Tuesday, May 13, 2014

My | Was U Be Do

to my was u b do 80- days

Play | Read

video



Masa mendekat membuat aku tidak lagi bisa berbica apa pun untuk meluahkan rasa dan isi hati. Takut aku tidak kuat untuk menampung kebahagian yang telah aku cuba berikan saat masanya belum betul-betul tiba dan pasti. 

Aku mengerti apa yang terjadi, aku fahami apa yang melewati, aku mencuba untuk turut merasai. Bukan sekadar secara naluri tetapi mahu menanggungnya sekali walau aku tahu bahawa aku pun tidak bisa memikulnya.

Aku bisa melihat itu dari mata, dari bicara dan dari sifat yang terlahiri dari kelelahan mu menahan dari semua yang mendatang. Terbanyak mana kamu pun mencuba bertahan dan melindungi, terkadang itulah ia terzahir di hadapan aku. Tepat dan jelas.

Jika aku di tempat kamu, aku juga bisa menjadi seperti apa yang kamu alami. Bahkan mungkin aku lebih rapuh dan lemah jika di banding kamu saat ini. Tetapi aku tidak ada di situ. Tidak ada di tempat kamu. Hanya kamu sahaja di tempat itu. Di dalam keberadaan itu dan aku belum ada di situ.

Aku ingin agar nanti bisa ada di dekatmu. Ada jika kelemahan itu mengguris susuk mu. Menghiris kolam hati mu. Aku pingin jika keadaan itu tiba, aku ada di sisi kamu. Sehingga jika tidak tertahan lagi, aku bisa takung air mata itu dengan tanganku. Aku usap air mata itu jika perlu atau aku biarkan saja ianya mengalir di dekat ku. Agar kau tahu aku mahu senentiasa ada jika masa membenarkan.

Mungkin apa yang di rasa tidak sama seperti apa yang terucap. Terkadang perbuatan pun tidak selari dengan apa yang dibicarakan. Terkadang kita saling tersinggung dan tersalah andai sesama kerna komunikasi kita tidak berhadapan. Itulah yang mungkin akan bisa berlaku kelak jika kejauhan senentiasa menjadi medium buat kita jika aku di sini dan kau di sana.

Biar ia menjadi nyata. Penantian itu betul-betulkan tiba. Persediaan pun tersusun dan terencana. Biar pun tidak sesempurna tapi tidak tersalah jika kita mencaturnya lebih awal. Agar kesantunan itu, kelembutan, keikhlasan dan kepercayaan itu datang tanpa bersyarat. Datang dengan rela. 



Jika pun nanti mungkin bisa masa di kedepannya menduga salah satu dari 4 perkara di atas. Kita tidak mudah rebah, kita tidak mudah patah, masih bertahan, masih waras, masih boleh bertanya, masih bisa mendiam dan berbicara semula. Kerana kita betul-betul memahami bahawa bahagia itu bukan bila menerima sebaliknya bila mana kita terus memberi dan memberi tanpa syarat.

Seperti mana bermulanya kisah tanpa syarat. Maka kita teruskan ia. Sudah mahu tiba di satu pintu yang satu lagi. Menunggu untuk melangkah masuk. Bukan kekuatan yang aku akan pinta lagi dari kamu. Cukuplah sekadar apa yang ada.

Aku mahu belajar untuk menerima tanpa syarat. Aku mahu belajar banyak dari cerita dan kisah hidup kamu. Aku mahu belajar dengan semua kata-kata yang pernah aku ucapkan. Aku mahu menjadi aku yang lebih baik.

Memberi dan terus memberi tanpa syarat.

MORAL OF THE STORY

Kerana ummi masih memberi dan terus memberi sedari aku kecil sehingga ke hari ini, sedang aku tidak pun bisa memulangkan apa pun yang aku ada kepadanya.

Aku harap ummi akan suka yang satu ini; sebagaimana aku turun mencuba untuk 'mengganti' dia yang telah pergi; untuk mama.



Agar kedua-dua permaisuri ini akan gembira dengan kelahiran kita di muka bumi ini. Lahir bukan untuk membebani mereka. Lahir untuk memimpin tangan mereka biar saat mereka sedang lanjut usia kini.

HARI-HARI PUN HARI BUAT IBU

Ya Wasubidu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...