelak melimpah limpah dan kelimpahan aku itu mampu mengisi kekosongan orang lain. Mampu ku limpahkan pada teman dan sahabat, keluarga dan sanak saudara serta pada masyarat dan negara. Utamanya pada agama.

Aku kosong, tapi sedang terisi. Aku cawan bukannya air. Aku dunia bukan isinya. Aku hidup tapi bukan jalan ceritanya. Aku mahu terisi bukan menanti. Aku mahu terisi dan aku mahu mengisi.

----------------------------------------------------------------------------------------------


aku = dunia
kosong = hati
isi = agama

Wednesday, September 16, 2009

hidup yang penuh berubahan

H idup ini perlukan perubahan. kadang kala kita mengikut arus perubahan tersebut. kadang kala kita yang memacu kemajuan arus perubahan itu. tetapi kadang kala ada ketika kita boleh hanyut dengan perubahan masa yang berlaku. sama ada perubahan itu adalah atas kehendak kita mahupun atas kemahuan orang di sekeliling kita. Di mana kita terpaksa akur dengan perubahan yang perlu kita lakukan. perubahan itu pantas. kadanag kala kepantasannya bisa mengubah kita. mengubah seluruh kehidupan kita. kerana kepantasan perubahan itu menghambat kita untuk berlari sama laju dengan perubahan tersebut. kadang kala kita tertinggal dek kepantasan perubahan itu kerana lambatnya kita untuk menerima hakikat bahawa perubahan itu telah datang dan kita perlu berubah bersama perubahan yang datang. Yang pasti, perubahan yang telah datang telah membuatkan aku dari berjalan kini sedang berlari. berlari mengejar sesuatu yang telah nampak dihadapan berbanding perjalanan lama yang kabur tetapi masih tetap berjalan. ku harap pelarian ini akan semakin pantas aku lalui dan semakin aku dekat menghampiri-Nya.

Monday, August 24, 2009

Tips penyelesaian dilema

Tips penyelesaian dilema dan kebuntuan membuat pilihan.

1. solat istiqarah
2. meminta pandangan keluarga (ibubapa, abang, kakak & adik)
3. meminta pandangan orang luar (sahabat, lecture/guru, orang yang berkaitan)
4. membuat kajian terhadap pilihan-pilihan yang ada (kesan buruk dan baik)
5. melakarkan dalam kertas semua point bagi langkah 2, 3 & 4 dan membuat perbandingan
bijak.
6. ulang langkah 2, 3, & 4 dengan membentangkan semua perbandingan yang telah anda buat
dalam langkah 5.
7. buat keputusan. Yakin, redha dan bertawakal/berserah diri kepada Yang Maha Menentukan
atas keputusan yang telah dibuat.

Sunday, August 23, 2009

berakhirnya sebuah dilema


DILEMA TELAH BERAKHIR. Satu persoalan dirasakan sulit untuk diselesaikan sudah terjawab oleh keyakinan. Bukan suatu yang mudah untuk memutuskan jawapan kepada satu dilema yang meminta kita untuk membuat satu keputusan yang penting untuk masa hadapan. Sulit sungguh aku merasakannya. Begitu juga nanti pasti sulit aku untuk menangani apa yang telah dipilih sebagai jawapan kepada dilema ini. Tapi buat masa kini, aku boleh katakan dilema ini sudah tamat disini. Yang lainnya nanti pula akan aku ketemui. Mungkin lebih sulit atau mungkin lebih sukar dilemanya dari yang ini. Tapi itu belum pasti. Kerana hari muka belum ditempuhi lagi. Apa yang penting, yang sulit telah berakhir yang dilema sudah terjawap. Jadi? Ayuh bergerak terus kehadapan mencabar masa yang mendatang. Tempuh dengan sabar dan redha. Harapannya agar aku akan menghampiri cinta-NYA.

Saturday, August 22, 2009

belajar atau bekerjaya



Bila kita belajar pasti tidak sama jika kite mengajar. Tapi kita mendapat kedua-duannya bila kita mengajar. Mendapat pengalaman dan berkongsi ilmu pengetahuan. Bila kita berkerja, kita bukannya menduga apa yang akan kita hadapi di hari muka.

Sebaliknya kita yang merencana apa yang kita mahu ketemu kemudian harinya. Jika mahukan belajar, itu tandanya medan terbaik untuk menimba pengalaman. Bila mula bekerja itu tandanya keprihatinan dan komintmen kita sepenuhnya telah kita sediakan pada kerjaya dan tanggungjawab yang kite letakkan. Pastinya dalam bekerja ada keduanya.

Ada pengalaman dan pembelajaran. Maka, bersedia kita bertema hari muka kerana keseronokan itu pasti akan datang bersama dengan kesepakatan hati dan jiwa yang menginginkannya. Sama ada mahu belajar, mengajar atau bekerja. Ikutlah kemahuan hati untuk melaksanakan apa yang dirasakan perlu kerana di situ akan datangnya keikhlasan dari pelusuk sanubari yang bukan dibuat-buat.

Tapi ianya datang sendiri. Ikhlas membawa kepada ibadah kerana ianya akan berpaksikan kepada pencipta-Nya kerana bila ikhlas muncul dalam diri dengan melaksanakan apa yang kita mahukan dalam hidup ini, pasti cinta akan datang menjenguk hati. Bila suara hati ikhlas muncul itu tandanya cinta itu akan datang antara hamba kepada Yang Maha Pencinta. percayalah.


"For all to experience the beauty of life"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...